Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 13 April 2014

Koleksi Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen





Kalau ditanya kenapa saya punya banyak sekali resepi Nasi Ayam? Jawabnya kerana anak anak saya memang suka sangat makan nasi ayam. Bila tak tahu apa yang ingin dimasak hatta apa yang ingin dibeli, pasti nasi ayam lah yang menjadi penyelamat. Atas sebab itulah, saya seronok untuk mencuba pelbagai resepi Nasi Ayam. Malahan sebelum mencuba resepi Nasi Ayam Hainan, saya membaca banyak blog blog masakan terutama dari Singapura supaya saya dapat menghasilkan Nasi Ayam Hainan yang original. Ini adalah antara nasi ayam kegemaran saya sendiri terutama Nasi Ayam Hainan di Chicken Rice Shop.

Jom kita layan koleksi resepi resepi Nasi Ayam yang ada dalam blog Azie Kitchen. Tujuan saya meletakkan di sini adalah untuk memudahkan rujukan saya sendiri. Sebenarnya ada 2 lagi resepi yang belum sempat, saya cuba. Insya Allah, saya pasti akan mencuba 2 lagi resepi itu di masa yang sesuai kelak. Kalau nak tengok resepi, klik sahaja di link di bawah gambar gambar di bawah. Jom layan....


Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap






Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap






Nasi Ayam Hainan Yang Diidamkan






Nasi Ayam Nur Qaseh Versi Ayam Panggang






Nasi Ayam Nur Qaseh






Nasi Ayam Sempoi






Nasi Ayam Original






Nasi Ayam Kukus dengan Ayam Panggang






Nasi Ayam Paling Sedap Nani Rostam






Nasi Ayam Turun Temurun Keluarga Zura




http://aziejaya.blogspot.com/2014/04/nasi-ayam-resepi-turun-temurun-yang.html



Haaa jika anda sedang tercari cari resepi Nasi Ayam, pilih sahaja mana mana resepi yang disukai. Semuanya sedap pada kami sebab kami memang penggemar Nasi Ayam. Tapi resepi yang paling banyak dicuba oleh pembaca blog Azie Kitchen adalah resepi Nasi Ayam Istimewa.

Selamat mencuba...


9 comments:

  1. assalam kak Azie
    banyak koleksi nasi ayam sedap2 belaka tu
    sy pernah cuba resepi nasi ayam k azie ni tak silap yg sgt istimewa dan sedap tu
    betul sedap anak2 sy kata sedap dan suka mkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama kerana mencuba dan memberi maklumbalas di sini

      Delete
  2. Salam kak Azie..sy pensh cuba resepi kal Azie nasi ayam y paling sedap tu..mmg sedap sgt.dn sy mntk izin share resepi tu kt blog sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi mencuba dan memberi maklumbalas di sini

      Delete
  3. Salam KakAzie,

    lepas nie boleh buat 'Azie Chicken Rice Shop'.. bukan sekadar nasi ayam ;-)

    ReplyDelete
  4. wah kak siap ade koleksi lg..nti bleh la cuba mana2 resepi kt atas tu...nmpk mnarik n sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  5. Assalam sis azie... Sy suka dengan blog sis... Mohon izin share resepi utk main masak2 dirumah yer... Tq :))

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.