Iklan

Iklan Nuffnang

11 Jun 2014

Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap







Semasa dalam perjalanan balik ke airport, kami singgah di rumah adik bongsu saya, Cik gu Hasliza di Binjai yang dpanggil Cik Su. Cik Su menyediakan nasi ayam yang ketika kami tiba, masih sedang dimasak di atas dapur. Cara Cik Su memasak nasi ayam memang lain dari yang biasa saya buat, jadi saya terus memerhatikan cara cara penyediaannya. Cukup cepat disediakan kerana resepinya ringkas dan dia sengaja membiarkan ianya dihidangkan panas panas selepas masak. Ayam digoreng pada akhir sekali secara Touch N Go sahaja kerana ianya telah masak.





Anak anak kami makan berebut rebut lebih lebih lagi nasi dan lauk yang dihidangkan masih panas panas. Sambal cilinya juga sangat sedap dan menepati selera saya. Boy juga memuji sambal cili. Ianya agak berbeza dengan sambal cili yang biasa saya sediakan sebelum ini kerana tiada halia dan bawang putih dimasukkan ke dalamnya. 

Jom kita layan resepi Nasi Ayam Cik Su pula....




Nasi Ayam Cik Su

Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.


Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata. 






Sambal Cili
12 - 13 tangkai cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 






Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang

Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.


Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap

Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.





Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan maklumblas anda di sini untuk rujukan kawan kawan yang lain pula.





17 comments:

  1. yummy....nak cuba nanti.... thanx

    ReplyDelete
  2. Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas resepi ini..jazakallahu khairan...

    ReplyDelete
  4. akak mmg byk koleksi nasi ayam...

    ReplyDelete
  5. sedapnyeee....ni style belh sana kot...simple..tp sedapp....

    ReplyDelete
  6. Lumur ayam dgn kicap guna brand apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna brand apa apa jer yg disukai. Adik saya guna cap kipas udang. Tapi katanya dia biasa menggunakan brand sedap dari Kelantan tapi saya dah lupa nama brand nya.

      Delete
  7. Brand mh mohamad ke dr kelate tu?

    ReplyDelete
  8. Gune kicap manis ke masin kak

    ReplyDelete
  9. wah, banyaknya resepi nasi ayam kat blog ni.. semua nampak sedap.. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie.. saya da try resipi nasi ayam cik su kuah kicapnya saya ikut nasicayam istimewa guna kicap habhal... sedapp mudah dan enak... terima kasih kak ats perkongsiannya

    ReplyDelete
  11. Mohon izin nak try resepi. Pastu nak post hasilnya pada blog Cik Mun ye...

    ReplyDelete
  12. hmmm nampak mcm susah.....tpi cuba dlu lah..

    ReplyDelete
  13. Masak nasi tu guna kuah sup yg resepi atas tu ye?

    ReplyDelete
  14. Sy suka gne resepi akk....mudah n kompom jd..nasi ayam yg sgt sedapp...senang jer nk buat...tq kak..resepi akk mmg best

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.