Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 7 April 2013

Nasi Ayam Paling Sedap








Anak anak saya memang suka makan nasi ayam dan sepertinya mereka tidak pernah jemu jemu. Selang beberapa hari hubby akan singgah di Gulam Mee untuk membeli 4 atau 5 bungkus nasi ayam. Harganya bukan murah dan ayamnya memang ciput jer. Jadi saya meminta hubby membeli ayam untuk dimasak nasi ayam. Kali ini saya menggunakan resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Jadi saya namakan resepi Nasi Ayam Paling Sedap. 






Oleh kerana anak anak sangat menggemari nasi ayam, jadi tidak hairanlah kalau saya mempunyai 8 koleksi resepi Nasi Ayam yang saya suka. Antaranya yang sangat sedap pada saya ialah Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap di SINI, Nasi Ayam Hainan di SINI, Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap di SINI dan Nasi Ayam Original di SINIYang lain lain pun sedap juga. 

Sejak dari semalam Aween meminta saya memasak nasi ayam tapi saya memujuk dengan memberi alasan nasi ayam elok dimasak waktu siang supaya boleh dimakan berulang ulang. Lagi pulak, saya memang betul betul tak boleh berdiri. Menggigil menggeletar seluruh badan, apalagi nak berdiri lama lama. Nasib baik lah dia faham. Jadi kerana janji mesti ditepati, terpaksalah hari ini saya mengotakannya. Memasak sambil duduk atas bangku tinggi.

Apa pendapat saya dan anak anak mengenai resepi ini? Huuuu memang sedap. Sedap giler kalau istilah budak budak sekarang. Nasinya sedap dan ayam juga sedap. Kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kenalah cuba sendiri. Jangan lupa, lepas ini saya nak share pula resepi Nasi Ayam Kak Laily di Subang Jaya yang memang sedap dan menjadi kesukaan kami anak beranak. Kalau di bulan Ramadhan, memang orang akan beratur panjang untuk membeli nasi ayam Kak Laily yang sekarang telah meninggal dunia. Al fatihah untuk arwah Kak Laily. Saya sempat belajar resepinya dengan pembantu Kak Laily. Boleh klik di SINI.

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang telah saya olah mengikut cara yang lebih mudah, terutama untuk menyemak bahan bahan yang diperlukan.



Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.






Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.







Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 





Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 





Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.




Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.




99 comments:

  1. lapar la pula...... nyummm nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lapar, jom minum petang pulak

      Delete
  2. sedapnyer kak...nasi ayam ni jugalah salah satu peberet suami fiza...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ayam ni evergreen. Smp bila bila pun tetap disukai. Anak kami seminggu beberapa kali makan nasi ayam.

      Delete
  3. akak mmg pandai masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa biasa saja. Nnt lain kali letak lah nama atau nama timangan ya. Tak best lah nak address Cik Anonymous, kan.

      Delete
  4. As salam azie..muga didlm lindungan Allah. Alhamdulilah su pun tumpang happy azie sudah semakin sehat, cepat2 sembuh k. Baru minggu lepas buat nasi ayam cuma bezanya sambal merah tu su tidak memasaknya cuma campurkan semua bahan diblend dgn air masak dan perahkan limau kasturi / nipis instead cuka. Terima kasih kongsi resepi.

    Salam Ukwah.
    suhaila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nasi Ayam Kak Laily yang I nak share nanti pun guna air limau kasturi. Nnt I akan buat resepi itu pulak. Memang tersohor sangat nasi ayam ni. Lebih lebih lagi, sambalnya. Sangat sedap

      Delete
  5. salam kak Azie boleh saya tahu tentang penggunaan minyak bijian dlm masakan .kalo tak nak bubuh ok ke dan dalam resepi ini susu full cream tu berapa sukatan nya. terima kasih

    Salina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Lina,
      Saya perhatikan kebanyakan nasi ayam yang sedap menggunakan minyak bijan. Tidak mahal. Elok dimasukkan, terasa kelainannya. Susu tu saya tuang sesuka hati jer. Fungsinya untuk menambah lemak. Kalau tak ada boleh juga masukkan santan ke sedikit. Tak banyak, rasanya dalam setengah cawan sahaja.

      Delete
  6. Azie, I am bookmarking this recipe. The fried chicken looks very sedap. I love chicken rice a lot including Malay style chicken rice. Hope you are feeling better :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Sometime cooking nasi ayam can save time. No need to prepare other dishes. I can skip soup and sambal cili as my children do not really like them.

      Delete
  7. Azie, memang sedap nampaknya membuatkan saya teringin pulak nak makan nasi ayam petang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweetie, nasi ayam is 1 Malaysia food where everyone loves to eat it. Esok buat dan let me know how is it. Hahaha

      Delete
  8. Assalamualaikum.. kak azie dah sihat ke... kmal nak ambik resepi ni ye.. rajin2 ble buat untuk anak2.. tkasih siap ada step by step lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Amal. Masih ada lagi angin yang menyebabkan pening dan loya. Nnt cuba ya

      Delete
  9. kak azie try minum cuka kurma. bagus untuk buang angin dan penghadaman. huhu sy nak cuba nasi ayam resepi nie. . this weekend... pinjam resepi ya kak azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cuka kurma adalah yg terbaik

      Delete
  10. Kak azie, tq tok resepi ni, da cuba siang td, suami pun puji kak :) . - miza-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad to hear that. After this, can try nasi ayam Kak Laily. I love that too

      Delete
  11. InsyaAllah, will do kak, tq again -miza-

    ReplyDelete
  12. dah cube tadi..memang sdp xterkate..mcm xpcye lak..hehe..hubby pn tambah nasi tadi..meksih puan azie sb share resepi dgn penuh ikhlas =)

    ReplyDelete
  13. Assalammulaikum.
    Kak, nampak sedap. Saya nak tanya, serbuk ayam dengan minyak ayam tu ada jual kat kedai biasa ke? Er... baru nak belajar memasak. Hehehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serbuk yam ada dijual. Minyak tu buat jer sendiri dg cara panaskan lemak ayam hingga keluar minyak

      Delete
  14. wah...nmpk sedap sngt nasi ayam ni.....nak try buat la memandangkan ada tetamu datang ahad ni...btw ni first time masak nasi ayam sepanjang 19 tahun ni....hehe.....baru melangkah ke alam masakan demi masa depan...yeahhh!!!!

    ReplyDelete
  15. Terima kasih untuk resepinya..skrg jugak nak pergi cs beli bahan..wish me luck :)

    ReplyDelete
  16. kebetulan tengah mencari resepi nasi ayam sedap untuk berbuka puasa petangni. Harap-harap berjaya la saya mencubanya. TQ Azie

    ReplyDelete
  17. Nampak cam best je resepi ni..gambar pun cantik plak tu..kalau nak mintak resepi yg detail sket boleh x?contohnya bawang bape biji dll..itupun kalau x keberatan la..hehe sy ni baru nak blaja masak..:)

    http://vitaminhalal.com

    ReplyDelete
  18. Sedapnyerrrrr... tq coz kongsi resepi... mesti cuba ni...

    ReplyDelete
  19. Sedapnye... nk try laa b4 puasa ni...tq sis kongsikan resepi ni...

    ReplyDelete
  20. azie tak buat sos merah tu ye.....saya masih mencari resepi sos merah tu

    ReplyDelete
  21. Saya dah pon mencuba dan hasil mmg sedap...tq sbb share resepi sesedap ni..

    ReplyDelete
  22. Salam azie, tq sharing resepi. Sy mmg suka mkn tp nk masak xreti. Mencari resepi yg mudah dan simple. Nanti nk try masak la...

    ReplyDelete
  23. Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki

    ReplyDelete
  24. Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki

    ReplyDelete
  25. nyum nyum, cantik hidangan tu. buat terasa nak makan nasi ayam... yummy... nasi ayam pun makanan kegemaran saya tapi mcm susah jk nak dapat yang sedap kat luar tu, mmg betul ayam kecik tapi mahal.

    rasa nak makan jek sekarang!!!

    www.mnmforlife.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm azie...blog yg wajib saya singgh utk cari resepi yg sdp2...ptg ni nak msk nasi aym la utk brbuka..tq azie..

      Delete
  26. lapar la pulak time pose nih...:3 hmm..

    ReplyDelete
  27. AKAk sori TNye soalan BDoh. .jeruk Kubis turn McM ne? ??sy bru nak blajar.

    ReplyDelete
  28. Menarik..boleh try ni..terima kasih utk resepi

    ReplyDelete
  29. Asiahajat....yammiiii..nak try tuk bbuka ari ni

    ReplyDelete
  30. Yummiii..nak try ari ni...juadah bbuka kegemaran ku

    ReplyDelete
  31. Salam kak azie,tq 4 this resepi...mmg sdap..saya dh try buat utk berbuka...

    ReplyDelete
  32. salam kak azie..tq 4 this resepi...sgt sedap...

    ReplyDelete
  33. Oyeah.. Sgt sedap. Ptg ni nk cuba msak utk sajian berbuka

    ReplyDelete
  34. Sy nk buat utk hari raya ni..

    ReplyDelete
  35. Sangat sedap. Dah cuba tadi

    ReplyDelete
  36. Salam.. Nk tnye.. Klu bhan untk aym 2.. Xnk gne halia.bwng putih n merah blh x.. Just ayam biasa n bhan perap shja

    ReplyDelete
  37. salam...blh tk bg sukatan utk sos perap+nasi ayam..tqs

    ReplyDelete
  38. as salam kak azie..saya dah try resepi ni semalam.memang mabeles!cuma nasi terlembik la plak tp still sedap berlemak..

    ReplyDelete
  39. Salam..thankx kak sudi sharing2 resepi...sya dah try masak wekend baru nie,,kompom bes...

    ReplyDelete
  40. Salam sis..saya suka semua resepi dalam blog ni..semua best..mohon copy resepi sis..thanx..klu rasa nk beli tudung blh singgah kat sini http://rififadida.blogspot.com/p/gallery-tudung.html

    ReplyDelete
  41. Salam sis...saya dah pun mencuba resepi nasi ayam paling sedap ....memang betul2 sedap terima kasih azie kitchen. ..
    Eran senawang.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Kak Zie, saya dah try dah resepi nasi ayam ni utk Hari Raya Haji ni. Syukur alhamdulillah mmg menjadi dan sedap sangat. Sesuai dgn namanya. Mmg saya dah promote resepi2 dalam blog akak ni kat kwn2 saya. Thanks a lot kak!! **Feeling excited

    ReplyDelete
  43. Salam kak zie.... sy ambil resipi akak ni ye.. nk cuba style ns ayam akak... esok mak mertua nk dtg serbu rumah... biar lah special.. Harap2 menjadi lah ns ayam ni eheheh.... tq akak

    ReplyDelete
  44. Salam,
    Saya sudah mencuba resipi iini..memang sedap..alhamdulillah suami dan anak mkn bertambah-tambah. Terima kasih

    ReplyDelete
  45. Salam kak
    Sy tertarik dgn resepi nasi ayam akak..esk sy nak cube resepi ni..mudah mudahan ianye menjadi...firstime sy nk masak nsi ayam tok suami...hehe..papehal nt sy update kt akak yep..thank u :-)

    ReplyDelete
  46. salam kak...

    tq sharing resipi best ni. tp nak tanya laa...biasa kalau sy goreng ayam yg dh perap dgn kicap nnti melekat kat kuali. akk ada tips tak utk tak bagi lekat??

    tq kak =)

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Fuzza,
      Biasanya pastikan minyak banyak dan betul betul panas.

      Delete
  47. Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

    saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

    http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

    ReplyDelete
  48. mmg first class resepi ni kak! qist

    ReplyDelete
  49. Shely:
    Memang sedap gilers. Dah cuba......

    ReplyDelete
  50. Salam,kak azie.resipi akak nmpk sedap n sgt mudah plak tu nak buat.nak try la arini.mntk izin ambik resipi akak ni ye.semoga sentiasa dikurniakan Allah swt kesihatan n ceria2 slalu

    ReplyDelete
  51. Baru lepas masak resepi Kak Zie ni... memula nervous jugak nak balikkan ayam dalam kuali...ye la rasa mcm besar sangat ayam tu walau dah belah separuh :) apa apa pun, alhamdulillah menjadi! Tq Kak Zie..

    ReplyDelete
  52. Assalam. Tumpang tanya jap Kak Azie.hehe.
    serbuk ayam yg aka guna kat atas rempah sup ke?
    atau pati ayam? kurang pasti.
    Dah beberapa kali sy rujuk resepi blog kak azie utk masak ni.alhamdulillah. most of them menjadi.
    Sy ni bukan pandai masak pn, tengok resepi je selalunya.

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum...Wow! terima kasih share resepi. Anak-anak saya suka makan nasi ayam, tapi mommy nya tak pandai nak buat. Nanti saya nak cuba la....terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  54. saye pun nak try wat akak...dh klu bli mahal n ciput...buat sdiri lg kenyang...lelaki pun nak makan ape salah buat..kan... :D

    ReplyDelete
  55. Wahhh... best nie, i will try it ! tq kongsikan resepi superb nie akak

    ReplyDelete
  56. salam kak azie, tq share resepi... dah try dah..1st time masak nasi ayam ni.. family semua suka...

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

    ReplyDelete
  58. salam kak, sory ya tnye sy kurg faham la..bleh bgtahu scre dtail lg x?mf sy bru nk blja..

    atirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya..mesti cuba ni..tq ya kak azie sudi kongsikn resepinya..

      Delete
  59. wowww.. resepi & gambar nampak cantik menarik tertarik....

    ReplyDelete
  60. Hi Kak Azie .. susu full cream milk tu nak pakai brape byk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisa,
      Tak kisahlah berapa banyak. Tujuan nya supaya ia menjadi lemak berkrim.

      Delete
  61. assalam, akak sy nk tnya..jeruk kubis tu ap ye? lbok msin ke? atau yang jual jruk dlm tong tu, yg ad jual kt kdai cina tu...?

    ReplyDelete
  62. Saya cuba masak resepi ni hari ini.. Memang sedap.. Nasinya wangi dan lemak.. Ayam pun sedap..

    ReplyDelete
  63. Nampak sangat menarik. Tapi kenapa x letak mentega ye ? ohh yee klu ada masa nanti jemput singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  64. Nasi ayam sememangnya warisan turun temurun x lapuk dek zaman. hihihi. oh ye nanti kalau ada masa jemput2 lah singgah blog saya plak http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  65. Salam kak azie, terima kasih berkongsi resepi, saya da cube, mmg sedapp...terbaik :)

    ReplyDelete
  66. Salam azie....tq 4the resepi. Sedap sangat....hari ni kali ke2 buat resepi azie ni...anak2 ckp" terbaik la mak"....hehee

    ReplyDelete
  67. Nampak sedap,Tak sabar rasanya nak cuba resepi nie..
    Terima kasih berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  68. Mmg nampak menyelerakan resepi kak azie ni..sy nk cubalah.. Sblm ni sy msk biasa2 je, tumis bawang, halia dlm periuk nasi gak ..

    ReplyDelete
  69. Salam kak azie! tq sangat, tadi baut utk makan tengahari husband sampai tambah 3 kali! Mmg sedap! Anak pun suka;)

    Jemput singgah.
    http://www.mummyhannah11.blogspot.com

    ReplyDelete
  70. Salem akak!..sedappnya tgk nasik ayam ni...bias a potong kecik2 baru goreng..nak try cara akak pulak..izin share resepi ya :)

    http:/www.mommiesjourney.blogspot.com

    ReplyDelete
  71. Salam..sedapnye....sangat menyelerakan..

    Jemput singgah blog saya ye, n tinggal jejak kat blog sy..thanks.. :-)

    http://ainieyibrahim.blogspot.com

    ReplyDelete
  72. esok saya nk cube buat..... macam best jer.... ;)

    nyummy....

    ReplyDelete
  73. sdpny terliur saya...nk buat la utk lunch kjp lg..tq ye=)

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum k. Azie.. byknya resepi nasi ayam akak nie.. saya x tau mana yg paling best...? nak juga cuba masak utk hubby.. Antara nasi ayam istimewa dgn yg paling sedap nie.. mana yg sedap2 sgt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua sedap. Buat satu dulu, lain kali buat yg lain pulak. Nasi Ayam Kak Laily pun sedap atau yang paling mudah, nasi ayam Cik Su

      Delete
  75. Yummy... tgh cari resipi nasi ayam... ni la resipi yang mmg lengkap dgn gambar dan cara.. Thx for sharing... nak try ni mlm for dinner. kalau free boleh jemput datang baca-baca di blog saya pula :) http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/
    Terima Kasih!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.