Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 15 November 2012

Nasi Ayam Kukus Nur Qaseh Di Hari Maal Hijrah










Hari ini sempena cuti Maal Hijrah, kami hanya bersantai di rumah. Selepas turun ke bawah, saya ke dapur untuk melihat apa yang perlu disediakan untuk sarapan dan terus untuk makan tengahari. Untuk mencari idea, saya membelek belek blog kawan kawan dan akhirnya, yeaaay nasi ayam. Saya terus menulis senarai barang yang perlu dibeli dan hantar ke hp hubby. Senang untuk dia buat rujukan semasa di kedai runcit.



Nasi ayam ini saya namakan Nasi Ayam Nur Qaseh yang sangat sedap. Semuanya saya sediakan ikut gerak hati sahaja berdasarkan pengalaman saya yang lepas lepas. Saya hanya menggunakan bahan bahan simple sahaja supaya nasi ayam yang terhasil tidak memuakkan. Dalam dok menyiang ayam, tangan pula luka terkena pisau. Maka adalah alasan untuk menarik hubby ke dapur menolong saya menyiang dan membasuh ayam. Sekali lagi ada peluang, bila kekonon suruh Nana memerap ayam dengan alasan jari terluka. Yang sebenarnya teringin juga nak makan masakan yang dimasak oleh orang lain. Huhuhu tapi nampak gayanya, saya lah jadi chef.

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Nur Qaseh di bawah. Kamera masuk workshop, terpaksa lah guna handphone sahaja...





Nasi Ayam Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen


Ayam
Ayam - potong 4
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sos tiram
Minyak bijan
Kicap manis
Garam
Madu

Ayam dimasukkan di dalam air mendidih. Masukkan bawang merah dan halia hiris. Setelah masak, angkat dan tos ayam. 

Bawang merah dan bawang putih dikisar halus dan tuang ke dalam bekas ayam. Masukkan bahan bahan lain dan gaul rata. Biarkan seketika.

Akhir sekali goreng dalam minyak panas banyak secara touch and go sahaja supaya ayam tidak menjadi liat.

Air rebusan ayam tadi akan digunakan untuk memasak nasi, membuat sambal cili dan juga kuah kicap.


Nasi Ayam
Bawang putih
Halia
Daun pandan
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Lemak ayam
Garam
Pewarna kuning

Bawang putih dan halia ditumbuk halus. Panaskan lemak ayam di dalam kuali sehingga minyak terhasil secukupnya.

Minyak ayam dimasukkan dalam periuk. Apabila panas, tumis bahan tumbuk, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan sehingga wangi.

Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng seketika. Kemudian masukkan pewarna kuning dan garam. Selepas itu, masukkan air rebusan ayam secukupnya.

Pindahkan ke dalam loyang dan kukus seperti biasa sehingga masak


Kuah Sup
Air rebusan ayam dimasukkan garam dan daun sup. Sesuaikan  rasa dan bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam.


Sambal Cili
Cili hijau - buang biji
Bawang putih
Halia
Garam
Gula
Cuka
Minyak bijan
Air rebusan ayam

Blend bahan di atas sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.


Sos kicap
Sos tiram
Sos cili
Minyak bijan
Garam
Gula

Satukan kesemua sekali dan masukkan sedikit air rebusan ayam. Sedia dihidangkan.


Sayur sayuran
Tomato
Timun
Salad


Cara Menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Aturkan sayur sayuran disekeliling pinggan. Letakkan ayam dan disudukan sos kicap dan sambal cili. Sendukkan kuah sup ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.




6 comments:

  1. Lama tak makan nasi ayam..xpernah lagi masak nasiayam sendiri selalu beli je...lepas ni bolehla cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak sendiri lagi sedap, jimat pulak

      Delete
  2. saya pun lama tak buat nasi ayam ni...terngin pulak tapi anak tak da kat umah tak syok nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita, betul kalau ramai ramai lagi seronok

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.