Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Original

Nasi Ayam Original

Malam ni, hubby ada meeting, tinggal saya dan anak anak di rumah. Jadi saya plan nak memasak nasi ayam original untuk makan malam. Bukan apa, bila masak nasi ayam, tak perlu nak sediakan banyak banyak lauk seperti nasi putih. 

Dalam perjalanan balik dari pejabat, singgah kedai runcit, beli ayam dan sedikit sayur sayuran. Saya mengambil resepi ini dari internet dan membuat sedikit perubahan yang mana perlu untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri. Sengaja mencuba resepi ini untuk mempelbagaikan resepi nasi ayam koleksi saya. 

Nasi Ayam Original

Memang sedap nasi ayam ini sehingga Aween makan sebanyak 2 kali.  Katanya nasi ayam ini lebih sedap dari nasi ayam yang pernah saya buat sebelum ini.  Pada saya, semua nasi ayam yang pernah saya masak, semuanya sedap tapi sedap secara tersendiri.  Yang berbeza adalah cara ayamnya diperap dan dimasak sahaja. Tapi saya hanya makan sedikit sahaja kerana ingin mengurangkan makan nasi terutama di waktu malam memandang saya sedang berdiet.  

Jom layan resepinya...


Nasi Ayam Original

Nasi Ayam Original
Oleh: Azie Kitchen

Bahan untuk Nasi 
2 cawan beras 
1 inci kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum buah pelaga 
2 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar mentega 
1 helai daun pandan
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Ayam dan Sup 
500 gm ayam 
2 sudu besar kicap pekat 
1 sudu besar sos cili 
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram 
20 gm lobak jeruk 
1 inci halia dihiris memanjang 
1 ulas bawang putih dihiris memanjang 
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Sos Cili 
6 tangkai cili merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
½ cawan air rebusan ayam 
1 sudu kecil minyak bijan 
1 sudu kecil cuka 
2 sudu kecil gula 
Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Kicap
Cili padi
Kicap manis cap kipas udang
Gula
Air rebusan ayam

Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk.




Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.



Nasi Ayam Original


Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go).


Nasi Ayam Original

Nasi Ayam Original


Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang,  buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi.




Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata.  Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.






Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam.





Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati.


Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap.


Nasi Ayam Original

Nasi Ayam Original

Bahan Perap utk Ayam Madu (option):
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram

Selamat Mencuba.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Nasi Ayam Original"

  1. Tq..
    Nmpk sedap...ank sy mmg suka nasi aym..ni 1st nk cuba..nmpk mudah je tp sedap

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing..sepanjang Ramadhan sy tak berkesempatan utk menjeling sebarang menu dan hari ini hati saya tertarik dgn resepi nasi ayam ni setelah kecewa dgn Nasi Ayam yg sgt tidak menepati citarasa saya for my lunch yesterday..tak sabra nak cuba resepi ni pulak...

    BalasPadam
  3. Tq 4 de resipi.. Nasi aym sy mmg superb.. Nasi die mmg lembut dan lerai.. Sy guna beras basmathi..mmg sebiji mcm kdai..bahkan lg sdp dr kdai.. Best sgtttttt

    BalasPadam
  4. saya dh cuba resepi ni..memang super2 sedap,siap tapau lg,hehe..tq kak azie 4 sharing

    BalasPadam
  5. dah try lunch ni..alhamdulillah sedap..tq for sharing

    BalasPadam
  6. Nmpk sedap...saya pn nk try jgn la nti...

    BalasPadam
  7. kalau saya cuba tanpa daun pandan, adakah berubah rasa nya? atau pun boleh dengan tanpa menggunakan daun pandan? terima kasih

    BalasPadam
  8. Terima kasih utk resepi yang mudah and superb ni ! Ibu saya suka sangat ! Thank you auntie azie 😍

    BalasPadam
  9. Sis..nk tnye la..time rebus dh guna halia dan bawang putih kn..nanti nk buat sup..msukkan halia dan bwng putih skali lg or x pyh dh?

    BalasPadam
  10. Tq kak azie, sy br saja cuba resepi ni, first time sy buat, kawan2 sume kata sedap.

    BalasPadam
  11. nampak sedap,nanti nak mita ister buatkan lah..

    BalasPadam