Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap



Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap


Sebelum kita masuk bab nasi ayam, saya ingin selitkan sedikit pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad yang di usia seperti kami adalah masa untuk MEMECUT. Inilah masa untuk mengejar apa apa sahaja untuk mendapat pahala. Jangan berlengah lengah lagi kerana masa sudah sangat kritikal. Gunakan masa yang berbaki untuk kita mencari sebanyak banyaknya pahala. Semoga kita sama sama dapat mengambil ingatan akan pesanan ini. 

Seperti yang saya ceritakan di dalam entri di SINI, perkenalan dengan Zura telah mengenalkan saya dengan Nasi Ayam Faridah di Klang yang diusahakan oleh abang beliau. Ianya menggunakan resepi yang diwarisi dari bonda Zura yang juga berniaga nasi ayam. Seperti biasa, saya memang suka mencuba resepi nasi ayam terutama yang menpunyai kelainan dari resepi yang pernah dicuba sebelum ini. Kelainan dari resepi saya sebelum ini adalah cara penyediaan ayam dan sambal cili. Ayam hanya diperap menggunakan serbuk kunyit, garam dan madu sahaja. Manakala sambal pula menggunakan cili kering, bukan cili merah. Lain lain boleh dikatakan sama sahaja dengan resepi nasi ayam yang lain. Apa apa pun resepi ini adalah resepi terbaru untuk koleksi resepi Nasi Ayam Azie Kitchen. Boleh klik di SINI untuk koleksi resepi nasi ayam.


Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap

Serius, nasi ayam ini sangat sedap. Nasinya memang lembut dan wangi lebih lebih lagi kami menggunakan beras basmati. Ayamnya pulak juicy dan sedap kerana di hidang panas panas walaupun saya hanya sempat memerap selama 30 minit sahaja. Maklumlah saya sampai dari pejabat, telahpun pukul 6.00 petang dek kesesakan jalan raya. Semua siap untuk dihidangkan telah pun pukul 7.40 malam. Agak lama proses penyediaannya kerana baru nak menyiang ayam, mengupas bawang, halia dsb. 

Nasihat Kak Kamariah, guru tajwid saya supaya membuat perancangan awal supaya memasak lebih cepat seperti memotong bawang dan kisar sebelum disimpan di dalam freezer. Tapi saya ni memasak tidak lah konsisten kerana bila rasa penat, kami makan di luar sahaja. Gambar yang diambil adalah gambar waktu malam, jadi kuranglah cantiknya. Walaupun kepenatan, namun saya sangat berpuas hati kerana berjaya menyediakan nasi ayam yang sangatlah sedapnya. Walaupun berazam untuk berdiet tapi saya curi curi untuk menambah nasi. Terima kasih, Zura kerana sudi berkongsi resepi dengan saya. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak....

Jom kita tengok resepi dulu....


Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap

Nasi Ayam Resepi TurunTemurun 
Oleh: Azie Kitchen

Nasi Ayam
Beras basmathi - basuh dan tos
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar mentega
Minyak ayam
2 helai daun pandan 
Sedikit garam

Panaskan planta dan minyak ayam. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk serta daun pandan sehingga wangi.





Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah dibasuh dan tos. Kacau rata sebelum dimasukkan air secukupnya. Saya letakkan sedikit garam. Masaklah nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.


Ayam Madu
1 ekor ayam dg kulit - potong 4 atau 6
Serbuk kunyit 
Garam halus
Sedikit madu 

Lumur ayam dengan bahan di atas dan perap lama lama. Jika banyak, boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan masa depan.

Goreng dengan minyak penuh sehingga ayam masak.



Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap


Sambal Cili
6 - 8 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
Gula
Air asam jawa

Masak cili dan bawang putih kisar sehingga mendidih dan agak agak cili masak. Kemudian masukkan gula dan terus masak sehingga bertukar warna gelap. Akhir sekali masukkan air asam jawa. 





Sambal Kicap
Bawang putih
Kicap cap kipas udang 
Sedikit air

Tumbuk bawang putih dan satukan dengan kicap serta sedikit air. Masaklah sehingga mendidih.
Nota: Kena manis sedikit. 






Sup
Leher dan sayap 
Bawang merah
Halia
Sedikit serbuk sup/sup bunjut
Garam
Daun bawang

Masak ayam dengan air, bawang dan halia sehingga mendidih. Masukkan serbuk sup dan garam. Sesuaikan rasa.
Taburkan daun bawang. 



Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

22 ulasan for "Nasi Ayam Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap"

  1. Nanti nak try lah. Selepas Azie ada masalah allergik, rindu nak tengok Azie buat kek, roti atau muffin. Tapi apa kan daya. Yang selalu saya buat ialah Azie blueberry muffin. Memang sedap..

    BalasPadam
  2. nak cuba esok lah...hehe...
    tq kak azie...nampak pun sedaappp...
    :)

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi ayam...insyaallah saya nak buat hujung minggu nie...Kak Azie guna berapa cawan beras basmathi tu...sama ker sukatannya kalau saya guna beras biasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama jer. Yg penting sukatan air mengikut kesesuaian jenis beras

      Padam
  4. Kak, minyak ayam tu mcm mana ek? Hehhe saya baru nak kenal dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambik lemak ayam yg kuning tu dan dipanaskan sehingga keluar minyaknya.

      Padam
  5. Nasi tu mmg xisi air rebusan ayam ye

    BalasPadam
  6. Terima Kasih Azie. Mcm sedap dan mudah utk dicuba. Insyallah.

    BalasPadam
  7. Insyaalah, esok sy nak try masak..
    Tq kak azie.. :-)

    BalasPadam
  8. sedapnya.. insyaAllah nak cuba buat nanti.. terima kasih share resipi nasi ayam ni..

    BalasPadam
  9. saya tak pernah cuba lagi nasi ayam yg ayamnya digoreng. biasa saya buat ayam masak sekali ngan nasi. next time nak try resepi azie ni lah. mcm best je, mesti anak2 suka.. tq azie.. ;)

    www.jomlawa.blogspot.com

    BalasPadam
  10. best2 senang resepi neh...janji sedap...

    faridahzulkifli21.com

    BalasPadam
  11. Sedapnya..... Mau cuba la ni... mesti husband suka. Tq sharing
    http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..terima kasih ye resepi ni..baru buat td..best..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, nasi ayam ini menjadi.Baru lepas makan.masak bawa ke office husband.semua nampak gembira makan ramai-ramai.terima kasih.
    -shahida-

    BalasPadam
  14. kalau minyak ayam diganti dengan kiub ayam bole ke?

    BalasPadam
  15. mamamia nampak sedap dan senang!! gonna try this! tq sis azie muah

    BalasPadam
  16. nampak macam sedap je..boleh cuba nih..tq

    http://sihatforall.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. nyummy...br tgk...Nak try la..hihihi

    BalasPadam
  18. Tq atas perkongsian resipinyer.Tak sabar nk msak utk suami dan anak².hehehe,


    Erwanah Iva Abir

    BalasPadam
  19. Resipi ni utk brape cawan beras?

    BalasPadam