Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 9 February 2012

Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang




Hari ini saya memasak Nasi Ayam yang dikukus dan dimakan dengan Ayam Panggang. Kiranya campuran menu nasi ayam lah, bukan original resepi nasi ayam. Sos cili dan sos kicap seperti yang dimakan bersama nasi ayam juga disediakan. Resepi nasi ayam, sos cili dan sos kicap menggunakan resepi Nasi Ayam Istimewa yang dimasak sebelum ini. Resepinya boleh klik di SINI. Berbezanya kali ini, nasi ayam dikukus. Manakala ayam pula dipanggang dengan dibakar di dalam oven.

Resepi ayam panggang ini saya salin dari blog Engineers Love Cooking yang begitu baik hati untuk berkongsi link untuk meningkatkan lagi persembahan blog saya. Terima kasih kerana telah membantu dan juga kerana berkongsi resepi ayam panggang.

Jom kita tengok gambar gambar yang diambil semasa menyediakan Nasi Ayam Kukus dan Ayam Panggang tadi ....


Nasi Ayam Kukus

Beras dibasuh dan ditos. Tumbuk halia dan bawang putih.



Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk, rempah menumis serta daun pandan sehingga wangi. Kemudian dimasukkan beras dan digoreng seketika. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. 




Lepas itu pindahkan ke dalam loyang yang dimasukkan ke dalam bekas pengukus. Kukuslah sehingga nasi masak.





Ayam Panggang

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong empat (4)
Minyak zaitun

Untuk paste
3 sb bawang besar dikisar
2 sb bawang putih dikisar
1 sb halia dikisar
3 sb kicap pekat
1 sb madu
1 sb serbuk kunyit
1 sb cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
Sos tomato, sos cili dan sos plum
Garam

Hiasan
1 biji kentang
4 inci lobak merah dibelah
1 biji bawang besar dibelah empat
1 batang seleri dipotong sepanjang 2 inci

Cara cara
Rebus ayam sekejap untuk mendapatkan air rebusan ayam. Lumurkan paste keseluruh bahagian ayam.  Ayam yang telah dilumur disusun dalam bekas untuk dipanggang yang telah disapu dengan butter.



Masukkan bahan hiasan dalam bekas dan direnjis minyak zaiton.



Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit.




Keluarkan dari ketuhar dan angkat ayam yang telah masak.  Bahan hiasan diasingkan dan dicurah sos yang terhasil semasa memanggang ayam.






Boleh lah dihidangkan dengan nasi ayam kukus.  





Enjoy ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.