Saya rasa nasi ayam di Gulam Mee sangat sedap tetapi hari demi hari sangat mahal. Bukan sahaja harga dinaikkan tetapi juga portion lagi mengecil. Kita tak banyak pilihan melainkan memasak nya sendiri bila berkesempatan. Anak bongsu saya, Aween pulak sangat menggemari nasi ayam. Dia boleh menghabiskan 2 bungkus sekali makan. Bila mendengar ura ura saya ingin memasak nasi ayam, dia siap berpesan supaya saya memasak awal pagi, jadi pukul 10 pagi dia dah boleh bersarapan dengan nasi ayam. hmmm gitu lah betapa dia menggemari nasi ayam.
Resepi ini menghasilkan nasi ayam yang sangat sedap, sangat istimewa. Keenakannya sehinggakan saya dan anak anak makan nasi ayam sebanyak 2 kali, sebagai brunch pukul 11.30 pagi dan pukul 2 petang makan lagi sekali. Alahaaai, nasinya yang wangi dan lembut, ayamnya yang lembut. Lebih lebih lagi, saya menggunakan ayam segar yang diproses sewaktu kita membelinya. Jadi dagingnya masih juicy.
UPDATE: lihat juga resepi nasi ayam lain yang telah saya cuba dan menghasilkan nasi ayam yang juga sedap dengan klik di SINI dan di SINI. Jom lah kita layan resepi Nasi Ayam Istimewa yang telah saya ubahsuai sedikit sebanyak di bawah ini...
Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie KitchenBahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sosMasukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

















Assalam Azie.. hampir sama macam cara saya menyediakan Nasi Ayam.. mmg sedap ni.. :)
ReplyDeleteSheila, memang sedap kan.
Deleteas salam kak azie, rempah sup tu rempah serbuk atau sup bunjut adabi ye?
ReplyDeleteSaya guna yang serbuk, lagi cepat mesra
Deletenmpk pon dh sdap...ni blom mkn lg...kna cuba ni..;)
ReplyDeleteKalau dimasak sendiri pasti lebih sedap. Nasi ayam yang dibeli, kadang kadang isi ayamnya spt ayam rebus sahaja
Deleteas,kum azie...saya ikut resepi.alhamdulillah nasi ayam terbaik yg saya pernah masak tq...
ReplyDeleteUmmi, nnt boleh cuba resepi yg lain pulak, kena rajin mencuba resepi resepi baru
Deletenampak cam sdap jer...kena try wak ni
ReplyDeleteKena cuba dulu, baru tahu sedap atau tidak. Jom cuba
DeleteSalam:)
ReplyDeleteDatang mencari resepi nasi ayam special!
:)
Salam kenal..dah follow sekali blog yang cantik ini..
Terima kasih kerana sudi follow blog saya. Salam kenal untuk Pn Kartini juga
DeleteCuba untuk masak nasik ayam resepi kak azie ni untuk anakanda.Gemar sangat dia makan nasi ayam.terima kasih sebab sudi share resepi..I follow..
ReplyDeleteMemang anak anak suka nasi ayam. Kalau dimasak sendiri, boleh dimakan menambah nambah dan berulang ulang
DeleteSalam azie ...
ReplyDeleteTerima kasih sudi share resepi nasi ayam ...sya suka rujuk resepi d blog azie ...sbb azie bgi resepi dan sukatan yg betul ....
Sama sama
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteResipi nasi ayam akak yang terbaik. Mak dan kawan saya pun dah cuba. Diorang pun kata best. Terima kasih Kak Azie.
ReplyDelete;)
Sama sama. Terima kasih kr mencuba
Deletesalam kak azie, esok pagi kawan-kawan saya suruh saya masak nasi ayam dorong kempunan nak makan nasi ayam, jadi saya pun nak la belek-belek cari resepi nasi ayam yang terbaik.saya baca resipi ni macam menarik je pastu banyak pulak komen-komen positif, jadi ape lagi esok pagi la cari semua bahan-bahan nak buat resepi ni..thanks kak sebab kongsi resepi nasi ayam..dah cuba baru tahu sedap ke tak..hehe
ReplyDeleteInsya Allah, setakat ini feedback yg diterima semua positif. Goreng ayam secara touh n go jer, ya
DeleteAs Salam Puan Azie. Terima kaseh atas resepi di atas. saya adalah antara ibu berkerjaya tapi tidak pandai memasak. Last week saya terjumpa blog puan dan mula mengikutinya & pada hari ahad yg lalu saya berjaya juga menghidangkan nasi ayam istimewa ini mengikut resepi puan. Alhamdulilah anak2 sgt suka n suami turut memuji. Ini membuatkan saya lebih bersemangat utk memasak dan ini juga azam tahun baru saya. Izinkan saya belajar dari resepi2 puan ya. Tqvm again!
ReplyDeleteWslm. Silakan. Saya sangat gembira jika ada yg belajar dan mencuba resepi yg saya kongsikan
DeleteAssalamualaikum...saya nak guna resepi ye! tp xtau la bila nak buatnya :)
ReplyDeleteWslm. Silakan. Saya memang ingin berkongsi dg sesiapa yg membacanya
DeleteNampak sedap dan senang nak buat....petang ni nak buat , thk you sis azie
ReplyDeleteInsya Allah, semoga segalanya lancar dan famili gembira dg hidangan yg disajikan
Deletesaya suka resepi kak azie..mudah sedappp n simple..jauh lebih best jika kita buat sendiri.terima kasih.
ReplyDeleteWani, terima kasih kr mencuba dan memberi maklumbalasnya di sini
DeleteHai nampak sedapnya nasi ayam ni.Siap dengan stepnya yang teratur sekali. Minggu ini nak cubalah.
ReplyDeleteMemang sedap. Cubalah. Insya Allah, famili pasti suka
DeleteSalam perkenalan kak Azie..sy mmg penggemar nasi ayam..rasa nak cuba la resepi ni.. :-)
ReplyDeleteWslm Miss. Salam kenal juga dari saya. Anak anak saya pun penggemar nasi ayam
Deletesngat sedap dn blog yg unik..^_^
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTerima kasih. Masakan menjadi dan sedap
ReplyDeleteTerima kasih dan tahniah kerana berjaya menyediakan sendiri hidangan nasi ayam
Deleterempah sup kalau pakai sup bunjut boleh tak?
ReplyDeleteBoleh juga, mana mana yg disukai
DeleteNmpak sedap ni.... Lom cba... Esok nk g beli ayam... Nak try all my hero di rmh ni penggemar nasi ayam....
ReplyDeleteLaRa, dah cuba baru tahu bagaimana kesedapannya. Hahaha selamat mencuba
DeleteIni my favourite, let others kongsi resepi ni.
ReplyDeleteYa, my favourite too. Hope fully others will also try out this delicious recipe
DeleteAri nie nak masak nasi ayam ikut resepi akk...permintaan ank kesayangan...harap2 menjadi ye kak...
ReplyDeleteInsya Allah pasti menjadi. Happy cooking
DeleteSaya dah masak guna resipi Kak Azie nih.. mmg terbaik n dapat pujian ramai.. hihihi.. tq kak! u r awesome!
ReplyDeleteTahniah. Lepas ni boleh masak lagi.
Deleteresipi yg sangat2 mmbantu bg org2 yg kawen muda mcm sy.. pasni dah x takot lg klu suami nk mkn nasi ayam.. thanks kak azie..
ReplyDeleteAlhamdulillah jika ianya dapat membantu dan memberi manafaat kpd semua pembaca blog Azie Kitchen
Deleteterliur saya tengok nasi ayam special kak azie nie..nxt week nak try masak resipi nie utk tunang..tunang suka mkn nasi ayam..thanks share resipi nie kak azie..
ReplyDeleteHidangkan apa sahaja yang si dia sukai supaya dia sentiasa ingatkan kita walau di mana berada.
DeleteSalam Azie. Bla akak bca resepi azie adalah resepi yg ikhlas. Mudah2an resepi yg akan dtg pun resepinyg original. Semoga Allah merahmati Azie seklga diatas keikhlasan untuk berkongsi resepi. Amin.
ReplyDeleteWslm. Tak ada apa yg nak disorokkan kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat, sangat besar ganjarannya. Lagi pulak, saya juga belajar dari kawan kawan lain juga
DeleteSalam...saya dah cuba resipi ni kak...mmg menjadi dan terbaek...:-)
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih kr sudi mencuba
Deleteassalamualaikum kak....saya baru sudah try masak guna resepi akak.. :) sedap...cuma cili nak wat sos tu xlumat sikit sbb masalah beender..tp rasa best..terima kasih akak
ReplyDeleteWslm. Alhamdulillah. Cili tu kasar kasar sikit pun ok
Deletesedap sangat2,,,, saya dh cuba,,,, thanks dear,,,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mencuba. Nnt saya kongsikan satu lagi resepi nasi ayam Azie Kitchen yang meletop. Tuunngguuu
Deletesalam kak, sdapnya nampak! rasa dah tentu sedap. mesti cuba, harap jadik ^^
ReplyDeleteSedap nasi ayam ni. Cubalah
DeleteMekasih kak atas resepi akak share ni:)
ReplyDeleteterubat rindu sy kat Malaysia:)
Hairie
Sama sama
DeleteMohon copy yer kak
ReplyDeleteSilakan lah
Deletemm cm sedaplah nsi ayam kakak ne. saya nk cuba untuk smbut ulang tahun anak ari ne. mohon copy ya kak....{*_^}
ReplyDeleteSilakan. Selamat hari ulang tahun utk anak ya
DeleteSangat2 sedap nasi aym kak azie nih!! Boleh buka kdai.huhu.
ReplyDeleteKegembiraan yg tidak terhingga bila resepi ini dicuba dan disukai oleh semua kawan kawan. Sesungguhnya kegembiraan sebagai isteri dan ibu apabila dpt menghidangkan makanan yg sedap pada suami dan anak anak
Deletenampak sedapp ni kak.nk try masak la nnti.tq akk..resipi yg kak ni mang terbaikk!!..
ReplyDeletePasti anak anak sukakannya
Deletealhamdulillah. Sy duduk dkat republik czech, jd bahan x cukup sgt. Tp dah try td, menjadi !! Tq kongsi resepi nie !!
ReplyDeleteSu,
DeleteActually Rep Czech adalah antara tempat yg saya sangat ingin lawati kerana saya ingin sekali bershopping kristal di Prague sejak 20 tahun yg lalu. Tahun ini bila berpeluang pergi, hubby pulak tak mahu pergi. Frust sangat. Nnt add my facebook, teringin nak tengok gambar gambar di sana
oh yeke... akak klu nk dtg sini boleh je lah contact sy, mgkn sy boleh bw bw jalan2x sbb czech guna bahasa sendiri, agak susah sikit lah nak jalan klu x tau bahasa dia. tp ok je la. Kristal tue mmg byk cuma diri sendiri pun x pernah beli lagi. Hehe. Btw gambar2x sy x cantik sgt tau..
ReplyDeleteHaaa kalau saja saja nak ke sana, tidaklah kot. Baru ni plannya ke Germany juga
Deleteas salam.
ReplyDeletesyukran ukhtie... kali pertama nasi ayam sy mnjadi dgn resepi saudari. mudah n hasilnya, Alhamdulillah.sedap sungguh
jazakallahu khair
As salam..syukur & terima kasih kerana share this recipe. Saya duduk di perantauan (Osaka, Japan) dan memang selalu bergantung pada resepi2 dari internet. Alhamdulillah first experience buat nasi ayam menjadi. Hubby & anak2 pun suka :). Thanks again!
ReplyDeleteSaya ada mention blog ni dalam blog saya http://www.fromanalienseyes.blogspot.jp
Telah beberapa kali cuba cari your blog tapi tak dapat. Ingat nak masuk tengok. Dalam google pun tak dapat juga
Deletehaah baru discover ada problem ni. Nnt saya cuba perbetulkan. kalau dah ok nnt saya comment semula. Thanks :)
DeleteYa, alamat blog yg diberi ada kesilapan, terlebih huruf S
DeleteMaaf. Tak sure kenapa blog saya not searchable. Tp boleh search bila guna phone. Rupanya ada satu lagi blog dgn nama yg sama tapi kurang satu s. Nama blog yg saya beri sebenarnya betul. Maaf kerana kekeliruan berlaku.
DeleteAs salam, mungkin kerana blog saya terlalu baru. http://www.fromanalienseyes.blogspot.jp
DeleteAlhamdulillah, dah boleh search. Thanks & sorry for the trouble.
salam.sedap nasi ayam resepi akak saya dah cuba 2×.terima ksh byk2.
ReplyDeleteIsma,
DeleteTrima kasih atas maklum balas
Salam.kak azie.thanx kongsi resepi..nk try nnt.sila2 la jengah blog saya yg x seberapa.lama juga tu tak update..heheh http://lollipophoney.blogspot.com
ReplyDeletesaya da cuba nasik ayam akak ni..mmg sedap!...=)
ReplyDeletesedappnyaaa .. nk try laa kjap lgii :)
ReplyDeleteSy pun dh try recipe ni bt masa birthday hubby...sy masak 5 cwn beras...habis nasi tu hubby mkn...blk2 refill nasi..smpai tgh mlm nk tido pn masi tnya ada nasi ayam lg..dh tau die yg hbskn nasi,ditanya lg..haha..lma sda mncari recipe ayam mcm d kedai tp ni la recipe tbaik penah sy cuba..sblm ni semua recipe yg sy ikut x sedap & x ckup rasa...tq kak :)
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas, blh dirujuk oleh pembaca lain juga. Lepas ni cuba pulak, nasi ayam Kak Laily yg tersohor tu
DeleteSalam kak, sdp sgt...tq
ReplyDeleteSalam, last week I made this for lunch. mmg sedap sgt :D thanks for sharing kak
ReplyDeleteAssalam kak, saya dah cuba tau resipi nasi ayam akak ni... First time wat sendiri nasi ayam, selalu tu mkn yang siap org masak je.. Memang best la kak, menjadi..suka sangat.. Mekasih banyok2 ye kak coz sudi ajar budak br belajar ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum sis Azie.
ReplyDeleteI have tried your Nasi Ayam Recipe for lunch today, it is AWESOME!!!
All of my kids love it so much!! :-)
Thank you so much for sharing with us... :-)
akak ada recipe filet ikan tak?
ReplyDeletetgk sedap je..mohon share untuk hubby tersayang yang merajuk tu hee
ReplyDeleteas salam...sy dh cuba resepi ni td..mmg sedap nasi ayam ni..hby mkn smpai 3 pinggan...dia kata leh bukak kedai nasi ayam ni...hehehe..pe2 pn tima kasih atas resepi ni..sy nk mntk share kt blog sy yer
ReplyDelete