Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 26 May 2012

Laksam Masakan Istimewa Che Siti Wan Kembang







Laksam dan laksa Kelantan menggunakan kuah yang sama. Yang berbeza hanya laksam atau laksa itu sendiri sahaja. Saya memutuskan untuk memasak laksam hari ini kerana 2 sebab. Pertama Nelly dah terbeli lebih santan untuk dibuat kuih Akok tadi di SINI dan kedua sementara mempunyai ulam ulaman yang sama dengan ulaman Nasi Kerabu di SINI. Jadi supaya tidak berlakunya pembaziran, saya pun buatlah laksam. Minta hubby belikan laksa beras, dah dia pula terlupa membelinya. Asal asal hanya nak makan laksa Kelantan jer lah tapi sebab dah tak ada laksa, terpaksa lah dibuat laksam.





Sebenarnya ini lah pertama kali saya membuat laksam sendiri. Teringat masa kecil kecil dulu, sepupu saya Kak Nik Yam membuat laksam yang sangat sedap. Laksam tersebut dihantar di kedai kedai makan dan cepat jer habisnya.

Jom layan laksam versi Azie lah pulak... hahaha



 

Laksam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. 

Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping.

Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan.

Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik.

UPDATE: Sila lihat di SINI dan di SINI untuk melihat resepi laksam yang saya rasa lebih lembut dan elok.


Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung.

Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik.

Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus.

Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

 
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi & kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam

Kacang panjang
 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula


Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
 
Garam

Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi.

Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 

Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.





 Enjoy...



9 comments:

  1. Sedapnyaaa...Nak semangkuk kak..Hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, memang sedap aduhaai, ni yang parah ni bila semua yang dimasak sendiri, semua rasa sedap di tekak sendiri.

      Delete
  2. hi AZIE, makanan kegemaran saya nih tapi kat johor nih susah la nak carik yg rasa cam ori. Kalu balik KL sure saya gi restoren2 kelantan macam restoren belanga, restoren hatinie, restoren A.Hasan dan lain2

    Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik yg saya pegi. Kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la saya nih orang johor. Tempat2 lain pun ada...

    Jangan lupa register dan follow blog saya ok baru la ceria skit hehe TQ TQ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. PN, terima kasih kerana mengunjungi. Insya Allah saya akan sign up as follower. Hari ni internet sangat slow. Harap PN juga dpt sign as Azie Kitchen follower juga ya. Belum ada nampaknya.

      Saya selalu ke Restoran Hasan kalau nak makan laksam yang sedap macam di Kelantan. Tapi bila buat sendiri, memang laksam Kelantan sebab saya orang Kelantan.

      Delete
  3. wahhhhhhhhhh best nyer mekasih Azie hehheeh love u so much muah muah muah .....:D..My pebret sesangat laksam nie br je dok tanya dah terhidang depan mate ty ty ty ty hehhehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, sama sama kasih. love you too, dear friend. mudah jer membuatnya, dapat 2 in 1, kalau dibeli laksa dan dibuat laksam sebab kuah bagi keduanya adalah kuah yang sama. Sila lah cuba ya

      Delete
  4. Dah try buat....mmg menjadi......tima kasih....:)

    ReplyDelete
  5. Salam azie. Thank you for the resepi. Saya sekaranh tengah mencuba. Tapi laksam saya lembut sikit selepas di kukus. Why? Mungkin saya tambah air lebih dari sukatan yang di anjurkan

    ReplyDelete
  6. Salam azie. Thanks for the recipe. Tengah mencuba. Tapi laksam saya lembut sikit. Kenapa ye?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.