Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 26 May 2012

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap



Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang, negeri kelahiranku. Akok yang sedap biasanya lemak, lembut dan berkedut kedut rupanya. Masih ingat lagi kuih Akok yang sedap di jual di pasar Bachok sehinggakan my sister order kuih Akok untuk majlis pernikahan beliau. Tapi kini nak cari akok yang benar benar sedap di Bachok atau Jelawat, tak ada lagi. Semuanya macam dah short cut, bakar guna oven elektrik jer, bukan lagi dapur kayu dengan sabut seperti dulu dulu.

Tapi di KL ni, ada tempat yang menjual akok yang sedap. Nak tahu di mana? Tempatnya ialaaah... hehehe kasi suspen sikit. Saya kalau setiap kali ke sini, mesti bungkus 2 atau 3 bungkus akok untuk dibawa balik ke pejabat atau rumah. Dalam kereta tu, tentunya beberapa biji dah missing. hmm maknanya sedap lah tu.  



Eh eh lupa pulak, saya belum kasi tahu kat mana tempatnya.  Alaaa tu haa depan dengan PPZ kat Chow Kit tu, restoran makanan Kelantan yang famous tersohor tu, Restoran MMZ. Nanti kalau tak nak buat sendiri, gi jer sana dan beli akok, sedap. Memang rasa macam akok yang dimasak oleh orang Kelantan di Kelantan lah.  Bukan apa, orang Kelantan ni bila berada di KL, masakan Kelantan dah tak jadi macam original masakan Kelantan. Saya pun tak faham kenapa jadi gitu, banyak cut short ke apa ke.

Kuih Akok ni memang sedap, tengok dah berapa kali tu, cakap sedap, sedap. Maknanya betul betul sedap lah dan diet pun gerenti hancuish. Anak anak tak berapa gemar kuih tradisional camni, jadi saya lah tukang menghabiskannya. Takut membazirkan. 


 

Kuih Akok

Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka 
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus 


    Cara cara:
    Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.

    Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.

    Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

    Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 






    Bolehlah dihidangkan dengan teh O sebagai hidangan petang bersama keluarga.




    Enjoy...
     

    17 comments:

    1. mekasih lg sekali...nie pun salah satu pebret d5 hehhehe mmg jatuh cinta ngan makanan pantai timur nih insyaallah d5 akan cube membuat nyer, pic dia nampak sedap sgt best nyer kalau jd jiran Azie nie hehehhe:D

      ReplyDelete
      Replies
      1. D5, mai lah jadi jiran saya. Bangla pekerja kontrak belakang rumah pun selalu juga saya hantarkan makanan pada dia. Sehari dua ni pesta makanan Kelantan di Villa Nur Qaseh. Minuman petang nanti, barulah kuih nasional, Karipap Ayam.

        Delete
    2. best2 ...karipap ayam ek d5 br je buat curry puff daging..hik hik hik still takut lg nk buat doh karipap ekkeke takut xmenjadik so guna ape yg ade je dlm freezer tu..:D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Semalam dah siap semua inti dan doh tapi tak sempat mencanainya kerana hubby ajak jalan jalan cari makan ke Morib. Insya Allah, hari ni boleh sambung misi karipap ayam. Wah curry puff daging pun sedap.

        Delete
    3. Kak Azie saya dah cuba memang sedap dan berbaloi2.Keluarga saya mmg suka bangat dengan kuih akok ni,mereka semua kata sedddaaaaaaap.tkasih kak.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tahniah kerana berjaya menyediakan kuih yang disukai oleh keluarga tercinta

        Delete
      2. kak azie marilah tengok rupa kuih yang As dah buat ni dan komen nanti tau

        Delete
      3. As, maaf baru perasan. Insya Allah.

        Delete
    4. guna telor aym ke telor itik?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Anis, saya guna telur ayam tapi kalau guna telur itik,lagi sedap

        Delete
    5. tq k.azie sudi kgsi resepi
      nti ejah nak cube buat lah
      ;)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sama sama. Dah buat, blh lah bagi feedback

        Delete
    6. terima kasih sudi berkongsi resipi. dah try dan memang menjadi dan sedap.suami gembira berbuka puasa.

      ReplyDelete
    7. 30 gram tepung gandum tu lebih kurang berapa cawan ye? kami takde penimbang, baru belajar nak wat kuih ni...

      ReplyDelete
    8. terima kasih puan..syida dh cuba mcm2 resepi dri blog puan azie..mmg terbaik la..nak2..akok n nasi ayam..fmly mmg suka sgt smpai mnjilat jari..trima kasih sekali lagi krana sudi bkongsi rhsia yg mmg terbaik..nak2 yg mcm syida ni..xberapa pndai sgt nk masak..

      ReplyDelete
    9. salam akak..ehheh..macih share resepi kuih akok ni au..,,tp kan akak..lau sy nak pakai mikrowave agak2 menjdi tak kuih sy uh nt,,,xke alamatnye nt kuih len lak yang jadinye..:D

      ReplyDelete
    10. acuan tu nak dapat kat mane?? :)

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
    Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

    Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.