Kalau di entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan cara cara membuat laksam, kali ini saya kongsikan entri membuat kuah dan hidangan laksam. Laaa yang ni, ulang tayang jer. Dah ada resepinya yang saya kongsikan dulu. Tapi tak apalah untuk menyenangkan, tak payah nak cari cari, klik jer di SINI. Saya masih menggunakan resepi yang sama kerana kuah ini memang menjadi seperti kuah laksam Kelantan mengikut tekak Kelantan saya. Kiranya hari ini saya hanya bersarapan dan makan tengahari dengan laksam jer.
Sejak discharge dari Tropicana Medical Centre petang semalam, saya rasa perut masih tak selesa dan selera masih tak ada. Jadi dengan adanya makanan Kelantan, semoga akan terbuka sedikit selera untuk makan. Allah Maha Mengasihi kerana diberikan saya ujian untuk menyedarkan diri saya supaya tidak jauh terleka dan Alhamdulillah dan syukur ianya dapat dikesan awal dengan pemeriksaan dan ujian yang dilakukan dan Insya Allah, dengan izinnya saya akan sembuh. Sepanjang di ward, terasa kasih sayang suami yang sanggup menjaga saya dengan bekerja dari hospital dan anak anak juga mengunjungi untuk menemani dan menghiburkan saya yang kesunyian. My hubby bukan putera raja tetapi ianya umpama Prince Charming di dalam hidup saya yang walaupun tidak sesempurna yang diimpikan tetapi melebihi dari apa yang sepatutnya saya miliki. Dari mula berkahwin, saya dilayan umpama seorang permaisuri. Lelaki hebat ini adalah anugerah yang terbaik buat saya yang sentiasa lemah dan kesakitan.
Entah kenapa hati ini sangat sepi dah hiba di pagi ini. Mungkin kot memikirkan rakan rakan yang bekerja di pejabat sedang diri terasing di villa yang sunyi sepi selain dari deruan air terjun di kolam yang jernih dengan ikan yang berenang renang kegembiraan. Betul ke mereka gembira? Hmmm yang pasti syurga sedang menanti mereka.
Walau bagaimanapun saya bertekad, segala yang lain saya ingin ketepikan seketika dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah kerana Dialah sebaik baik wakil kita "Hasbunallaahu waniqmal wakeel". Dilahir sebagai orang yang biasa biasa, saya mengakui telah menikmati hampir segalanya keindahan hidup ini, hanya sedikit sahaja lagi yang tidak dicapai, itupun bukan perkara yang sangat penting dan mungkin ianya bukan sesuatu yang baik untuk saya. Maka itu Allah tidak memberikannya kepada saya. Syukur di atas semua nikmat yang telah dikurniakan...
Tidak mahu lagi bersentimental, sebelum lebih banyak mutiara menitis, jom tengok resepi di bawah ini...

Laksam
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara menyediakannya di SINI.
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Kisar kesemua bahan di atas
Bahan lain
Belacan
Garam
Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi.
Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.
Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.

Azie, this is fabulous! Nampak senang nak buat. I will definitely give this a try on my off day.
ReplyDeletePH, yes should try, follow the recipe.
DeleteWoww...sanntikk la laksam ni..elok je kejadiannya..lembuttt yummy je...harus cuba..
ReplyDeleteThanks for sharinggg..muahhhh!
CA, memang lembut sangat laksam ni. Secukup dan elok elok jer laksamnya
Deletewah dah ada kuahnya ni boleh try nnti Azie insyaallah mmg cantik ni sedap pekat dan lazat tapi sambalnya kena banyak baru kick hee
ReplyDeleteKak Noor, yang ni diletak cili padi, walaupun sedikit tapi berasa pedas nya. Lagi pulak, I tak boleh makan pedas. Kalau di Kelantan, diguna sambal merah macam cili kering tu. Lepas ambil gambar, terus sendiri makan
DeleteSalam Azie,
ReplyDeletebaru terjumpa blog ini...wahhh bestnya laksam tu..suka!
nanti bolehlah saya cuba buat laksam ini dengan resipi Azie..tq!
LW, cubalah. Laksamnya sgt lembut, anak saya cakap sedap sgt.
DeleteSalam..., saya suka semua laksa dan yang sewaktu dengannya...
ReplyDeleteMar, kita sama lah
Deletesalam kak azie..x sihat ke kak? laa cian dier moga cepat sembuh ek..laksa kelantan mmg feveret kt umah kita selain laksa johor..perghh!!
ReplyDeleteIna, tak sihat sikit. Esok mula bekerja
DeleteAssalam Azie? how are u? dah sihat ker? harap u're getting better..
ReplyDeleteI suka sangat mkn laksam ni dear.. klu dekat, mmg i order jer ngan u.. tp takperlah one fine day i akan cuba juga.. mohon dikongsi resepi u ni yer.. take care dear..
Dear, kalau dekat i masak dan gi hantar jer rumah you. Kalau you buat, gambar mesti cantik giler
DeleteSalam kak azie, sy mula berminat slps my hubby bg link blog akak pd saya cz ada masaksn klate. Buat ms ni sy tlh mencuba 4 entry resipi akak. Alhamdulilah mmg mjadi dan sedap. Last weekend 1st time buat laksam, mmg menjadi i'm so excited sgt bila hubby dan anak2 memuji sedap dan minta dibw kesekolah utk lunch diorg. Sy hrp akak halalkan resepi ini dan blog akak ni mmg mjadi rujukan saya.
ReplyDeleteAliz, semua resepi yg diberi utk dikongsikan supaya kita mendapat pahala kr berkongsi ilmu yg bermanafaat. Saya tumpang gembira bila famili Aliz suka apa yang dihidangkan
Delete