Iklan Nuffnang

26 Sep 2012

Laksam - Langkah Demi Langkah







Kali ini saya nak kongsikan cara membuat laksam langkah demi langkah. Bukan sahaja sekadar perkongsian dengan kawan kawan tetapi juga untuk rujukan saya sendiri apabila membuatnya lagi di masa hadapan. Al maklumlah orang macam saya ni, isteri mithali yang masak sebulan sekali. hihihi jadi ada masa menjadi dan ada masa lingkup, jadinya kenalah buat rujukan. Bukan pro yang masak dengan hanya campak mencampak jer.

Pagi ini saya masih bercuti sakit. Hajat hati ingin nak ke pejabat walaupun doktor menasihatkan supaya berehat dan hubby juga menegah. Tapi sebab kelesuan, saya terjaga agak lewat untuk solat subuh dan masa itu, baru terasa yang saya belum fit untuk ke pejabat kerana badan terasa melayang dan kepala masih spinning.  Hubby dan Nana dah keluar, jadi bila bangun dari katil terus teringat yang saya perlu makan antibiotik selepas sarapan. Terus hantar bbm kat hubby tapi katanya dia masih lambat. huhuhu lapar lah kalu macam tu. Apa nak dimakan ni, di dapur hanya ada 1/4 ketul donut yang Nana dan Izzad bawa Boy beli di Giant malam tadi. Makan juga lah untuk melapik perut sebelum boleh dimakan ubat ubat.

Terpandang lah pulak resepi laksam yang ditayangkan oleh rakan fb. Lalu teringat dalam peti ais masih ada ikan kembung yang dah lama tersimpan. Ikan kecik ni kalau disimpan lama lama, macam tak sedap untuk dimasak lagi walaupun masa disimpan di freezer ianya masih fresh. Berbeza dengan ikan besar yang dipotong. Dengan terhingguk hingguk, saya ke dapur sambil mengelek gajet  setia saya ni,  si i pad merah menyala, masuk kitchen store mencari bahan yang diperlukan. Haaa semua cukup, lalu terus membuat laksam. Lagi pulak Nelly dan anak anak lain semua suka dengan laksam ni, boleh juga minta dibelikan sedikit laksa kerana laksam dan laksa Kelantan menggunakan kuah yang sama iaitu kuah lemak putih yang sooo sedaaappp.... huhuhu mula lah rindu kampung halaman ku pagi pagi ni. Klik di SINI kalau nak tengok laksam yang saya buat sebelum ini. Rasanya kejadian laksam dengan resepi kali ini lebih elok, bila ditambah 1 cawan lagi air suam tu serta dimasukkan sedikit garam.

Jom ikut saya layan cara cara membuat laksam ni. Tapi entah kenapa kamera meragam pulak, puas ditekan, tak mahu snap juga, Saya cuma tahu klik jer kamera ni, lain lain setting memang tak reti. Jadi dapat lah beberapa keping walaupun tak sharp sangat kerana membuat laksam perlu dibuat dengan pantas. Layan jer lah...




Laksam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam


Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.




Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.



Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah.





Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.





Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.





Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.




Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.






Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.






Selamat Mencuba. Lihat resepi kuah di SINI.





45 comments:

Asyifa Mustaffa said...

uish...pandainya akak...rajin sungguh...! kalau sy teringin nak makan...kadang beli jer....hehehe...

cik cek said...

Menarik...step by step....suka makan tapi tak penah lagi buat sendiri....

Salam kenal dari cik cek....:)@ KitchenIsMyWorld...

Phong Hong said...

Azie, great tutorial! Thank you very much because I love to eat laksam. It has been a long time I haven't eaten it. Rindu!

nazreenns said...

Thanks kak Azie, I am laksam lover. I will try during the week end. Just to share with you that i've uploaded few photos on the progress of my bungalow. And the most important thing is that i've tried few of your recipes and hasilnya ada juga dalam blog i. Tengok tau...Thanks to you again.

Bicara Kak Noor said...

sedapnya laksam tapi belum ada kuah ni belum dpt makan lagi heee nak tunggu resepi kuah pulak ni

Azie said...

As. hari ni dok sorang sorang kat rumah, tu yang buat laksam ni.

Azie said...

Salam kenal juga dari saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Membuatnya sangat mudah, kalau ramai di rumah, lebih economics la kalau dibuat sendiri

Azie said...

PH, thank you. It is so easy to do it. Let's do it

Azie said...

Ohh so great. Will visit your blog soon. Hope the construction of your bungalow will progress smoothly.

Azie said...

Kak Noor, tuungguuu

Shahrul Andalas said...

Mmm sedapnya...sukatan ikut tu semua x pAyah tokok tmbh confirm jadi.murah rezeki akak kongsi ilmu..

Azie said...

Ameen. Alhamdulillah

Anonymous said...

sukatan buat laksam tu betul ke, pernah buat tp x jadi..

Azie said...

Itulah sukatan yang saya guna utk gambar di atas, kalau nak laksam yang sedikit lembut, boleh tambah 1/2 cawan air lagi.

Anonymous said...

masa mengukus tu guna api kecil ke sederhana ya?

Azie said...

Guna api biasa sahaja. Yg penting air dalam pengukus telah mendidih waktu kita mula

Tina said...

Assalamualaikum Azie! terima kasih banyak2 for sharing this recipe. I peminat laksam, tapi bukan orang Kelantan and had no idea how to make it. I ikut sebijik2 your recipe ni and for the kuah too. alhamdulillah menjadi dan sedap! May Allah reward you for sharing :)

nurbijen said...

Salam kak Azie,
Terima kasih share resepi langkah demi langkah macam ni... tak sangka dapat juga makan laksam walau jauh dari negara sendiri...
Mohon share resepi kat blog yer :)

Azie said...

Tahniah kr berjaya membuatnya.

nasrinahkhan@gmail.com said...

Salam Azie. Thank you for sharing your recipes. I try buat laksam ni, tersangatlah menjadi. My husband org Gannu was so impressed!!! (Haha ada chance dapat handbag baru!!)
Thank you again Azie. Really appreciate your sincerity.

ummukhadeeja said...

Salam..emm ni resepi yg dcari..tunjuk step by step n sukatan yg senang..tq sharing..

eila idris said...

nice...nk try la..
thanks 4 sharing !

SITI QISTINA MOHD NAJID said...

Thanks for sharing a good recipe :) Will try it !

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

Step by step lagi...memang ikhlas nak tolong kami buat sampai jadi. semoga dimurahkan rezeki. Aamiin.

Mama Fasya said...

Tq...nice info...jemput ke blog saya http://nutribiolife.blogspot.com .

Ida Norishan said...

Azie, thnx kongsi resipi ni.
I baru nk belajar buat laksam..disebabkan br dpt tau anak I allergic dgn gandum.

Base on resipi u, I kena ganti tepung gandum dan tepung pulut sikit. Mintak2 jd le.

Ikekeli said...

tumpang tanya,kalo laksa beras tu mana nak cari ye area kl ni?

Hurein said...

Salam. Jadi tak kalau letak t.pulut? Xkenyal ke? Kalau saya buat xletak gandum pun xpe.. Lagi lembut.. Hehehe

Azie said...

Ameen

Azie said...

Kalau kat KL, kena beli laksa beras jering dan rendam sb tak pasti mana boleh dapat laksa beras basah

Unknown said...

tmekasih info resepi ni..memang jadi..

ZARITH SOFIA said...

mee laksam ni dpt digoreng ka?

Azie said...

Tak boleh.

dib saibah said...

laksam ni kena cair ke kuah dia? sebab saya buat dah nipis n lama kukus pun still tak menjadi masak, still lembik

Azie said...

Kecairan nya mengikut sukatan bahan di resepi. Saya guna spt mana resepi. Pastikan sukatan mesti betul dan tepat. Insya Allah menjadi.

Wawaryn 87 said...

Slm sis npe sya buat x jdi.jadi lembik n hancur msa nk gulung..sdngkan msa kukus dia dh gelembung2 tp x jd

Azie said...

Glad to hear that. Best nyer dpt handbag

Azie said...

Tak pasti pulak. Yang saya buat macam dlm gambar tu. Saya guna cawn standard. Mungkinkah terlalu nipis sehingga susah utk digulung

Muhamad Hamdi said...

Tgk ja terus rasa lapar....nak kena try ni

The wife said...

Alhamdulillah buat pagi td dan gune sparuh dr sukatan. Laksam menjadi dgn cantik. Tgh sronok buat ttbe gas padam pulak. Potong btul! Haha. Sempat 3je. Kene tunggu husband balik lah nmpk gaye sbelum smbung smula :p trima kasih utk resepi ;)

Roziah Yahaya said...

salam kak azie... sy dh cuba ikut resepi akak tanpa ubah apa2... mmg mnjadi dan sedap walaupun 1st time sy mencubanya...hubby sy pun puji sedap..

Siti Noormala Zakaria said...

Kalau letak tepung beras saja pun ok dah cuma laksam akan lembut sikit la sebab tak ada campuran tepung lain..

nor hayati said...

Assalam kak Azie,
Saya sabahan dh terjatuh cinta dgn laksam msa melawat Kota Bharu last yr. Saya mesti mau try ni cuma mohon pencerahan..1 cawan bsamaan dgn brpa liter ya? Sbb cawan ni byk saiz. Million thnx

Azie said...

Wslm Nor. Guna cawan standard. Beli di bakeri. Sgt memudahkan.

Fadhlin Yasmin said...

Salam saya dah Cuba tapi dia melekat Kat tudung periuk tu kenapa dah taruh minyak ...belacan masuk DLM kuah ya..
Thnkq