Iklan

Iklan Nuffnang

22 Jul 2015

Kuah Kacang Dengan Daging Istimewa Azie Kitchen





Masih setia dengan resepi yang telah saya gunakan berpuluh tahun lamanya ini. Selain dari dimasukkan ayam, boleh juga dimasukkan daging. Untuk melihat resepi menggunakan ayam, boleh klik di SINI. Entri untuk daging sebelum ini, boleh klik di SINI. Memasak masakan begini memang sangat memudahkan kerana ianya umpama dua dalam satu. Tak perlu nak sediakan sate lagi. Ada nasi impit, kuah kacang dan sate. Kiranya hidangan lengkap. Saya memutuskan untuk menyediakan kuah kacang ini kerana ada banyak nasi impit yang Nana sediakan untuk dimakan dengan lontong dan kuah lodeh.





Kali ini kerja saya lebih mudah kerana Nana telah membelikan kacang tanah yang telah siap dikupas kulitnya. Selamat satu hal yang saya tak suka lakukannya selama ini, iaitu membuang kulit kacang tanah. Saya juga hanya membakar di dalam oven sehingga kacangnya berbau wangi. Jimat tenaga, tak payah nak mengacau dalam kuali ketika disangai. Tapi dah terlebih rajin pula, di mana kacangnya saya tumbuk guna lesung batu. Ntah kenapa lak  terlebih rajin, biasanya saya hanya masuk dalam blender dan kisar sahaja.  

Jom layan resepi kuah kacang istimewa dari Azie Kitchen buat hidangan raya kami...




Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging - potong kecil dan rebus
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 - 1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur. 






Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.

Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.




Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.





Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.


Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 



6 comments:

  1. kalau mak sy, masukkan daging tetel.. ya ampunnnn... makan sampai tak ingat orang belakang, hehehe..

    ReplyDelete
  2. Tgk gambar pun dah nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Salam Azie, semalam saya jumpa sorang perempuan kat Malaysia Hall London yg wajahnya betul2 mirip azie. Saya tegur dan tanya adakah dia you... tapi katanya bukan. Serius, rupanya sama betul mcm you.

    ReplyDelete
  4. Sedapnye! Ni memg feveret sy! arwah opah selalu masukkan juga belimbing buluh yg dihiris2 :)

    ReplyDelete
  5. Hi Sis Azie. My family love this peanut sauce. May I hv yr permission to share this recipe in my blog, please? Thanks again

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.