Iklan

Iklan Nuffnang

4 Oct 2014

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Azie Kitchen





Saya menyediakan Kuah Kacang dengan Ayam untuk hidangan Hari Raya Aidil Adha di Villa Nur Qaseh kerana tahun ini kami tidak balik berhari raya di Kelantan seperti mana kebiasaannya. Saya dengan berat hati memutuskan untuk tidak balik atas banyak sebab. Namun hari ini saya sangat gembira membaca komen dari Zuhra yang menulis "Kadang kala Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa rupanya Allah hendak hadiahkan pelangi". Saya biasa membaca coretan seperti ini tetapi apabila ianya dituju kepada saya, ianya menjadi sangat bermakna lebih lebih lagi dengan Hari Raya Aidil Adha yang akan menjelang esok hari. Terima kasih, Zuhra.






Bila berhari raya di rumah sendiri, terpaksalah saya menyediakan sedikit juadah buat hidangan anak anak yang semuanya ada di rumah kecuali Nana yang bertugas di hari Raya. Saya memutuskan untuk menyediakan kuah Kacang selepas asyik teringat keenakan kuah kacang Ayam yang disediakan katerer semasa majlis terbuka di rumah kami. Memang ramai yang memuji dan anak anak pun menyukainya. Bayangkan saya makan sampai licin pinggan terakhir yang hubby bawa masuk selepas majlis selesai. Teringin nak buat tapi memikirkan proses membuatnya yang agak remeh, bertangguh lah pulak. Yang paling saya tak suka dalam menyediakan kuah kacang adalah bab menyediakan kacang tanah dari bab menggoreng tanpa minyak, membuang kulit dan menumbuk. Ish memang tak suka. Masa zaman ada pembantu rumah dulu, tugas ini akan diselesaikan tanpa melibatkan saya.




Semasa ke kelas tajwid beberapa minggu lalu, Kak Kamariah mengajar beberapa tips baru di mana kacang tanah hanya dibakar di dalam oven dan kemudian masukkan dalam kain dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Sebahagian ditumbuk supaya kacang tidak terlalu hancur. Kali ini juga, Kak Kamariah memberi petua untuk penambahbaikan di mana selepas dikisar, kacang tersebut dimasak dulu dengan air sehingga kacang
 kembang. Tujuannya ialah supaya kacang tidak menyerap perisa dari kuah kacang dan kuah kacang juga tidak akan menjadi cepat kering. Selain bakar dalam oven, kacang tanah juga boleh digoreng dengan sedikit minyak bersama kulitnya sekali. Lepas tu, kisar jer. Tak perlu nak sepah sepahkan dapur dengan menumbuk menggunakan lesung batu. Tapi kata Kak Kama, sebahagian dari kulit kacang tanah yang digoreng perlu dibuang untuk menjadikan kuah berwarna cantik. 

Memang inilah resepi yang lebih dari 20 tahun digunakan untuk kuah kacang hidangan keluarga atau meraikan tetamu di majlis rumah terbuka kami sebelum sebelum ini. Boleh klik di SINI. Resepi ini saya pelajari dari Kak Kama dalam akhir tahun 1980an lagi. Resepi kuah kacang satu lagi pula adalah resepi turun temurun Satay Majid yang popular dengan Satay Anika beberapa lama dulu di SINI. Jom kita tengok resepinya yang telah dibuat penambahbaikan....



Kuah Kacang dengan Ayam Azie Kitchen

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan

1 ekor ayam - potong dan kecutkan seketika
1/2 kg kacang tanah 
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 cawan minyak mazola

Bahan kisar:

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:

Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur. Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.





Ayam digril atau dikecutkan di atas dapur sehingga air ayam kering bagi menjadikan kuah kacang tahan lama dan lambat basi.


Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.


Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga air ayam kering jika ayam tidak dikecutkan terlebih dahulu. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.







Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.






Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. 






Nota:

Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 


  

8 comments:

  1. Salam perkenalan Azie. Ini pertama kali untuk menulis kat blog anda. Saya sangat terharu dengan keikhlasan anda dalam mengongsi resepi. Semuga Allah swt sentiasa memberi anda segala nikmat dan rahmat diatas kebaikan anda...ameen
    Dari Yati Omar

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha wat kak azie sekeluarga..family saua pun mmg wajib msk kuah kacang spesel utk raya tp selalunye kami tambah daging..mmg uummphh! Pasnih leh try resipi kak azie ni pulak..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidiladha buat kak Azie sekeluarga.

    Saya biasanya beli kacang tanah yg dah siap dikisar...ada dijual dlm peket.

    ReplyDelete
  4. apa pun caranya kak zie...sedap kuah ni...sy tgk kuah ni teringat wae dgn mae yg semestinya pandai memasak...tak kekok klu tgk ayah sy sendiri yg membuat kuah kcg....klulah mereka tiada nanti terkubur laa resepi yg ada kak.....tqvm 4 this recipe

    ReplyDelete
  5. can you please translate your recipe to english please? I searched the internet for satay chicken stir fry, and found yours. It looked super delicious!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peanut Sauce with chicken Azie Kitchen
      By: Azie Kitchen

      Ingredients:
      1 chicken – grilled and cut
      1/2 kg of peanut
      1 cup chili paste - 25 dried chillies
      1 cup tamarind juice
      3/4 cup granulated sugar
      1 piece gula Melaka (palm sugar)
      2 tablespoons salt or to taste
      3/4 cup corn cooking oil

      Blended:
      10 pcs shallots
      3 cloves garlic
      1 inch ginger
      1 inch galangal
      4 stalks of lemongrass – use white part only

      Method:
      Baked peanut in the oven until fragrance. Remove skin and crush the peanut coarsely with mortar and pestle or mini food processor. Do not grind too fine. Add ground peanut and water in the pot. Cook over low heat until it boiled. It is intended that peanut sauce does not become dry.

      Heat the cooking oil in a wok, and fry the blended ingredients until fragrant and add in chilli paste, fry again until chili is completely cooked.

      Add chicken and cook for a while until oil surfaced to the top if chicken is not grilled first. Add in a little water, tamarind juice, sugar, palm sugar, salt and bring to a boil.

      Lastly, add the boiled ground peanuts. Cook over low heat while continue stirring until it thickens slightly. Suit the flavour and thickness to your taste. If it is too thick, add hot water. Peanut sauce must have a sweet taste. If it is less sweet, add sugar gradually.

      May serve with rice cubes and slices of cucumber and onions.

      Note:
      Can store the small covered container and keep in the freezer for future use.

      Delete
  6. Thanks Azie! Wow looks like rendang with peanuts! yummy will try soon!

    ReplyDelete
  7. Assalam puan. T.kasih sbb sudi share resepi di sini. Dh 3 resepi saya try dr blog puan. Kuah kcg ni in sya aala next resepi sy akn try. Nmpk sedap. Trs trg sy kata, resepi mudah n rasa yg dgt sedap.. tqvm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.