Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 4 September 2011

Kuah Kacang dengan Daging







Resepi ini saya simpan berpuluh tahun lamanya. Saya belajar dari kawan sepejabat saya, Kak Kamariah yang waktu itu bertugas di klinik di mana pada satu pot luck party di pejabat dia telah membawa kuah kacang dengan ayam. Oleh kerana rasanya yang sangat sedap, saya minta beliau memberi resepi dengan anggaran sukatan bagi memastikan ketepatan rasa kuah kacangnya. Sejak dari itu, saya membuat kuah kacang resepi keluarga saya menggunakan resepi beliau. Kata Kak Kamariah, kuah kacang mesti rasa manis manis sikit, baru ada kick. 

Kuah kacang kali ini dimasak oleh Nana dengan dibantu oleh Juita. Hahaha saya cuma membeli barang barang dan bahan yang diperlukan sahaja. Jom kita lihat resepi dan gambar gambarnya ....


Kuah Kacang dengan Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam (grill sekejap atau guna daging)
1/2 kilo kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar)


Bahan kisar
9 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
1 inci halia

1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar
1 gelas (dari 1 kepal) air asam jawa
1 cawan gula pasir
2 sudu besar garam

Sedikit gula Melaka (tambahan terbaru)
3/4 cawan minyak mazola

Cara cara:
Tumis bahan kisar hingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing. 

Masukkan daging yang dihiris kecil dan direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air dan kacang tanah, air asam jawa, gula, garam. 

Masak dengan api perlahan dan sesuaikan rasa dan kepekatannya. Siaaap... 

Update:
Semasa bertemu dengan Kak Kamariah waktu mengerjakan umrah Ramadhan 2013, Kak Kam telah memberitahu supaya dimasukkan sedikit Gula Melaka supaya kuahnya menjadi lebih sedap.






8 comments:

  1. salam,
    kalu kita gunakan daging/ayam hancur ramly brand tu leh ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya guna daging yang dipotng kecil lebih sedap dari guna daging hancur. Barulah rasa daging ala ala sate gitu.

      Delete
  2. OHH..nanpak sedap. Boleh lah buat kuah kacang ni pada Idul Adha nanti. Terima kasih puan kerana sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih puan..sy amek resepi ni tlg ma sy masak..haha

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mak cik azie,sy amek resepi ni utk tlg ma sy raya aidul adha ni..
    Faz smile^~^

    ReplyDelete
  5. Salam puan
    hidangan yang puan berikan ni
    anggaran untuk berapa cucuk satay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf sb tak pasti pulak. Saya tak buat satay cucuk

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.