Iklan

Iklan Nuffnang

30 Jul 2015

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap






Ini adalah entri tertunggak sebelum raya lagi. Terpaksa bagi laluan pada menu untuk hidangan raya. Sekarang dah agak lapang, bolehlah diletak entri ini. Bak kata Ustaz Johari, Nabi Muhammad SAW tidak menyebut bila masa untuk melakukan puasa 6 di bulan Syawal. Hanya disebut dalam bulan Syawal. Tidak seperti puasa lain yang dinyata secara spesifik. Jadi bila masa sebaiknya? Hari raya kedua kah, atau hari Isnin kah? Kata Ustaz, para ulamak berpendapat yang masa sebaiknya ialah apabila apabila keriangan raya seseorang telah mulai pudar. Jadi sebab keriangan raya saya dah mula pudar, saya mahu kongsikan resepi Bendi Goreng dengan Telur. Saya menyediakan Sambal Tumis Udang dengan Petai di SINI dan juga Bendi Goreng bersama Telur untuk hidangan berbuka puasa hari Juita balik bercuti raya sebagai memenuhi permintaan dia. Memang bendi goreng telur adalah antara lauk kesukaan Juita yang gemar meratah ratah sayuran. Dari ramai anak anak saya, hanya Juita yang lebih sikit makan bab sayuran. Yang lain, hmm semua tak suka, termasuklah yang cik Doktor tu. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Ada macam macam cara menyediakan Bendi Goreng Telur, ada yang diletakkan udang kering atau ikan bilis. Tapi saya guna cara biasa yang lebih ringkas.





Hubby bertolak sebelum subuh lagi bersama Boy untuk mengambil Juita balik sempena cuti raya. Semasa kembali ke kolej, hubby telah mengambil tiket penerbangan Malindo untuk Juita dan saya sekali. Memang selama ini, saya tak tahu kalau airport Kerteh agak besar. Sesampai di sana, hubby menyewa kereta untuk menghantar Juita ke asrama. Agak sukar untuk mencari kedai makan, nasib baik ada gerai di kawasan RTC yang dibuka. Sedap sungguh keropok lekor goreng panas panas di situ. Selepas itu, kami balik ke bandar Kerteh untuk mencari hotel penginapan. Akhirnya kami menginap di Kerteh Damansara Inn yang merupakan rumah banglo yang dijadikan hotel penginapan. Keesokan hari, pagi pagi telah bertolak ke airport untuk balik KD. 

Jom layan resepi mudah dan sedap di bawah ini...




Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
3 cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. Agak agak bendi dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.

Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api.


5 comments:

  1. nmpk sedap!boleh cuba nnti...saya pun ada resepi dari bendi ni..tapi lain skit dr puan..salam kenal dari saya ua dr housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Masakan simple2 mcm ni mmg menarik...

    ReplyDelete
  3. Ooh nampak sedap. Boleh jamu kawan2 nak dtg mkn esok..

    ReplyDelete
  4. please someone translate this into english ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. You can use the google translate and the bottom of right hand side. But must use the web version. Can choose any preferred language.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.