Iklan

Iklan Nuffnang

13 Jul 2015

Sambal Tumis Udang Dan Petai Buat Juita





Sekarang kita telah berada di fasa akhir bulan Ramadhan iaitu fasa memburu malam Lailatul Qadar. Masih ada lagi 2 malam ganjil iaitu malam ke27 dan ke29. Malam Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik dari 1000 bulan, malam di mana ketetapan qadar kita dibuat. Jadi perbanyakkan berdoa, Ya Allah jika malam ini adalah malam Lailatul Qadar dan ditakdirkan bagi ku tidak baik, maka ubahlah ianya kepada takdir kebaikan. Tapi jika ianya baik, maka ubahlah ianya supaya menjadi bertambah baik. Inilah antara doa yang diajar oleh ustaz ustaz yang saya amalkan setiap kali berada di akhir bulan Ramadhan. Sejujurnya saya sangat merindui untuk menikmati suasana akhir Ramadhan di Masjidil Haram. Insya Allah semoga saya diberikan panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kelapangan untuk berada di akhir Ramadhan di Masjidil Haram lagi di tahun tahun akan datang.






Walaupun baru beberapa hari Juita memulakan pengajian di kolej tapi saya sangat terasa ketiadaannya. Maklum di bulan Ramadhan ini, dia lah peneman saya ketika bersahur, ketika berterawih dan bersolat subuh di Surau Ad Dhuha. Inilah juga kali pertama Juita berjauhan dengan kami kerana dia tidak pernah tinggal di asrama. Saya berharap dia selesa dan belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai pelajar kolej. Selepas beberapa hari di sana, Juita telah menghantar message pada papanya meminta saya memasakkan Sambal Tumis Udang dengan Petai dan juga Bendi Goreng Dengan Telur. Memang inilah antara lauk kegemaran Juita yang suka meratah ratah sahaja atau kalau dimakan dengan nasi pun, sangat sedikit sahaja nasinya.





Walaupun saya memang kira dah terer memasak Sambal Tumis Udang, hahaha perasaan tapi saya masih mencari petua petua atau tips untuk menghasilkan sambal tumis yang sedap. Saya dapat petua dari blog Kakjee bagaimana untuk menghasilkan Sambal Udang Tumis Petai yang sedap. Bahan bahan dan sukatannya nya hampir sama sahaja dengan resepi yang saya sediakan baru baru ini di SINI. Yang berbeza adalah petainya digoreng terlebih dahulu. Saya terpaksa menyediakan lebih awal kerana saya tidak bercuti sebelum raya. Saya mahu pastikan lauk ini tersedia hari Juita balik bercuti beberapa hari sebelum raya. Agak tergesa gesa untuk memasak selepas balik dari kerja kerana perlu bersiap siap untuk berbuka di surau pula. Lagi pula untuk memasak sambal tumis yang sedap, agak lama masa diambil untuk menumis supaya ianya benar benar garing.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Inilah lauk yang paling saya suka sediakan kerana mudah dan rasanya pun sedap. Apalagi bila sambalnya digaul gaul dengan nasi putih panas panas.... Memang terbaeek 




Sambal Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg udang - sederhana besar dibersih & tinggal ekor
1 mangkuk cili kering kisar - 80-100 gm cili kering
1 mangkuk petai - atau ikut suka
2 labu bawang besar - sederhana besar
5 ulas bawang merah - saya tambah
3 ulas bawang putih - saya guna 5
1½ inci belacan - jika suka
½ cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
6 sudu besar gula - asal hanya guna 1 sudu kecil
1 - 2 sudu kecil garam


Cara cara:
Tumbuk bawang besar, bawang merah dan bawang putih bersama belacan (kalau guna) sehingga halus. Panaskan minyak yang agak banyak. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek golek hingga separuh masak dan keluarkan.






Nota: Cara saya, masukkan pula udang dan digoreng sehingga kuning dan terus angkat. Biarkan minyak panas sehingga air udang kering, baru minyak sedia untuk menumis bahan tumbuk. 

Masukkan pula bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan perlahankan api. Terus goreng hingga cili betul betul masak dan terbit minyak. 

Kemudian masukkan sedikit air dan masak lagi hingga bahan bahan tadi benar benar garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Kalau guna asam keping, masukkan air sebanyak ½ cawan. 

Kemudian besarkan api, masukkan udang, goreng pantas pantas selama 2 minit. Masukkan pula petai, gula dan garam. Jangan masak terlalu lama. Kalau udang masak terlalu lama udang jadi keras. Sesuaikan rasa dan padam api. 





4 comments:

  1. Sabtu baru nih pun menu nih. Nikmat tak terkata kan. Hihhi

    ReplyDelete
  2. Tq pn azie share resipi.inshaAllah nk cuba esok

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
    Btw, Selamat Hari Raya in advance buat kak azie ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.