Iklan

Iklan Nuffnang

2 Jun 2014

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap






Telah lama Juita meminta dimasakkan Bendi Goreng Telur. Juita memang dah slim sekarang selepas mengurangkan pengambilan nasi. Beliau banyak meratah lauk pauk dan sayuran. Juita sekarang bertambah manis selepas bertudung. Saya terpaksa membawa dia bershopping baju baru kerana baju lama lama semuanya berlengan pendek. Tapi kenalah beri masa pada dia, saya akan mencarikan hand socks untuk dipakai sementara. Alhamdulillah kerana doa saya telah dimakbulkan apabila dia terbuka hati untuk bertudung dengan sendiri. Saya pasti dan yakin setiap orang akan berubah ke arah kebaikan. Hidayah itu kerja Allah. Rasulullah sendiri telah diingatkan bahawa tugas baginda adalah untuk menyampaikan perintah Allah apabila bersedih dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Talib dalam agama asal. 

Jadi janganlah sekali kali kita mengata bila ada ibubapa yang menjadi penceramah agama di sana sini, sedang anak anak tidak menutup aurat. Saya pernah membaca komen sebegini yang ditulis dalam media sosial. Yang penting sebagai ibubapa, terus berdoa ke arah kebaikan untuk anak anak. Hidup bukan untuk berdukacita atau rungsing sebaliknya untuk diuruskan. Nikmat dunia memang menyenangkan tetapi tidak menenangkan. Jangan disia siakan walau sesaat pun dengan berdukacita sebaliknya perbanyakkan berdoa, terutama di waktu senang. Kita sebagai ibubapa kadang risau akan masa depan, jodoh anak anak dsb, tapi kita dipesan supaya jangan bimbang. Anak anak pasti menpunyai takdir mereka sendiri. Itu urusan Allah, tak usahlah mensiakan waktu dengan memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Kita hanya perlu berdoa semoga diberikan hidayah Allah dan digantikan dengan yang lebih baik, jika kita ditimpa musibah. Bila ditimpa musibah kita kena mencari "maksud" disebalik musibah itu. Ianya tidak terjadi secara kebetulan. Saya pernah mengalaminya pada akhir tahun lepas. Tapi saya menyerahkan segalanya kepada Allah. Ternyata saya bahagia dan banyak perubahan positif yang dapat saya rasakan. Sesungguhnya mengingati Allah akan memberikan ketenangan hati. 

Sekarang sambung semula bab resepi mudah dan sangat sedap ini. Bendi goreng ini sedap diratah begitu sahaja. Masih rangup dan telur pula menambahkan kesedapan lauk ini. Resepi ini saya ambil dari google juga. Saja lah nak mencari tested recipe untuk dicuba bagi mempelbagaikan hidangan untuk keluarga. Saya pernah menyediakan bendi goreng dengan telur di SINI. Resepi memasak bendi goreng telur ini ada pelbagai, jadi tak salah kita mencuba kepelbagaian itu. Ada yang letak ikan bilis, udang kering, sos tiram dan macam macam lagi.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini....



Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Serbuk perasa

Bahan kisar
3 cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.  Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.






Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api..






Siap utk dihidang. Sedap diratah begitu sahaja.


10 comments:

  1. terliuq teman nengok nye Kak Azie...

    ReplyDelete
  2. selamat malam pemilik blog ^_^

    ReplyDelete
  3. bendi ni mmg feberet saya dari kecik.tengok pon dah terlioq.saya suke goreng kering ngn cili api.tp masalahnye slalu kuar lendir mcm tali gam.mcm mn nak bagi dia tak bertali2 tu mcm akk buat.stkt 15 bendi tu sy leh mkn sorang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya potong bendi pada saat akhir sebelum terus dimasukkan ke dalam kuali.

      Delete
  4. Baru je try resepi ni utk berbuka puasa td..sedapp..suami pun suka

    ReplyDelete
  5. Sodapp..bru siap..����

    ReplyDelete
  6. Sy dah try best.terimakasih kak azie

    ReplyDelete
  7. Suka tengok resipi kak azie .. Mesti legend dalam masakan nie .. Btw thx u kak azie , banyak membantu 🙏🏻

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.