Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 5 August 2014

Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang





Hari ini kami menyediakan Roti Jala untuk dimakan bersama Gulai Kambing di SINI yang saya masak untuk dihidangkan semasa kunjungan Dato Salehuddin dan keluarga di SINI. Juita yang menyediakan roti jala ini semasa saya dan hubby keluar ke rumah terbuka pertama tahun ini di Paramount Garden, PJ. Sekembali di rumah, tengok semuanya telah siap dan sedia terhidang. Masih menggunakan resepi sama yang disediakan sebelum ini di SINI. Memang terbaik resepi ini, kerana sehingga ke malam ianya masih kekal lembut sahaja.





Sejak akhir akhir ini, kami semua dah tak makan nasi lebih lebih lagi di malam hari. Kalau dimasak 1 pot pun, tak habis dan akan terbuang begitu sahaja. Sejak mengurangkan pengambilan nasi, berat badan saya lebih stabil dan kadar gula di dalam darah juga sudah berada di tahap normal. Jadi bila memasak lauk pauk yang dulunya dimakan dengan nasi terpaksalah digantikan dengan makanan lain seperti roti gandum, pau atau roti jala. Kalau ikutkan doktor pun, nasi bukan satu keperluan tapi lebih kepada kebiasaan masyarakat kita di Malaysia. Ini adalah kerana sumber kabohidrat yang diperlukan badan terdapat juga di dalam makanan lain seperti daging. Jadi kalau ke mana mana open house, roti jala lah yang akan saya cari sebagai alternatif. 





Jom tengok resepi jika ada yang mahu mencuba resepi roti jala yang sangat lembut ini. Memang banyak resepi roti jala tapi setakat ini, kami masih setia dengan resepi di bawah ini...



Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.





11 comments:

  1. Wahhh..xsabar nak cuba, en hubby suka sangat makan roti jala nih..

    Tima kasih kak..

    ReplyDelete
  2. Wah! dah lama tak menjala... terima kasih Azie kongsi resipi roti jala yg sedap...

    ReplyDelete
  3. kak azie, time menjala tu kene letak minyak x atas kuali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau non stick, tk payah. Kalau kuali biasa, lap sikit

      Delete
  4. Assalam Azie...satu adunan ni dapat banyak mana ye? tks

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, adunan ini boleh buat utk brapa org? TQ

    ReplyDelete
  6. dh sebulan teringin nk buat roti jala tp belum buat2 jgk...lps raya ni in sha Allah....

    ReplyDelete
  7. Nak try resipi nie lak..
    Sebelum nie guna mentega.. Rasanya sama dengan minyak kan..

    ReplyDelete
  8. Tq kak azie ats perkongsian resepi ni...asalnya sy x de niat pun nak belajar buat kuih muih kelantan ni memandangkan saya n suami menetap di kelantan.Nak makan,cari je kat kedai atau Pasar Siti Khadijah,tetapi sejak anak2 dah besar & punyai favourite food masing2, niat saya kena ubah sebab anak no 3 suka sangat roti jala n kuzi...hehe

    ReplyDelete
  9. Thanks sis utk resipi yg senang ni..semua bahan2 dh ada kat rumah...blh cuba esok...bersemngat nak buat ni, almaklumla baru beli acuan roti jala kluaran syarikat menang..thanks ye sis!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.