Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 3 August 2014

Gulai Kambing Kelantan






Setelah 2 hari balik dari mengerjakan umrah, baru berkesempatan menelefon bonda di kampung. Maklum disiang hari saya asyik tidur dan bila betul betul terjaga dah malam. Kakak saya pula tidur awal. Akhirnya setelah jet lag dah OK, saya dapat menelefon dan bercakap dengan Bonda. Masa tu lah Bonda memberitahu hidangan raya rumah kakak antaranya gulai kambing dan gulai itik serati. Aiseh man, kedua duanya lauk kegemaran saya. Terus teringin tahap gaban. Kak Nah mencadangkan saya memasak sendiri gulai kambing menggunakan daging kambing import. Terus saya menghantar mesej menanya kalau ada sesiapa dapat menemankan saya mencari daging kambing di Giant. Namun usaha tak berjaya kerana semua anak anak keluar beraya. Tinggal saya dan Aween sahaja di rumah.






Setelah mengetahui yang sahabat kami Dato Salehuddin dan keluarga akan datang beraya ke rumah, saya mula tercari cari menu untuk hidangan buat mereka. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Masa tu, terfikir ada baiknya juga jika disediakan Gulai Kambing dicicah dengan lemang atau roti jala. Kiranya macam sekali jalan lah, dapat masak untuk makan sendiri juga buat hidangan tetamu. Maklumlah kat rumah ni, ada anak yang tak makan kambing macam Nana. Lagi pulak, di rumah memang sentiasa ada stok rempah gulai kawah dan gulai kerutuk. Tapi sebab dah teringin nak makan gulai kawah, maka bergulai kawah lah kita. 




Disebelah malam barulah hubby menemankan saya ke Giant mencari daging kambing import tapi yang tinggal hanya bahagian yang dah tak best. Hubby dicadangkan supaya datang awal pagi keesokannya kerana pasti ada stock baru. Haaa akhirnya dapat juga daging kambing import. Ada beza tau daging kambing local dan import dari segi rasa. Saya dah biasa makan daging kambing kampung tapi ada orang yang hanya boleh makan lamb, bukan mutton.

Memasak gulai kawah menggunakan rempah Gulai Kawah Kelantan sangat mudah kerana di dalamnya telah lengkap dengan rempah ratus yang diperlukan. Cuma perlu ditumis bawang dan halia serta dimasukkan garam gula sahaja. Saya ikut cara kakak saya yang kisarkan semua bahan bagi mempercepatkan kerja. Di samping Gulai Kambing, saya juga menyediakan Ayam Masak Merah dan Acar Masak Timun, atau dikenali juga sebagai Acar Rampai. 

Jom kita tengok resepi yang saya guna hari ini.... 

 

Gulai Kawah Kambing Kelantan

Bahan bahan:
1 1/2 kg daging kambing
2 1/2 sudu besar rempah gulai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawah putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
3 pek kecil santan
1/2 keping gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara cara;
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan kacau sehingga agak pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan daging kambing yang telah direbus dengan pressure cooker serta sedikit air rebusan daging. Kacau rata.




Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula Melaka, garam dan gula.






Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan pecah minyak. Akhir sekali, masukkan asam. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.



5 comments:

  1. salam kak azie, kalau ayam/ daging boleh guna resipi yang sama ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi ayam guna rempah kerutuk dan dipotong besar. Orang Kelantan panggil gula buku besar. Satu potong ayam dimakan utk satu hidangan dlm 4-5 orang

      Delete
  2. Salam kak Azie,

    bestnya kak azie rajin betul masak... nak tumpang Tanya, rempah gulai tu nak beli di mana yea? tq in advance :-)

    ReplyDelete
  3. Salam kak azie,


    bestnya kak suka masak n semuanya menjadi... nak tumpang Tanya, rempah gulai tu nak beli di mana ye kak? tq in advance :-)

    ReplyDelete
  4. Kat Kelantan. Kalau ada kawan kawan balik Kelantan, bolehlah kirim.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.