Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 20 November 2011

Roti Jala






Saya membuat roti jala untuk dimakan bersama ayam masak kuzi untuk kawan kawan yang akan datang makan makan sambil bersantai. Saya dibantu oleh Juita dan Aween yang  setia menjala dan saya cuma menyediakan adunannya sahaja. hahaha saya cuma bertugas menekan button blender jer. Roti jala ini sangat lembut dan sedap di makan begitu sahaja terutama semasa masih panas panas. sehingga ke malam pun masih lembut ...

Jom kita lihat gambar dan resepinya seperti di bawah ...

Roti Jala
sumber: My Resepi

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


blend jer semua bahan


panaskan kuali


tuang dlm acuan utk menjala


testing, kalau putus putus, kena tambah ler air lagi


haaa ini dah OK


siap. sedap dan lembut  


2 comments:

  1. assalamualaikum kak azie..
    banyak nye resipi dr blog akk..alhamdulillah semua yg akk publish sy da cube jd sume..
    nak buat roti jala ni kan boleh ke pakai susu cair??hehe..

    ReplyDelete
  2. wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.