Iklan

Iklan Nuffnang

3 Jun 2014

Kari Daging Tetel Yang Sangat Sedap






Sekarang tengah kemaruk memasak kari pekat pulak. Saya sebenarnya masih teringat ingat Kari Daging yang disediakan semasa Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Anak Yatim dan Miskin di Sg Pinang Klang baru baru ini. Boleh klik di SINI. Kari daging nya sangat sedap sehingga saya makan menambah nambah. Walaupun malu nak menambah tapi saya tetap juga menambah kerana kesedapan Kari Daging nya yang sangat menepati selera saya. Bukan sahaja rasanya sedap tapi kejadian kari itu pun nampak sungguh menyelerakan dengan warnanya yang merah cantik dan kepekatan yang membuat kita menelan air liur menengoknya. Bukan saya jer, Aween pun pernah minta saya masakkan Kari Daging macam kat Klang, katanya. 





Seperti biasa, saya terus mendekati kakak yang menyediakan Kari Daging tersebut untuk mengorek resepi dan tips. Beliau sudi memberi anggaran resepi berdasarkan jumlah daging yang dimasak untuk kami pada hari itu, iaitu 13 kg daging. Jadi saya convert dan agak agak lah jika untuk 1 kg daging. Saya sertakan juga jumlah untuk 13 kg daging, mana tahu kot ada antara kawan kawan yang nak memasak untuk kenduri atau untuk berniaga ke. Beliau hanya menyebut minyak masa menumis perlu banyak dan rempah mesti ditumis lama lama. Haaa jadi yang lain lain, saya guna pengalaman memasak kari sendiri untuk melengkapkan cara cara penyediaannya. Boleh klik di SINI untuk Kari Ayam yang juga sangat sedap dan perfect jer kejadiannya. Kari yang pekat seperti ini sedap dimakan dengan nasi putih panas panas atau pun dicicah dengan roti jala.

Sebelum ke kelas, saya mengajak hubby ke Pasar Tani untuk mencari daging segar. Sesampai di rumah, saya cepat cepat menyediakan bahan bahan diperlukan dan merebus daging menggunakan pressure cooker. Balik dari kelas, barulah saya mula memasak untuk hidangan tengahari. Saya gandingkan Kari Daging dengan Ikan Kerisi Goreng garam kunyit serta sambal belacan. Manakala untuk sayuran, saya hanya mencelur terung dan bendi sahaja. Lebih sihat makan sayur yang dicelur dalam air rebusan yang diletak sedikit garam, bawang merah hiris, daun kunyit dan minyak zaitun.





Memang sedap sangat kari daging tetel ni apalagi dagingnya sangat segar. Saya hanya makan 3 ketul sahaja kerana terpaksa mengawal pemakanan berlemak. Jom layan resepi yang telah saya sediakan hari ini. Kalau dah cuba, bolehlah bagi maklumbalas atau apa apa penambahbaikan untuk kita sama sama belajar menyediakan kari dengan lebih baik lagi. Jom layaaann....



Kari Daging Tetel Yang Sedap 

Bahan bahan:
13 kg daging - 1 kg daging tetel
8 kg santan - 1 kg santan pekat
1 kg rempah kari Babas - 75 gram rempah Kari Babas
12 biji bawang besar - 1 biji bawang besar - hiris
Segenggam bawang putih - 3 ulas bawang putih
Halia - 2 inci halia
Kayu manis
1 asam keping
Garam
Gula
1 pelepah daun kari
Ubi kentang - potong 4

Cara cara:
Tuang minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah rempah yang digunakan. Tumis rempah penumis dan bawang bawang serta halia yang dihiris sehingga naik bau.

Tuangkan serbuk kari kering dan dikacau dengan pantas dalam beberapa minit sebelum dituangkan sedikit air. Terus ditumis rempah dengan lama supaya rempah betul betul masak dan terbit minyak.





Masukkan daging dan digaul sebati dengan rempah tadi. Saya rebus daging dengan pressure cooker dalam 9 minit dan masukkan air rebusan. Masukkan ubi kentang dan daun kari dan terus masak sehingga daging agak empuk dan rempah terbit minyak lagi. 





Masukkan santan dan terus masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan mereneh dan terbit minyak.





Bila kentang empuk, masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan kepekatan dan bolehlah ditutup api.


Nota:
Pesan kakak tu ialah, tumis dengan minyak yang banyak sesuai dengan rempah yang digunakan. Tumis rempah lama lama. 



22 comments:

  1. Kak Azie, your kari daging looks so tasty! Thanks for sharing this recipe because I love daging tetel. Must go and buy some to cook this curry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, i think this my first time bought the daging tetel. Masih teringat ingat. Thot of going to buy daging tetel to make Masak Kicap Daging Tetel

      Delete
  2. uih..sedapnya
    nampak berminyak pun dah myelerakan

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie,

    Memang sangat sedap! Rumah di mana? I datang sekarang! :)

    ReplyDelete
  4. As salam, jujur sy ckp yg sy masak follow semua resepi dari blog akak..baik kek atau masakan harian.sy ni zaman remaja agak kasar dan tak pernah masuk dapur selain dr mskan shj..huhu..tp bila dah kahwin sy agak susah nk sediakn hidangan utk suami tercinta.smpai satu tAhap saya jadi stress...sehingga saya jumpa blog akak ni...sehingga skrg bila sy masak dan hidangkan utk suami,dia senyum saje..klu dulu mesti ajak pegi kedai.haha..thanks akak....resepi akak membantu saya utk menambat hati suami dan skrg dia dah selalu ajak kgkwn dtg umah utk mkn bersama..syg akak...ikhlas dari sy....thanks again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sgt gembira mendengarnya. Memasak memerlukan praktis dan praktis supaya dpt diperbaiki dr masa ke semasa.

      Delete
    2. Sama dgn saya...semua resepi kak azie yg sya try...semua jadi...alhamdulillah sgt..

      Delete
    3. semua resepi sy google dr kak azie..ya allah semua kebanyakkan menjadi dan serius sedapppp..terima kasih banyak atas perkongsian ilmu yg ikhlas..dulu sy mmg buta pisau dan rabun dapur..kini suka masak sbb husband puji sedap..kembang semangkuk..tq kak azie.

      Delete
    4. Tahniah. Tumpang gembira mendengarnya

      Delete
  5. Assalamualaikum kak.. Alhamdullilah byk ilmu akak dt sy menfaatkn.. disini jgk sy mntak halalkn apa yg telah sy copy & paste.. semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati Ilahi dan diberi kesihatan yg baik supaya terus dpt berkongsi segala ilmu masakan... Terima kasih kak Azie

    ReplyDelete
  6. Salam kak.
    Mcm mana sy nk follow blog akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh klik Follow dg menggunakan PC atau lap top dan klik facebook Azie Kitchen and clikck LIKE

      Delete
  7. Assalam Kak Azie... TERIMA KASIH.... banyak- banyak.... resepi akak banyak membantu saya....

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. nak masak kari daging hari ni...

    www.prettyraudhah.com

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Azie.. kalau nak pedas boleh tambah cili kering kisar? Masukkan cili sebelum rempah kari ke atau tumis sekali? Resepi ni nampak sedap sgt.. tq!

    ReplyDelete
  10. Nmpak sedap sgt...tgk bhn ada, terus masak mlm ni..yummy!

    ReplyDelete
  11. Da cuba.mmg sedap!suami pun suka.thnk you share resepi

    ReplyDelete
  12. Wow..ini memang nampak sangat sedap. kegemaran saya ni.

    ReplyDelete
  13. Saya dah cuba..memang sedap..tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.