Iklan

Iklan Nuffnang

1 Jun 2014

Program Masih Ada Yang Sayang Di Rumah Anak Yatim





Kalau 1 Mei tahun lepas, saya bersama kawan kawan dari ETHICA iaitu Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga  UM berkumpul di Gerai Sahor, tapi tahun ini kami berkumpul di Rumah Anak Yatim dan Miskin Sg Pinang, Klang. Ini adalah antara aktiviti amal dan kemasyarakatan yang dirangka oleh ETHICA untuk sepanjang tahun ini. Selain ahli ETHICA, program turut disertai oleh penghuni Kolej Ketiga yang didatangkan dengan bas yang disewa khas.







Malam sebelumnya saya dan Nana membantu Juita menyediakan Red Velvet Cheese Brownies Cupcake dan Chocolate cupcakes untuk dibawa sebagai jamuan anak anak di sini. Pagi pagi lagi kami telah bertolak ke sana di mana aktiviti pertama yang diadakan adalah Senamrobik yang sangat menyeronokkan. Selepas senamrobik, barulah bersarapan dengan mee hoon goreng dan cupcake yang kami bawa.






Selesai sarapan, barulah majlis diadakan dengan ucapan ringkas Pengetua Kolej Ketiga dan diikuti dengan ucapan oleh Presiden serta Penasihat ETHICA. Di dalam majlis ini, diadakan penyampaian pakaian seragam sekolah dan duit ang pow. Pihak Persatuan telah memberikan sumbangan dalam bentuk peralatan asrama seperti tilam, PA system dan pakaian seragam sekolah. Selain dari itu, terdapat juga sumbangan peribadi dari ahli ahli ETHICA yang tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik.







Selesai sessi bergambar, diadakan pula projek bergotong royong membersihkan kawasan sekitar yang di bahagi kepada beberapa kumpulan.  Kumpulan ini bertanggungjawab untuk mengecat, membuang sampah, membersihkan dewan serta tandas dan bilik mandi.




Semasa gotong royong dijalankan, aiskrim sampai yang memang menjadi rebutan anak anak apalagi dalam keadaan kepanasan selepas bergotong royong di bawah panas mentari. Masa inilah, masing masing mengambil masa untuk berehat seketika sambil menikmati ais krim.




Sebelum majlis berakhir, peserta dijamukan dengan hidangan makan tengahari. Aduhaai lauk pauk yang dihidangkan sangat sedap terutama lauk Kari Daging dan Sambal Belacan. Tak lupa juga kuih Abuk Abuk dan Tapai yang sangat sedap. Selesai makan masing masing mula beredar. Dengan ini, selesailah sudah program yang telah diatur berbulan lamanya. Tahniah kepada semua yang telah sudi untuk menjayakan majlis amal dan kemasyarakatan anjuran ETHICA ini. Semoga Allah memberikan dengan ganjaran yang besar.









3 comments:

  1. assalam.. kak..

    seronoknyer join aktiviti camnih..dh lama x buat...

    ReplyDelete
  2. Salam kak azie...sebelum ni saya selalu singgah di blog kak azie untuk intai2 resepi di sini..pernah cuba resepi pizza kak azie..memang menjadi walaupun saya ni tak pandai masak..anak2 pun suka sangat..hehehe..tenkiu kak...hari ni pun tengah intai2 resepi juga..nak buat berbuka puasa...tiba2 ternampak post ni..kak azie dulu pernah tinggal di 3rd college UM yer..kak azie ni super senior saya rupanya...saya pun pernah dok kt sana masa matriks dulu..

    ReplyDelete
  3. salam kak. kat rumah ni, kanak2 muslim sahaja atau bercampur pelbagai kaum ye? saya tgh plan untuk buat 1 aktiviti community service di tempat yang mempunyai kanak2 pelbagai kaum.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.