Iklan

Iklan Nuffnang

6 Apr 2014

Mencari Nasi Ayam Faridah di Klang






Secara kebetulan saya berkenalan dengan Zura selepas melihat kemesraan beliau dengan anak anak sewaktu singgah minum di Restoran Kayu Kandar. Boleh dirasakan kebahagiaan mereka di saat bakal menerima baby baru yang kembar pulak. Dari situlah, saya diperkenalkan dengan Nasi Ayam Faridah yang diusahakan oleh abang Zura menggunakan resepi turun temurun diwarisi dari bonda mereka. Saya mengajak hubby ke Klang pada hari Sabtu sementara menunggu untuk mengambil Aween di sekolah yang menpunyai tugasan mengecat dinding sekolah. Gerainya terletak di sebelah kiri simpang 4 Teluk Pulai Klang. Berpusing pusing juga kami untuk mencari gerai ini. Nasib baik saya mempunyai nombor telefon Zura untuk mendapatkan talian hayat.





Kelainan pada resepi ini ialah ayamnya digoreng panas panas di gerai. Selain Nasi Ayam, dijual juga Nasi Goreng Ayam. Saya memang penggemar Nasi Ayam, jadi kalau apa sahaja resepi nasi ayam yang menpunyai kelainan, mesti saya ingin mencubanya. Saya siap meminta extra ayam lagi. Alhamdulillah rezeki kerana saya telah diberi diskaun lagi. Selain makan di sana, kami juga membungkus untuk dibawa balik pada anak anak.





6 comments:

  1. susahnya nak cari kedai nasi ayam

    ReplyDelete
  2. Azie, I also love nasi ayam :)

    ReplyDelete
  3. emm...nampak sedap...mmg susah nak cari nasi ayam yang sedap..kena cube ni...=)..oppsss...salam perkenalan kak azie dari riwanna =) i follow ek...

    ReplyDelete
  4. salam akak
    ada alamat gerai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok alamat dalam signage gambar di atas. Gerai MPK di Simpang 4, Teluk Pulau. Bila sampai di trafik light simpang 4, ambil kiri dan kemudian kiri. Di depannya ada kedai perabut.

      Delete
  5. kedai ini juga merupakan salah satu pilihan anak-anak sekiranya ingin makan diluar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.