Iklan

Iklan Nuffnang

19 Apr 2014

Kek Red Velvet Istimewa Dari Juita







Seperti yang saya tulis dalam entri di SINI, hari jadi saya kali ini agak terlebih istimewa berbanding tahun tahun sebelumnya. Saya diraikan oleh rakan rakan sepejabat di sebelah pagi. Di sebelah malam, sessi makan makan bersama anak anak di Noddle House dan keesokannya saya meraikan bersama beberapa orang sahabat baik di Restoran Serai di Empire. Untuk majlis di pejabat, Juita telah menyediakan kek Red Velvet menggunakan resepi kami yang biasa di SINI. Kawan kawan ramai yang memuji kek ini yang sangat moist and velvety. Dengan dekorasi simple, kek ini sangat laku dan sekejap sahaja telah licin. 





Teringat dulu dulu, saya membeli kek Red Velvet di Bangsar Shopping Mall dengan harga RM100 sebiji. Setiap pagi saya akan ke dapur, buka peti dan terus makan kek. Saya akan makan setiap kali ke dapur sehingga kek habis. Sebenarnya kek ini sangat nyaman jika dimakan sewaktu masih sejuk. Memang heaven gilerr.... Nana juga sukakan kek ini. Pernah sahabat saya, Dato' Daing Khatijah membeli kek Red Velvet untuk Nana sebelum dia balik ke Egypt. Begitulah kegemaran kami kepada kek yang berwarna merah ini. Tapi kini setelah menyediakannya sendiri, kesukaan memakan kek telah berkurangan, lebih lebih lagi selepas saya disahkan mempunyai masalah allegik dengan tepung gandum. 








Resepi ini bukan sahaja digunakan untuk menyediakan kek tapi juga untuk disediakan cupcake dan juga Red Velvet Cheese Cake Brownies. Pendek kata, ini adalah a Keeper Recipe for Red Velvet untuk keluarga kami. Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri, silakan lah....resepi memang untuk dikongsi tapi bukanlah gambar gambarnya. Kebelakangan ini, terdapat pihak yang mengambil gambar gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Saya tidak kisah jika gambar diambil untuk koleksi dan simpanan sendiri kerana saya juga suka menyimpan gambar gambar masakan.... 




Red Velvet Cupcake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.


  

Best Ever Cream Cheese Frosting
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.


Selamat mencuba...





53 comments:

  1. Hepi belated besday kak azie..moga selalu sihat ceria disamping insan tersayang juga sentiasa dirahmati olehNya..aamiinn!

    ReplyDelete
  2. Saya dah buat hari ini. Dah lama nak mencuba tapi tak berapa yakin. Sangat lembut teksturnya dan sangat moist. Cream cheesenys sangat sedap. Saya hanya letak 1 cawan gula aising sebab dah manis. Lain kali nak buat cupcake pula. Terima kasih Azie. Sukatan resepi Azie tak pernah menghampakan.

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak Azie...semoga sihat dan bahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. as slm kak azie..blh x nk tau 8 oz itu berapa gram yer?? sori sya xtau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google the conversion. Shd be able to get in grams

      Delete
  5. Assalam kak azie, bole tak kalau buttermilk tu diganti dgn plain yogurt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi buat mcm tu. Blh lah cuba tapi rasanya kena tambah air lah sikit sebab buttermilk tak sama kecairannya dg yoghurt.

      Delete
  6. Salam kak azie.. Nk tanye.. Boleh x all purpose flour tu ganti dgn tepung gandum+baking powder?? Dan boleh x resepi ni guna untuk kukus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. All purpose flour rasanya tak ada penaik spt self raising flour. Jd kena tambah baking powder. Semua resepi kek boleh dibakar atau dikukus.

      Delete
  7. Tq 4 the info kak... Lagi 1 nk tanye.. Nape kek bleh jd pahit ye?? Acctually, sbelum ni sy ade try resepi Rv ni yg diberi kawan.. Sy kukus.. Tp rase kek pahit n texture nye padat... Kenapa ye kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe u campurkan cuka & baking soda terlalu awal dan letak tepi. Bila simpan tepi lama dia jadi pahit. Campurkan dua bhn ni, dah berbusa terus masuk ke adunan tepung.

      Delete
  8. Sis , krim cheese ni tahan brp lama ya kalau letak kat luar. Mudah cair tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga jika bukan di tempat panas. Tak cair nyer

      Delete
  9. Kak azie , kalau 8 oz ni kira mcm mana ? Kena guna penimbang ke ? Tnpa penimbang tk boleh ?

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie.. Nak tanye.. Red food colouring yg akak guna jenis ape? (Liquid/paste/powder/other) dan brand ape..? Boleh share??

    ReplyDelete
  11. Salam kak, kalau vegetable oil tu ganti dengan minyak biasa mcm brand naturel tu bole ke? Tq kak

    ReplyDelete
  12. sedapnye kek red velvet. haritu sy ade buat jgk. tp beli tepung yg dh siap je kt kdai kek. tp sy nk cube resepi ni pulak la. terima kasih ye sbb share resepi yg menarik ni.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas resepi yg ikhls yg mudah di fahami umum.. =)

    ReplyDelete
  14. Thanks a lot for the recipe.. utk substitute buttermilk tu, susu apa ye yg digunakan (full cream, fresh milk, susu cair?) terima kasih :)

    -jamilah-

    ReplyDelete
  15. Sukatan guna cawan senang nak ikut, tq Puan Azie..

    ReplyDelete
  16. tq kak azie..sedapnya nampak kek tu..lama dah elly x makan..uhuhhu..nk buat..tkut x jd...elly nak save resipi kak azie ni..
    hihihhi....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. saya mohon minta resepi ni ye,nk share. nampak sedap bila tgk gmbr. terima kasih

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Nak tnya sukatan cawan ni guna measuring cup or cawan apa2?

    ReplyDelete
  19. Salam kak..sy sedikit confuse..kalo pkai butter spread ok tak?

    ReplyDelete
  20. Salam kak azie..klu sukat guna measuring cup mcmn sukatan gram nya? Cup ni byk saiz..ngam ke ngn bahan2 lain punya sukatan..takut tepung terlebih pulak klu cup xkena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi di atas hanya guna cawan. Kalau nak guna gram, kenalah cari resepi lain. Yg guna gram.

      Delete
  21. Assalam kak Azie. Tq for the resepi. Memang sedap sgt2 kek rv ni. Suami & ank2 suka. Mkn gitu saje pon sedap mkn dgn frosting cream cheese lg laa sedap. Hehe..sy buat 1/2 adunan cupcake 1/2 adunan kek. :)

    ReplyDelete
  22. assalammualaikum..boleh x bgi gambar bahan bahan nak buat kek red velvet nii??

    ReplyDelete
    Replies
    1. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
      {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
      {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
      \deftab720
      \pard\pardeftab720\partightenfactor0

      \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
      \outl0\strokewidth0 \strokec2 Semuanya bahan bahan biasa sahaja. Pergi sahaja ke kedai bakeri, semua ada di sana. Semuanya bahan yg biasa dan mudah diperolehi. }

      Delete
  23. ok..thanks..all purpose flour tuu tepung biasa ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepung serba guna. Pergi kedai bakeri, semua ada

      Delete
  24. Salam kakazie..tq 4 recipe..ins.Allah nk try utk besday adik.. nk tnya,blh tak nk kukus? Bimbang tak menjadi..tq kak

    ReplyDelete
  25. Kalau kita nk kukus guna resepi ni boleh juga tak?

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum kak azie...salam perkenalan dari ina..ina selalu ikut jugak blog kak azie memang resepi2 akak selalu menjadi...terima kasih dan halalkan resepi nyer ye..😄

    ReplyDelete
  27. Salam ,pn saya dh cuba resepi pn, alhamdulilah sedap pn, terima kasih diatas perkongsian pn...stp apa yg cuba semua akn menjadi, sya buat sempena anniversary saya kemarin...hubby sk n rmi yg mkn ckp x muak mcm yg diaorg pnh mkn....thanks again pn....

    ReplyDelete
  28. salam. boleh sy tahu resepi ni utk 1 kg kek ke?

    ReplyDelete
  29. Buttermilk And all purpose flour boleh dapat kat mana ya puan azi? Nama brand for buttermilk ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat di mana mana kedai menjual barangan membuat kek spt Bagus, Bake wt Yen, City Bakers dll. Buttermilk tu boleh buat sendiri. Lagi jimat. Tengok resepi cara buat buttermilk sendiri menggunakan susu dan cuka

      Delete
  30. salam sis...distilled vinegar tu boleh ganti dgn cuka biasa x?

    ReplyDelete
  31. salam sis...distilled vinegar tu boleh ganti dgn cuka biasa x?

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum sis azie...boleh saya tau x jenis warna merah dari jenama apa yang sis guna???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wilton. Yg mahal, warna nya memang cantik

      Delete
  33. Salam kak azie. Kalau guna tepung biasa kena letak brapa banyak baking powder? And kalau guna self-raising flour boleh ke? Tq kak =)

    ReplyDelete
  34. salam...puan azie...mohon maaf ya sebab saya dah cuba buat ikut resipi ni tapi tak berapa nak menjadi....keras dan tak naik....kenapa ya..saya memang suka makan kek ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya pun tak pasti kenapa kek menjadi bantat. Saya juga pernah sekali menjadi bantat tanpa diketahui di mana salahnya. Tapi resepi ini adalah resepi yg selalu kami gunakan. Bantat boleh berlaku kerana bahan bahan yang digunakan. Juga boelh berlaku semasa proses membakar. Kenalah cuba lagi.

      Delete
  35. Assalamualaikum . kak azie . cream frosting nya nie . than brapa hari yaa

    ReplyDelete
  36. assalam susu apa yang digunakan untuk buat buttermilk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.