Iklan

Iklan Nuffnang

18 Feb 2014

Tempahan Red Velvet Cupcake Untuk CNY 2014





Saya nak kongsikan entri berkenaan tempahan Red Velvet Cupcake oleh sahabat baik saya, Puan Rin untuk CNY yang lalu. Saya masih menggunakan resepi yang sama yang telah memang banyak kali digunakan untuk membuat cupcake dan juga Red Velvet Cheese Brownies di SINI. Lagi pulak, saya dah mencuba banyak versi resepi Red Velvet dan yang inilah yang paling menepati citarasa saya walaupun yang lain pun sedap dan lembab juga.


Sebenarnya dah lama juga saya tak membuat kek atau biskut kerana saya disahkan allergik dengan tepung gandum dan yis. Sedang saya pula, memang sangat suka memakan kek terutama kek Red Velvet. Jadi terpaksalah mengurangkan aktiviti mem baking kerana saya memang tak boleh kontrol, mesti nak makan juga. Ini pun saya dah mencuri curi makan 2 biji cupcake. Aduhaai macam mana ni, macam mana nak berpantang ni, sebab pantang nampak. 





Kalau ada sesiapa mahu cuba menyediakan sendiri Kek Red Velvet, bolehlah menyalin resepinya di sini. Jom kita semak resepinya di bawah ini...


Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil 
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.



Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya.  

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak


Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.


10 comments:

  1. Saya nak cuba cream cheese frosting resepi akak ni...mesti sedap!
    Tq kak Azie...

    ReplyDelete
  2. Sy pun dh cuba 2 kl resepi rvc salin dr blog kak azie. Mmg sedap. Dh dpt oder lg,depa kata sedap.

    ReplyDelete
  3. salam white distilled vinegar nie apa dia yea? ada di jual di kedai kek dan label yg tertera sama spt yang kak azie tulis ke?

    tq

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Hari ni dpt rasa rvc yg buat sendiri. Tk atas keikhlasan share resepi.

    ReplyDelete
  5. salam kak azie..sy fiena...nk tnya baking soda tu apa?soda bicrbonat or baking powder?ke kna letak dua2..huhuhu.cnfius

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak azie
    saya farah dari kuantan......saya nak minta izin ambik resepi RV ini dari blog akak.....
    saya nak tanya all purpose flour tu boleh tak guna tepung gandum biasa jer?
    baking soda tu pulak adalah soda bikarbonat kan?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih azie atas perkongsian resepi..
    Hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan azie

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak azie.
    Minta halalkan resepi ya. Baru nak cuba. Sebelum2 ni pun banyak rujuk resepi dari blog kak azie. Mohon halalkan ya. Terima kasih atas keikhlasan akak. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.