Iklan

Iklan Nuffnang

3 Jan 2014

Nasi Minyak Azie Kitchen






Nasi Minyak yang disediakan Juita ini dihidangkan dengan Ayam Masak Sambal di SINI dan Acar Mentah Timun di SINI. Saya lebih suka menyediakan Pajeri Nenas di SINI untuk digandingkan dengan nasi minyak. Tapi sebab tak ada nenas, saya buatlah Acar Mentah Timun. Sebenarnya dah agak lama saya tak memasak nasi nasi seperti ini. Wangi semerbak bau nasi ini ketika masak. Bila kita makan yang enak enak seperti ini, seharusnya kita tak melupakan mereka yang kurang bernasib baik hingga ada yang kelaparan sehingga tinggal kulit dan tulang. Sesungguhnya kita semua makhluk Allah, pasti apa yang kita rasa akan juga dirasai mereka. Bagaimana rasanya bila perut kita terasa lapar? Hmm begitulah juga mereka akan merasa lapar. Makanan yang kita makan adalah rezeki yang Allah kurniakan bukan kerana usaha kita. 

Saya sebenarnya tidak merujuk kepada mana mana resepi pun, tapi hanya main campak campak jer. Yang penting mesti ada bahan utamanya iaitu minyak sapi, susu cair dan bawang. Pasti menjadilah dan bertambah sedap jika diletak juga seperti daun pandan dan bahan bahan penumis. Kalau zaman zaman dulu di kampung saya, bila kenduri hanya dihidangkan nasi putih tapi ada masa dihidangkan juga nasi minyak untuk rombongan pengantin. Maklumlah zaman dulu, makanan di kenduri kahwin hanya dimasak sendiri secara bergotong royong berbanding sekarang bila ramai yang menggunakan perkhidmatan katering. Arwah aunty saya selalu juga menyediakan hidangan nasi minyak untuk jamuan raya di rumah mereka. Inilah saat saat yang saya tunggu tunggu bila mana dapatlah makan makanan sedap sedap. 

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini. Sebenarnya memasak nasi dan lauk pauk lebih mudah berbanding kuih muih. Tak perlu ikut sukatan pun. Boleh jer rasa nak tambah atau dikurangkan bahan bahannya. Ikutlah selera dan citarasa sendiri gitewww....




Nasi Minyak Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 cawan beras basmathi - basuh dan tos
3/4 tin susu cair
2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris nipis
3 helai daun pandan
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Sedikit garam
Pewarna kuning
Minyak jagung
2 sudu besar minyak sapi

Cara cara:
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis bahan penumis dan bawang besar serta bawang putih sehingga wangi. 

Masukkan beras yang telah ditos dan digoreng seketika. Masukkan susu cair, garam dan sedikit pewarna. Akhir sekali tambahkan air secukupnya. 

Masakkan dengan menggunakan rice cooker sehingga nasi masak.



25 comments:

  1. wah..sedapnyer kak azie! hepi new year ye!

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2014 Azie. Boleh cuba nasi minyak yg simple ni. Anak kakpb suka sgt.

    ReplyDelete
  3. Untungnya akak..anak2 pun pandai masak mvm maknya..

    ReplyDelete
  4. sangat menyelerakan ... nak try buat ..
    salam kenal dan ziarah ... nanti singgah blog saya plak '-'
    and follow me back ... tq

    ReplyDelete
  5. k.azie minyak jagung tu berapa sukatannya?

    ReplyDelete
  6. 3/4tin susu cair tu bnyk mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebanyak 3/4 tin lah Dik. 3 suku tin.

      Delete
  7. Salam kak..macam maner nak buat acar nenas yg berlada tu?
    Aniez..brunei darussalam

    ReplyDelete
  8. Salam kak.. 7 cawan beras tu cukup berapa org mkn ye?

    ReplyDelete
  9. as salam akak dah cuba resepi ni utk anak2 memang menjadi dan sedap..tkasih berkongsi resepi

    ReplyDelete
  10. as salam.akak dah cuba utk anak2 memang sedap dan menjadi. tkasih ye

    ReplyDelete
  11. Lain kali boleh cuba dengan portion yang lebih sedikit, untuk tips kesihatan http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  12. Kak mcm mana nk sukat air nye ye

    ReplyDelete
  13. Kak, i just spent the last two hours cooking. Tapi failed. Will try again next time. Ingin sangat nak berjaya buat resipi ni

    ReplyDelete
  14. sedapnya... meleleh air liur tgk gmbr.

    ReplyDelete
  15. Salam nak tya sis mcm mn kita nak agak susu cair tu ye..brp nisbah brp ye😁 lets say nk masak byk

    ReplyDelete
  16. bestnya.. lama tak makan nasi minyak.. nak kena cuba nih

    ReplyDelete
  17. Salam...7 cawan beras tu utk sukatan brp org makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tgk macam nasi biasa. Kalau satu pot boleh makan utk berapa orang

      Delete
  18. Salam puan azie..selamat berpuasa..tima kasih ats resepi yg puan byk share dlm blog nih..sy mmg always refer blog puan if nk msk something special..huhuhu!tq sgt2..smoga puan dimurahkan rezeki..❤

    ReplyDelete
  19. kakak terima kasih berkongsi. sy minta ye izin follow resepi.

    ReplyDelete
  20. xde kismis or gajus ke kak...?klu boley letak..nk letak bile yekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada. Boleh letak. Lagi sedap. Kalau makan sendiri, saya tak letak sb anak anak kami tak suka

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.