Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 11 April 2012

Pajeri Nenas Stail Kelantan




Bila dah bercadang nak memasak nasi minyak pasti ada lauk berupa sayuran. Saya memikirkan sesuatu yang ringkas sahaja kerana yang pasti hanya saya dan hubby sahaja yang akan makan sayuran ini. Jadi saya membuat keputusan untuk memasak pajeri nenas stail Kelantan yang tidak menggunakan santan dan kerisik sebaliknya hanya dibuat seperti acar mentah sahaja cuma ianya dimasak.  


Pajeri ini memang sinonim dengan nasi minyak. Cara penyediaannya pun mudah dan yang pasti saya suka sangat, hahaha orang Kelantan memang suka makan yang simple macam ni.  Banyak masakan Kelantan berasaskan air sahaja seperti singgang, tumis air dan banyak lagi.

Jom layan resepinya...   



Pajeri Nenas Stail Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Tumis
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit  
Gula
Garam

Cuka masakan
Cili merah - untuk hiasan

Cara:
Nenas dipotong kecil.
Panaskan minyak dan masukkan biji sawi serta bawang bawang sehingga wangi. Masukkan sedikit air, gula, cuka, serbuk kunyit dan garam. 



 

Bila telah mendidih masukkan nenas dan akhir sekali cili merah. 



 

Biarkan merenih sehingga mendidih dan sesuaikan rasanya.
Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.