Iklan

Iklan Nuffnang

4 Jan 2014

Ayam Masak Sambal






Tergelak besar bila sahabat baik saya mengatakan, "Zie, you dah jadi macam selebriti. Kawan saya masa sekolah dulu pun ramai yang mengikuti blog you". Walaupun gelak tapi dalam hati, serius... sangat terharu kerana mempunyai ramai pengikut yang walaupun lebih suka hadir sebagai silent reader, namun kehadiran mereka yang sentiasa menyokong di kala suka dan duka adalah juga kurniaan Allah. Saya tidak merasa diri berseorangan walaupun hakikatnya saya sedang bersendirian. Saya pasti membaca setiap komen yang ditinggalkan tanpa mengira di mana saya berada. Masih teringat satu email yang saya terima tat kala saya berada di Mekah yang membuatkan saya merasa sangat sebak. 

Sekali lagi, saya ingin menulis yang saya hanyalah budak kampung biasa yang hanya diberikan nikmat oleh Allah. Saya hanyalah bernasib baik kerana dikurniakan nikmat yang sebenarnya lebih dari apa yang saya layak. Semuanya tidak akan menjadi kenyataan tanpa rahmat dan kasih sayang Allah yang sesungguhnya Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Saya sangat bersimpati bila melihat kesusahan dan kepayahan terutama mereka yang bekerja di tengah panas di tepi tepi highway dsb. Teringat kepayahan ibubapa saya yang hanyalah seorang petani yang bekerja di bawah panas dan terik mentari. Kerana nikmat Allah, saya hidup bersenang lenang tanpa perlu merasai kepayahan yang mereka lalui. Inilah yang diingini oleh mereka sewaktu menasihati saya supaya belajar bersungguh sungguh. Dulu semasa mendaftar di dalam darjah satu, arwah bapa terpaksa menunggu sehingga lebih dari seminggu. Bila dah letih menunggu, dia membawa saya balik secara diam diam. Hahaha lucu mengenangkan saat itu...

Kita tinggalkan topik masa lalu dan beralih kepada topik masakan pula. Kalau sebelum ini, saya kongsikan resepi nasi minyak di SINI. Kini saya kongsikan pula resepi Ayam Masak Sambal yang digandingkan dengan nasi minyak itu. Sebenarnya telah lama Aween meminta saya memasak Ayam Masam Manis tapi saya terpaksa memasak Ayam masak Sambal kerana mahu menghabiskan stok cili yang telah lama dikisar. Saya jarang sekali membeli cili yang telah dikisar sebaliknya lebih suka mengisar sendiri cili kering yang digunting dan rebus bersama sedikit minyak masak sebelum ditos dan kisar. 

Kadang kadang kita menjadi buntu hendak memasak lauk pauk. Akhirnya saya membuat lauk ini pun kira macam macam campak juga. Tuang punya tuang sos tomato, sampai akhirnya terlebih masam. Jadi kenalah dilebihkan gula bagi mengimbangi rasanya. Memasak ni memang memerlukan latihan, buat sekali tak menjadi, buat lagi kali kedua dan seterusnya. Kita belajar dari kesilapan yang dibuat.

Jom kita tengok resepi saya gunakan untuk digandingkan dengan nasi minyak ini. Jom layannn...




Ayam Masak Sambal

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
4 biji bawang besar saiz besar
7 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
4-5 sudu besar cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula

Cara cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul betul masak. 

Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak dan acar timun.





29 comments:

  1. sedapnyaa kkak. femes dah akak yeaa. hehee

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Azie, yes, from your posts, memang sudah tersirat, kelembutan, keluhuran serta pekerti merendah diri. I read your every posts and I enjoy them even though I don't always get to leave comments. Keep it coming.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak...
    ayam ada lagi dalam peti, boleh masak esok plak..

    Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak

    ReplyDelete
  4. sedapnye...

    meh lawat blog saya -->>> http://ainieyibrahim.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Saya akan mencuba resipi ini. Mesti sedap!!

    ReplyDelete
  6. Sy nk cuba resepi ni plak.. terima kasih =)

    ReplyDelete
  7. Saya dah cuba resepi ni. Alhamdulillah sedap. Anak saudara saya tambah nasi sebab suka sambal tu.

    ReplyDelete
  8. Hihiiii ... terasa plak kak azie ckp silent reader .... anyway sy mmg pengikut sètia resepi kak azie .. mmg terbest .. thanx utk resepi yg sy slalu cilok ya kak azie ...=D

    ReplyDelete
  9. Akak sye amek resipi yer. Nanti nak cube..

    ReplyDelete
  10. Sy slh seorg silent reader..hihihi..tp sy klo nk cr resepi mmg ikut resepi k.azie ni...

    ReplyDelete
  11. Saya lau nak masak, n buntu tkbtau nak masak ape, mesti sy google resepi azie kitchen ni.. Hihi.. Buku resepi di hujung jari sahaja...😉😉

    ReplyDelete
  12. Same jgk ngn sY. Slalu ambik resepi dr azie kitchen..mmg best. Mcm2 resepi ad. Tq ye kak azie share resepi. Jazakillah. :)

    ReplyDelete
  13. syuran kak..mohon share resepi akk. alhamdulillah semua menjadi.. suka sgt.. tq.. moga Allah panjangkan pahala akk

    iqah

    ReplyDelete
  14. thanks a lot kak.. Moga Allah membalas jasamu.. dah try byk jugak resepi dalam ni semua menjadi Alhamduillah..seronok sgt.

    ReplyDelete
  15. Kak azie ekin cuba resepi mintak izin nak share resepi kat blog

    ReplyDelete
  16. Selalu confuse bawang besar(holand) atau bwang besar biasa tu kulit kaler oren tu..huhu

    ReplyDelete
  17. baru lepas masak,mak saya rasa macam mkn di kenduri kahwin.Alhamdulillah tima kasih aziejaya memang sedap :-)

    ReplyDelete
  18. Hi..sis...i really like your blog.If i need any recipe,i will just look into it.Keep up the good work....Have a nice day....anyway if want to cook sambal ayam -3ekor...how much chili paste i should use?...thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just double or triple it ikut jumlah ayam diguna. Resepi di atas utk 1 ekor ayam

      Delete
  19. Kak azie... blog resipi masakkan kak azie ni memang saya akan bukak setiap kali nak cari idea nak masak. Terima kasih ya kak azie sebab dgn adanya blog ni memang banyak membantu saya dan saya bertambah yakin dan seronok nak masak. Thanks kak azie!

    ReplyDelete
  20. Heeee. Tq akk... tgh2 malam gini la dok mencari resepi esok nak masak apa..nampknya sambal ayam ni la kod

    ReplyDelete
  21. Sy dr sabah, klu cari resipi esp masa bln posa memng resipi azie kitchen jd pilihan, slama ni jd silent reader ja, tqsm.

    ReplyDelete
  22. Ntah kenapa bila google resepi mesti x cari tempat lain.. mesti singgah sini. Tq so much sis sbb kongsi ilmu masakan... boleh la org mcm saya yg x pandai masak ni jd pandai masak..hehe

    ReplyDelete
  23. Tadi masak ayam sambal.. Kita lupa serai sos dengan halia.. Rasa semacam yang kurang.. Hehehe.. Bila baca blog sist baru tahu apa yang tertinggal.. Hehehe.. Nice blog sist..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.