Iklan

Iklan Nuffnang

21 Jan 2014

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh


  


Di dalam entri saya berkenan dengan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak cara Pahang, di SINI, saya telah menerima banyak komen dari pembaca blog saya terutama dari Temerloh dan Kuala Lipis, berhubung dengan resepi asli yang hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja. Dikatakan juga  keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya. 

Saya mula belajar makan Masak Tempoyak hanya selepas berkahwin. Hubby sangat gemarkan masakan tempoyak. Maklum orang Perak lah katakan. Arwah Bonda Mertua biasanya banyak menggunakan ikan kembung atau ikan terubuk sahaja. Jarang sekali memasak menggunakan ikan sungai. Di dalamnya, diletakkan juga timun atau taugeh yang berkepala besar tu. Kadang kadang diletakkan serai tapi tak pernah pulak melihat daun kesum atau kantan dimasukkan. Resepi masak tempoyak cara Perak berbeza dengan resepi Pahang. Saya yang pada mulanya tak suka lauk Masak Tempoyak pun, tapi dah lama lama jadi suka pulak. Tapi rasanya masakan tempoyak saya tak pernah dapat menandingi kesedapan masakan Arwah Bonda Mertua yang walaupun dah diikut satu persatu, masih menghasilkan rasa yang berbeza pada tekak saya ler. Hahaha memang lah, kalau orang lain yang memasak, kita akan rasa lebih sedap. 





Semasa di Temerloh, hubby membeli 2 ekor Ikan Patin Sangkar yang telah siap disiang dan dipotong oleh penjual semasa dibeli. Jadi kerja kita menjadi sangat mudah. Cuma perlu dicuci dan dimasak sahaja. Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dengan tepung gandum. Lagi mujarab dari menggunakan air asam jawa/asam limau. Petua ni pun saya dapat dari komen pembaca juga. Memang banyak perkongsian maklumat yang diterima. Itulah sebab saya sangat suka membaca komen yang ditinggalkan. Saya pun tak pasti kenapa ramai pembaca blog saya lebih suka menjadi silent reader. Janganlah segan segan untuk meninggalkan komen ya. Apa apa pun, saya gembira kerana anda semua sudi singgah di blog saya. Berbalik kepada ikan ni, memang hajat saya untuk memasak mengikut saranan yang diberi dalam entri tersebut. 

Seperti komen yang diberi, tiada penggunaan bunga kantan di dalam resepi asli ini. Ini pun Aween bagi komen kenapa kuahnya tak merah dan pekat seperti yang dimakan di Kedai S.Z Rahmah di Temerloh tempohari di SINI. Jadi saya pun kenalah tambahkan sedikit lagi tempoyak supaya ianya lebih pekat. Warna kuah pulak agak kekuningan agaknya kerana saya tak menggunakan cili padi merah kerana memang tak ada stok. Jadi saya letakkan sebiji cili merah supaya kuahnya lebih kemerahan dan juga supaya tidak terlalu pedas kerana Nelly tak boleh makan makanan pedas. Jom layan resepi yang saya gunakan kali ini.



Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.






Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.




Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  





Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.




98 comments:

  1. Replies
    1. sedap. kalau kat restoran di temerloh mahal sangat saya berhenti makan hari tu.


      [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

      Delete
  2. Gulp... telan air lior sudah... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Assalam, bila azie sebut fasal silent reader sy terasa pulak sbb setiap hari sy jengok blog azie. Jadi hari ini sy tinggalkan komen. Suka sgt dgn cara penulisan & resipi yg ada. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak azie... Wah! Nmpk sedap sngguh! Blm pernah sy msk tempoyak sbnrnya,tp resepi kak azie ni mcm wajib cuba je...

    ReplyDelete
  5. Salam...ooo cenggini ye resepi dia, tak guna bawang pun, kena try ni, saya selalu masak lemak cili tempoyak je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak cili tempoyak pucuk ubi pun sodap..

      Delete
  6. sy pon baru try makan tempoyak. Masa preggy ngidam nak makan lauk mcm ni...sanggup masak sendiri walau sebelum tu langsung tak penah masak & makan. Tempoyak pulak pemberian jiran. Rumah mmg tak ada sebab tak ada org makan tempoyak.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Saya selalu singgah blog akak.... sekadar berkongsi, kalau nak kuahnya pekat, masak kuah dan ikan secara berasingan. Biasanya restoran2 di Temerloh masak kuah dahulu sehingga betul2 masak dan pekat. kemudian baru dimasukkan ikan.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.

    siapa ada jual tempoyak durian ? saya nak tempoyak dari pahang. saya dari johor. hubungi saya.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Kak Azie..
    Telan balik air liur Yong nie ..hahaa
    Sedapnya..

    ReplyDelete
  10. Terus masuk dapur utk masak sbb semua bhn dah ada, hrp2 menjadi

    ReplyDelete
  11. bole cuba ni.. suami org temerloh.. harap2 menjadi le.. sbb sy duk perak asal penang.. so resepi masak tempoyak mmg lain bebenor la.. perak lain.. penang lain.. tq sis.. ;-)

    ReplyDelete
  12. Bila la nk jalan2 ke temerloh... nk jln2 cari mkn... ikan patin tmpoyak..m

    ReplyDelete
  13. tngok gambar je dah terliur..pernah makan masak lemak tempoyak dari seorang kawan, katanya nak kuah yg sedap kena guna tempoyak yg fresh dan tak terlalu masam yg diperam lama.

    ReplyDelete
  14. Salam akaq..entry yg sgt bagoos..ssuai sgt untk begginers mcm sy ni..
    Psiapan sblom nk jd bini org.haahaaa.
    Tq akaq

    ReplyDelete
  15. Terliur nk buat tp kt rumah x de org makan..jd malas nk buat sbb saya sorang jer mkn

    ReplyDelete
  16. Mmg teringin nak masak gulai tempoyak...terima kasih kak
    http://diyanarazim@blogspot.com

    ReplyDelete
  17. nk msk utk berbuka ptg ni tp xde daun kesum la ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  18. mmg xperlu masuk bawang ye?

    ReplyDelete
  19. saya pun salah seorang silent reader.. hihihi..

    sori kak, selalu jenguk dan try resepi akak.. tapi, tak pernah komen..

    minta halal ilmunya ya kak.. :-)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian resepi..nak guna utk lunch

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. sebenonye ikan patin hok sedap mesti hok 'asli' dari sungei pahang, bukan dr kolam bkn dr sangkor. Tp kalar dah tak de hok 'asli' hok sangkor pun boleh juge. Tp bukan dr sangko org kemboja tau. Kawai masok ikan patin ala pekan bando diraja. Utk sekor ikan patin saiz sedang, mula2 bubuh dua senduk tempoyak dlm periok + 4 cawan air + sikit garam + cili padi (ikut rasa) tumbuk bersama seketul kunyit idup..gaul2 sebati dan masak ats dapor..bila menggelegak bubuhlah ikan patin yang dh dipotong2 + sikit daun kesom..sekitor 2-3 minit angkat...dan apa lagi..melantok lah kite

      Delete
    2. A'ah...penjual patin kat temerloh pun bg resipi tanpa bawang...kata nya lbh sedap tanpa bawang....lg satu if ikan yang di masak kuarkan lemak warna kuning...makna nya ikan tu ikan bela yg diberi mkn perut ayam

      Delete
    3. tkasih semua..nk cuba yg x der bwg pulak la..

      Delete
  22. Dh try...sedap sgt..tq


    Http://akusukatulisblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Sedap jgk msk ngn salmon.xsuke ikan patin

    ReplyDelete
  24. Ikan patin hidup dah ada tinggal nk cari tempoyak lgi sok.Tq utk infonya.

    ReplyDelete
  25. Nampak cam sedap jer...mohon share resepi..tq

    ReplyDelete
  26. Dah try tadi, masam sikit mungkin tempoyaknya masam, nasib tak letak asam keping lagi. Thank u Pn Azie for sharing

    ReplyDelete
  27. First time sy nk masak tempoyak ni Kak azie, mklumla Org bujg. Hrap menjdilah yer. Good resepi.

    ReplyDelete
  28. terima kasih kak azie..sy la salah sorang silent reader tuu.. =)) semalam sy try resipi mee sup, mmg sedap. harini nk try yg ni pulak

    ReplyDelete
  29. Kat penang ni ada sesiapa yg tau dak mn nak dapat ikan patin?kalau boleh ikan patin sungai..dah lama ngidam ni

    ReplyDelete
  30. Saya juga salah seorang 'silent reader'.tapi kali ni sya tgglkan komen yer..suami sya pun org pahang,dah kawen barula belajar masak tempoyak ni..

    ReplyDelete
  31. Kesedapan masak gulai tempoyak ni terpulang juga pada tempoyak durian tersebut..sbb dah banyak kali masak berbeza rasenyer mengikut tempoyak durian tu...

    ReplyDelete
  32. Tapi cara saya masak tempoyak berbeza sedikit,blender cili padi,tempoyak,kunyit hidup, dan sedikit jer belacan,serai di ketuk..kemudian masukkan dalam periuk..bile dah menggelegak barulah masukkan ikan patin..setelah itu saya akan kecilkan api dan biarkan beberapa minit supaya minyak ikan patin tu keluar..barulah sedap..

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah. .semua resipi yg akak letak dlm blog menjadi..sdp dan mudah..tq.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah..hari nie msak bgi family mkan..respond smua mggembira kan..even sye sndiri x mkan..huhu..
    Msak sbb family suka mkan..
    Cuma sye x ltak daun kesum..gnti kan dgan serai..
    Trima kaseh kongsi resepi ^^

    ReplyDelete
  35. Feveret hihi. Ni kali kedua sy masak ikan patin masak tempoyak.. Kali ni saya tukar sikit, belut masak tempoyak tanpa kesum, gantikan dengan tomato. Thanks aunty azie, share ilmu berguna especially bagi saya yang baru kahwin ni :)

    ReplyDelete
  36. Terima kasih yer...dah try..mmg sedap!!!!

    ReplyDelete
  37. mohon share article ini di FB saya ye .. wife saya ngidam.. saya ingat nak masakkan untuk beliau nanti .. doakan lah ya supaya menjadi.. tq ..

    ReplyDelete
  38. slm ... nk try utk lunch ari ni, tq

    ReplyDelete
  39. Salam azie kitchen...terbaiksgt2 sharing akak dlm ni...
    Ape2 resepi akak post2 yg wat sy teringi trus sy buat Alhamdulillah menjadi...suka sgt2 nak2 tempoyak ni first time buat perh sedapnye resepi akak kalah RnR temerloh tu...x yah susah2 gi sampai sna dh...
    Dah la sharing akak sgt simple n mudah tuk org mls msk cm sy...:-)

    ReplyDelete
  40. Huhu.feveret sy ni sejak dapat suami org pahang.mak mertua selalu masak kn tiap kali kami pulang bercuti.Sypun asal perak sama cam akak jugak.hehe.Tapi dok sabah ni..nak carik ikan sungai mang payah.meleleh air liur tgk ikan patin masak tempoyak akak.hihi

    ReplyDelete
  41. Salam,akak,saya ada sedikit nak berkongsi maklumat,abg ipar saya orang raub,adalah renjer hutan mentakab.Saya belajar sedikit dari abg ipar saya mengenai patin ni. Dalam ikan pati ada satu urat sebesar benang berwarna putih,itu org kg panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  42. First time masak tempoyak ikan patin. Mmg sedap..tq kak azie

    ReplyDelete
  43. Kebiasaannya sy pakai daun serai untuk hilangkn lendir2 ikan sbb lebih efektif.....btw, ay da cube resepi akak mmg ohsEmm

    ReplyDelete
  44. Sedap ye..blh la sy nk cube resepi kak azie ni nanti..

    ReplyDelete
  45. Sedap ye..blh la sy nk cube resepi kak azie ni nanti..

    ReplyDelete
  46. Tahniah kak azie ...berkongsi resepi yg superb...kalau ada petua...baguih juga..saya org perak..suami org pahang..dua dua suka makan tempoyak ..

    ReplyDelete
  47. Tahniah.....terima kasih share sbb sy mmg nk cuba masak ikan patin.

    ReplyDelete
  48. Terima kasih...saya akn cuba masak ari ni...

    ReplyDelete
  49. Sedap sgt..mudah pulak resepi pn.azei ni..
    setiap kali nak masak tempoyak,mst tengok resepi pn.azei ni..teeima kasih..:)

    ReplyDelete
  50. Done ... sedap tp tlupa amik gmbr hihihi..da abis daaaa

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum. .sekali tengok je resipi azie kitchen, terus jatuh hati..beraso nok kenal benar nga tue blog.

    ReplyDelete
  52. Nak try hari ni..almost everyday saye tengok blog akak sebb kalau nak masak selalu refer sini..tq atas perkongsian bermanfaat akak๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum k.azie,, dh lama sy jenguk blog k.azie sbb nk try resepi ikan patin msak tempoyak nie. Hari nie dh berjaya buat, Alhamdulillah, menjadi. Cik hubby ckp sdap sgt2. Tq kak azie..

    ReplyDelete
  54. Tq krn byk bkongsi resepi yg sdap. Semoga Allah murahkn rzeki akk sekeluarga

    ReplyDelete
  55. sedapnye kak, nak masaklah.terima kasih.suami saya suka ni, maklumlah org temerloh.cuma bekalan ikan sangkar je payah dah sekarang.

    ReplyDelete
  56. Terima kasih kerana kongsi resepinye. Bahan tak banyak & kelihatan senang. Patin, ada. Tempoyak, ada. Daun kesum, cili padi, lada merah & kunyit hidup, ada. Saya nak cuba hari ni lah. ^_^

    ReplyDelete
  57. biar kuahnya gelegak dulu sebelum diletakkan patinnya ke dala. kalau hendak memasukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh terima kasih atas petua dan perkongsian cara caranya. Ya saya tengok di Restoran Temerloh catering pun, ikan dimasukkan ke dalam kuah yang telah mendidih

      Delete
  58. Terima kasih Azie sedap sangt2 resepi patin tempoyak yg azie kongsikan ...semoga Allah merahmati hidup azie sekeluarga dn pahala yg berpanjgan dari ilmuyg d manfaat.

    ReplyDelete
  59. Haha terasa sangat kak Azie saya memang silent reader blog akak yang setia. Nak masak je mesti jenguk blog akak. Ingat harini nak masak patin tempoyak.. Thanks & Salam perkenalan :)

    http://srisyadiqah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  60. Mntk izin share ye..hubby yg prknlkn sy dgn blog ni..kami di luar negara ni mmg suka main masak2..hihi..masa sy kat Malaysia x rajin plk..hihi x taulah maybe sbb baru kawen kot..anyway, tq sgt sbb sllu sy try menjadi ikut resipi.alhamdulillah

    ReplyDelete
  61. Saya pun silent reader jugak. Dah banyak kali ikut resepi yang lain. Memang masak tempoyak nak sedap tak perlu pakai bawang yer? By the way, haiiii kak azie cantik!!!

    ReplyDelete
  62. Hmm nk cube le...somi bru bli ikan patin dri pahang...bela punye tp bkn kolam sungai punya...MasyaAllah x pnh mkn ikan ptin dri sungai slalu bli yg bela kolam bau darah je dh hanyir tp ikan bela yg sungai punye langsung x bau hanyir n isi pun x hanyir mcm bkn ikan patin plk rasenye....ptut le tgk tv org rmai sanggup dtg dri jauh utk mkn ikan ptin sungai...bru tau mmg best....smlm buat asam pedas ikan ptin hri ni nk cube resipi kak azie.....saye mmg sk ambik resipi kak azie sbb simple tp rase nye walahwei....saye siap promote kt mak cik saye blog kak azie klu mak cik blur nk msk pe....tq kak azie utk share resipi yg osem....

    ReplyDelete
  63. Nk cuba lah. Terima kasih

    ReplyDelete
  64. As salam k.azie..sy pon silent reader..hehe...tgh hari ni mmg plan nk buat patin masak tempoyak utk husband,sempena anniversary kami dan dia pon balik dr kursus..mggu dpn smbung kursus lagi...izinkan sy guna resipi ni ye...makaseh... :)

    ReplyDelete
  65. Mohon shere ..esok bole try masak ikan patin.tgok gambar pon dh trliur hihihihi

    ReplyDelete
  66. 1st trial nak masak patin tempoyak ni.. tq bg petua dan resepi

    ReplyDelete
  67. Tgh cuba masak ni...harap2 jd ...tq ye..share resepi

    ReplyDelete
  68. Slm kak...sy td memancing dpt 2 eko ikan patin...sy nk trylah masak tempoyak...cammane peginye...

    ReplyDelete
  69. Kak kome letok petai sikik bloh lepih

    ReplyDelete
  70. sy suka tumis dulu... kemudian msukkan halia + kunyit + Buah keras + segenggam cili api.. msukkan air + santan + tempoyak +serai... hahaha... ni cre oghang melaka masak la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah blh cuba versi Melaka pula

      Delete
  71. Seriously sy mmg xpnah makan pon ikan patin apelagi masak tempoyak ni..tapi hubby pnye pasal nak xnak kne cbe la.Brg2 smue dh beli so tgu nak msk je..pastu tadi jumpa seorang makcik at pasar die ckp bsuh ikan guna asam jawa utk hilangkan bau hanyur ikan..Harap2 menjadila... hehehe..thx ea share resepi๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  72. Seriously sy mmg xpnah makan pon ikan patin apelagi masak tempoyak ni..tapi hubby pnye pasal nak xnak kne cbe la.Brg2 smue dh beli so tgu nak msk je..pastu tadi jumpa seorang makcik at pasar die ckp bsuh ikan guna asam jawa utk hilangkan bau hanyur ikan..Harap2 menjadila... hehehe..thx ea share resepi๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  73. Hari ni nak masak patin tempoyak. Syukran jazilan azie kongsi resepi ni

    ReplyDelete
  74. Silent reader gak... hehe.. kak azie.. terima kasih atas perkongsian segala resepi dan petua2 masakan. Dgn rujukan di blog kak azie,saya bleh berlagak bagaikan pakar dgn suami dan anak... syhhhh jgn bgtau dorg!! Next ikan patin masak tempoyak...hehe

    ReplyDelete
  75. assalamualaikum... saya antara salah sorang silent reader tu...suka sgt dgn blog ni... coz semua resepi yg dicuba setakat ni menjadi... thanks azie... semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya..salam perkenalan...

    ReplyDelete
  76. Hiii samalag kita K.Azie..lps kahwin lama2 jd tersuka plk gulai tempoyak sbb hubby n anaklelaki yg no. 2 tu suka sgt patin msk tempoyak....

    ReplyDelete
  77. Perghhh...memang jadi. Sedap sangatt..tima kasih kak azie..minta halalkan resepi yek. Tq sangattt

    ReplyDelete
  78. Adoi... sambil baca sambil terliur2 ni ha... dah la ngah pegnen.. lagi la rasa nak cuba.. maseh akk utk resepi mudah ni.. tak penah cuba ..tp bila dah ad suami ni kena la rajin ke dpaur..ihiks

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum kak...memang kalau org raub phg masak color gulainya warna kuning kak...rasanya...mmg best

    ReplyDelete
  80. Try utk menu mlm ni.tq kak azie :)

    Cherlyn,melaka

    ReplyDelete
  81. Anak anak saya hantu ikan patin kak. Dolu dolu saya tak makan ikan patin ni. Tapi skrg makan la jugak. Smlm ada kawan bg ikan patin ni. Saje la nak cari resepi yg ump sikit. Malam ni kalau rajin nak buat la utk esok

    ReplyDelete
  82. Baru buat pg td kak. Tp kuahnya cam masam sikit. Frustvrasanya.
    Apa fb akak ye. Senang nak tny resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam tu bergantung pada tempoyak. Kalau tempoyak baru, patut rasa manis. Kalau tempoyak lama, tambahlah air supaya cair dan kurang masamnya

      Delete
  83. Salam kakazieee....ermmm gugel2 je terus dpt resepi akak.. byk resepi akak yg nur dh try byk yg menjadi ader yg x jd gak hihihi silap sendiri. Maklumlah try n error. Nk try ni plak dh beli tempoyak dkt pasar pg changkat jering. 5bekas tempoyak ๐Ÿ˜„. Ok kak azie maceh byk ye.dah muak asek masak kari kari..hari2 mkn kari heee.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.