Iklan

Iklan Nuffnang

20 Jan 2014

JJCM Ikan Patin Masak Tempoyak Di Temerloh


  




Pada cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti Thaipusam, saya mengajak hubby jalan jalan ke Temerloh. Perjalanan balik hari adalah untuk tujuan makan tengahari berlaukkan Ikan Patin di Temerloh. Semua anak anak tak mahu ikut, cuma Aween sahaja. Saya memang dah lama teringat nak makan ikan patin Temerloh yang sangat femes. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah.  Saya mencari kedai papan bersebelah stesyen minyak BHP Paya Pulai seperti yang disarankan oleh kawan facebook Mazilah Siron. Dikatakan makanan di sini sedap dan Sultan Pahang juga pernah singgah makan di kedai ini.








Ketika sampai, dah banyak lauk pauk yang habis termasuklah ayam goreng yang diminta oleh Aween. Kami memesan selain Masak Tempoyak Patin juga ulam yang dicicah sambal tempoyak, taugeh kepala besar goreng, sotong dan ikan goreng. Saya tanya harga siap siap sebelum memesan setelah membaca pengalaman orang yang terpaksa membayar beratus ratus untuk hidangan makan tengahari.





Best betul lah tempoyak ini walaupun ianya menggunakan cili padi tapi selamba jer saya makan. Walaupun pedas menyengit tapi sangat sedap. Ada juga saya jumpa isi ikan di dalam sambal tu. Tempoyaknya memang tempoyak baru kerana masih terasa kemanisannya. Siapalah boleh kongsikan resepi menyediakan sambal ini ya. Saya boleh mengagak bahan bahan yang digunakan seperti cili padi, garam dan isi ikan jer kot.





Selepas itu, kami pusing pusing bandar sambil mencari Ikan Patin hidup untuk dibawa balik di Jalan Triang. Singgah jap beli  buah nangka madu yang memang kegemaran saya untuk dimakan di dalam perjalanan. Semasa di sini, ternampaklah gerai Pak Usop yang juga sangat femes dengan masakan Ikan Patin yang sedap. Di gerai menjual ikan patin hidup, hubby memilih 2 ekor ikan patin yang terus dipotong dan dibersihkan. Aduhaai, hidup hidup dipotong. Memang tak ada ikan patin liar, cuma ada ikan patin sangkar yang dibela di tepi sungai. Nampak sangat berbeza ikan patin sangkar dengan ikan patin buah di rumah kami. Mengikut kata mak cik di kedai makan S.Z Rahmah, ikan patin liar ori bermata sangat kecik dan memang susah untuk ditemui. Harga sekilo boleh mencecah RM100. 






Dalam perjalanan balik, singgah makan durian Musang King di tepi lebuhraya. Aween dengan hubby tak mahu makan. Jadi saya makan sebiji sorang sorang. Sedap dan sangat berlemak. Sebiji ada 6 ulas sahaja. Berbaloi hubby membayar RM20. Terima kasih tidak terhingga pada hubby sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembirakan saya. 







14 comments:

  1. sedapnya ikan patin!!!paling suka!!!meleleh lah kak!!!

    ReplyDelete
  2. salam..
    sy asal dr temerloh ..skang dok kl..kalau mak sy buat..dia blender cili api..cili besar n tempoyak sekali..pastu air yg mendidih msukkan bahan ni..bru lah isi asam kping ..bunga kantan ..org pahang tk pakai bawang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anis. Tapi saya dpt komen yg resepi asli Pahang tak guna bunga kantan, hanya daun kesum sahaja.

      Delete
  3. leh try mana2 kan..apapon kak azie..mmg ikan patin i like sgt2!!sy slalu wat masak patin cara simple je..cara kelantan..nih nk lah try cara akk plak...sb kami suami isteri mmg suke ikan masak mcm ni!!!

    ReplyDelete
  4. sedapnya durian...kesukaan sy tu.

    ReplyDelete
  5. Phg ade byk resepi ngikut daerah...cara lipis masuk bawang kecik rsenye...tp klu temeloh mmg xde letak bwg...simple je resepinyer tp sedap ngat wei....hehe

    ReplyDelete
  6. Baru makan tengahari tadi. Ummm mmng sedap walaupun sedikit pedas.

    ReplyDelete
  7. Sz rahmah restaurant hanya beberapa meter sahaja dari homestay villabaity http://www.villabaity.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Tq kak..sy baru je masak patin tempoyak hasil dari resepi akk.. sedap terangkat! Wlaupon first time buat hehe..

    ReplyDelete
  9. mcm best je ikan patin msk tempoyak nie..xpernah cuba lg..brape jam perjlanan dr s.alam ke temerloh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 1 jam perjalanan. Makan di restoran Rahmah, 800 meter dari traffic light Hospital Termerloh, lagi sedap

      Delete
  10. baru cuba tghari tadi parin tempoyak di sz rahmah...rasa everage je... tapi harga..emm hotel 5*****. no hard feeling pls.. munkin bukan selera saya kot...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.