Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

7 Apr 2012

Patin Masak Tempoyak Resepi Orang Kampung Pahang


 
Saya belajar resepi Masak Tempoyak Ikan Patin cara Pahang ini dari page perkongsian resepi di facebook. Tetapi bila diperhatikan semula, ianya sama dengan resepi Asam Rebus Tempoyak Ikan Patin yang saya belajar dari kakak saya. Klik di SINI


Balik dari pejabat malam tadi, saya terus memasak untuk makan malam hubby dan anak anak kerana saya sendiri sudah kekenyangan. Terlebih makan pulak semalam bila kawan sepejabat, Zaharah membelikan nasi bungkus berlaukkan masak lemak ikan jenahak, daging masak kicap dan cencaluk yang dibungkus dengan berlapik daun pisang di Jalan TAR. Memang sedap sampai tak terkata. Hahaha yang sebenarnya dah lama saya tak makan cencaluk kerana malas untuk membuatnya sendiri sebab di rumah ni, orang lain semua tak menggemari cencaluk. Berbotol botol cencaluk yang dibawa balik dari Melaka, terbuang gitu sahaja semasa kami berpindah dari USJ ke sini.

Berbalik pada resepi masak tempoyak Pahang ni, ada terdapat perbincangan samada perlu dimasukkan gula ke dalam masakan ini. Saya pun tak dapat membuat kesimpulannya kerana ada yang meletak sedikit sahaja gula dan ada pula yang mengatakan tak perlu meletakkannya langsung. Saya memilih untuk tidak memasukkan gula malam tadi. Tak pasti jika ini yang sebetulnya mengikut resepi orang Pahang.  Jom jom lah layan resepi ...


Ikan Patin Masak Tempoyak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:


5 cili padi
1 inci kunyit hidup
3 sb tempoyak
1 bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
1 asam keping
Garam

Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama bahan tumbuk.  Masukkan bunga kantan.  




Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.




Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.



Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.

41 comments:

  1. Fuyyoooo... tempoyak.. negnces sudah... Ada musim tempoyak ke... Dah lama tak jumpa tempoyak.. Sedappppppp nya....

    ReplyDelete
  2. My hubby bawa balik tempoyak dari kampung. Tempoyak dibuat sendiri. Satu botol besar, bolehlah tahan sehingga musim durian akan datang kot. Sedap masak tempoyak ni..

    ReplyDelete
  3. Saya asal dari Kampung Budu Lipis Pahang. Dari kecil sampai ke tua ni saya dok tengok (arwah) wan-wan saya, mak saya, mak-mak sedara saya dan isteri masak tempoyak tak kiralah ikan atau keladi kemahang, mereka tak menggunakan bahan lain selain lada garam kunyit daun kesum dan tempoyak sahaja. Keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya. Tak ada gula, bunga kantan atau serai digunakan. Tak tahu lah kalau di tempat lain atau di Temerloh lain pula resipinya. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan, pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wirajack, terima kasih atas perkongsian. Itulah banyak versi agaknya wp semuanya berasal dari Pahang. Boleh saya cuba resepi yang diberi kerana saya memang nak mencari resepi tempoyak ori Kuala Lipis.

      Delete
    2. saya setuju dgn wirajack...itu yg asli sebenarnya..xperlu tambah bnga kantan.serai bagai....

      Delete
    3. Terima kasih atas komen. Boleh kita pakat belajar cara cara yg ori dari Temerloh

      Delete
    4. Wirajack: agak2 yg mne lebih best..??bunga kantan atau serai..??

      Delete
    5. doh nok gune resepi hok mane satu ni..pening doh..nk buat berbuke ni..mase ni tak dapat resepi lg...

      Delete
  4. Replies
    1. Noted. Hanya cili, tempoyak, kunyit, daun kesum dan garam sahaja ya. Insya Allah, boleh cuba. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi di sini

      Delete
  5. terima kasih berkongsi resepi, saya nak try masak tempoyak patin ni sedap ke tak... thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Dah cuba, bagi feedback ya

      Delete
  6. Saya asal dari Kampung Budu Lipis Pahang. Dari kecil sampai ke tua ni saya dok tengok (arwah) wan-wan saya, mak saya, mak-mak sedara saya dan isteri masak tempoyak tak kiralah ikan atau keladi kemahang, mereka tak menggunakan bahan lain selain lada garam kunyit daun kesum dan tempoyak sahaja. Keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya. Tak ada gula, bunga kantan atau serai digunakan. Tak tahu lah kalau di tempat lain atau di Temerloh lain pula resipinya. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan, pedas.- BETOL...INILAH RESEPI ASLI....MASUK SERAI BAIK BUAT GULAI LEMAK..HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak belajar, kita tak akan pandai. Resepi ini saya ambik dari fb. Saya pun tak ada pulak meletak serai dalam masak tempoyak ni. Tak tahu pulak kalau ada orang yg meletak serai atau you salah baca kot

      Delete
  7. mcm sedap je..nak cuba jugak la..selalunya patin saya masak goreng berlada je.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Aje, nnt boleh share patin masak goreng berlada ya. Boleh saya cuba your recipe pula

      Delete
  8. sebenonye ikan patin hok sedap mesti hok 'asli' dari sungei pahang, bukan dr kolam bkn dr sangkor. Tp kalar dah tak de hok 'asli' hok sangkor pun boleh juge. Tp bukan dr sangko org kemboja tau. Kawai masok ikan patin ala pekan bando diraja. Utk sekor ikan patin saiz sedang, mula2 bubuh dua senduk tempoyak dlm periok + 4 cawan air + sikit garam + cili padi (ikut rasa) tumbuk bersama seketul kunyit idup..gaul2 sebati dan masak ats dapor..bila menggelegak bubuhlah ikan patin yang dh dipotong2 + sikit daun kesom..sekitor 2-3 minit angkat...dan apa lagi..melantok lah kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih keran berkongsi resepi. Insya Allah, saya akan mencubanya

      Delete
  9. Replies
    1. Gembira mendengarnya. Terima kasih

      Delete
  10. Saya pernah mendengar ucapan (titah kot??) dari Tengku Puan Pahang semasa pelancaran buka masakannya "Air Tangan". Dari kajiannya dia kata semakin hulu SUngai Pahang semakin kurang bahan masakannya. Mungkin itu sebabnya daerah Lipis yang di hulu ni kurang bahan dalam gulainya terutama bawang. Saya juga bertanya pada mak saya tentang serai dan bunga kantan dalam gulai masam ni. Mak saya merasakan mungkin ini cara orang belah Temerloh memasaknya Wallahualam..... Nak cari ikan patin ori sekarang ni bersedialah untuk bergolok bergadai rasanya. Dengan harga ikan sangkar pun dah RM30-35 sekilo berbanding zaman saya sekolah dulu RM15 sekati je, ikan patin sungai ori sekarang ni dah dekat RM150 ke atas sekilo, tak mampu rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh betul juga. Sesuatu yg dilakukan, pasti ada sejarahnya. Itulah masa ke Kuantan baru ni, jumpa ikan kerai yg harganya RM120 sekilo. Insya Allah, pergi lain kali, boleh nk order sb kalau dimakan panas panas di restoran tu, barulah sedap.

      Delete
  11. kak...sedapnya ikan patin masak tempoyak ni...lisa mintak resepi ye kak...arini cadang nak masak ikan dukan masak tempoyak ...
    salam kenal kak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa, cuba baca komen kawan kawan kita kat atas tu yg kita blh pelajari dalam menyediakan masak tempoyak cara Pahang yang sebenarnya. Selamat mencuba

      Delete
  12. salam..kak Azie sya ingin bertanya tentang resepi asli ikan patin masak tempoyak pahang, ade sesetengah org yg memangilnya masak lemak tempoyak, adakah di dalam resepi tue diletak santan? harap kak azie komen cikit ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      2 jenis masakan berbeza. Jika masak lemak, ada dimasukkan santan. Cuba search dalam resepi label ikan, rasanya ada masak lemak ikan patin juga. Sedap juga

      Delete
    2. Gulai yg ada santan di http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/ikan-patin-gulai-tempoyak.html. Cari Ikan Patin Gulai Tempoyak

      Delete
  13. Wah...ni baru Pas masak dengan tunjuk ajar mak....nyam2..jemput makan

    ReplyDelete
  14. Boleh share tak kat area mana kedai patin tempoyak d segamat...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di sini. http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/jom-jjcm-ke-restoran-asam-pedas-segamat.html

      Delete
  15. salam azie...suami bawa balik jenahak, saya tringin nak makan masak tempoyak..tambahan kakak ipar ada bg sambal tempoyak (trmpoyak yg dah siap campur cili) sy google resipi dan jumpa blog azie...baca semua komen dan sy cuba masak yang original...alhamdulillah suami puji sedap sangat...terima kasih kepada azie dan mereka yang berkongsi resipi di sini :D

    rehan

    ReplyDelete
  16. Assalam.. Terima kasih kongsi resepi..cdg nk buat hr ni..ikan pun dh rendam..tp kunyit lak dh hbs. Kunyit serbuk leh x?

    Kak ila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Se elojnya kunyit idup..kalu serbuk kunyit kureng skit

      Delete
  17. salam
    kak azie..td sy cuba resepi akk taw.. masak tempoyak patin... sedap!! mkn lks dgn kerabu pegaga.. pergh.. thanks sgt2 4 awesome recipe.. :)

    ReplyDelete
  18. wahhh,, tq kak. boleh cuba nih, nnti akak bgi resepi ikan patin masak asam pulak ye. arituh saye try xsedap. minyak plak byk bukan main.

    :)

    ReplyDelete
  19. salam...
    trima kasih kgsi rsepi...
    patin msk tmpoyak nk try buat hdangan tgahari ni utk suami ...tp xde bnga kantan...
    juz nk msukkn daun kesum....^_^
    'n" sy dh pnah buat pding koktel ikt rsepi k.azie...
    menjadi n pnah buat skali utk mkn beradab spupu yg kawen...
    thnx a lot....

    ~sy bdk bru blajar~ ^_*

    ReplyDelete
  20. balik nanti nak buat gak heheh...

    ReplyDelete
  21. selalunya kalu d tambah daun kunyit pon sedap

    ReplyDelete
  22. The best in the world-masak tempoyak

    ReplyDelete
  23. Nk tanye..btl ke kalau lg masam tempoyak tu, lg sedap patin masam tempoyak? Sbb hubby td bwk blk dua jenis tempoyak..satu yg masam n yg satu fress lg..mohon tunjuk ajar

    (Nadia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam lagi sedap. Campurkan kedua duanya

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.