Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

2 Nov 2013

Nasi Mandi Yemen Cuti Hari Deepavali





Sempena kedatangan bulan Muharram lagi beberapa hari, saya nak mengulang kembali pesanan supaya kita sama sama berpuasa samada 9 dan 10 Muharram atau berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Boleh rujuk di SINI akan kelebihan berpuasa pada kedua duanya. Selain itu, saya juga menulis di sini intipati Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhamad berkenaan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Makna dan lafaz dari Rasulullah SAW, bersabda, firman Allah SWT pada Syurga, Kamu adalah rahmat. Manakala pada neraka, kamu  adalah azab. 

Penghuni syurga terbahagi kepada 3 kategori:
1. Masuk syurga dengan rahmat Allah SWT atas amalan soleh yang dikerjakan.
2. Masuk syurga dengan limpah kurnia Allah SWT tanpa amalan soleh seperti anak anak kecil, orang gila sejak asal dan satu kaum yang disebut oleh riwayat iaitu orang yang dikeluarkan dari neraka dan masuk syurga tanpa membuat amalan soleh. Anak anak kecil adalah kerana manusia lahir dalam keadaan fitrah iaitu semua Islam.
3. Kaum yang dicipta Allah SWT untuk menghuni syurga seperti bidadari. Setiap orang diberi 2 bidadari. Wildan dicipta pemuda untuk berkhidmat dalam syurga. 
Mereka tak pernah hidup di dunia. Lagi satu ialah golongan orang yang tak pernah berkawin semasa hidup di dunia juga akan diberi pasangan bidadari dan pemuda syurga. Dalam syurga tak ada orang bujang, semua akan ada pasangan.




Jom kita berbicara pasal Nasi Mandi lak. Memang lama benar rasanya saya tak memasak nasi Arab seperti Nasi Kabsa dan juga nasi  Mandi. Anak anak saya terutama Aween sangat suka jika saya memasak sendiri nasi Arab kerana dapatlah dia makan dengan menambah nambah dan mengulang ngulang. Kali ini, saya memasak Nasi Mandi sempena cuti Deepavali di mana anak anak semua ada di rumah. Nana pula off duty. Jadi sebelum keluar ke OU untuk urusan ipad Nana dan handphone Juita, bolehlah makan dulu. Malam tadi, saya kepenatan setelah ke e Curve, OU dan Subang Parade ingin mencari iphone 5S berwarna gold yang diingini oleh Juita. Walaupun ianya baru dilancarkan pada hari semalam tapi ianya telah kehabisan stock. 

Sebenarnya memasak Nasi Mandi ni tak sesusah mana pun, bahannya pun lebih simple dari memasak Nasi Briyani. Lagi satu, saya suka menyediakan nasi Arab kerana tak perlu nak menyediakan lauk tambahan seperti Dalca, Acar dll lagi. Ooh ya kalau ada yang nak tengok resepi Nasi Kabsa saya sebelum ini, klik di SINI dan  nasi  Mandi, klik di SINI untuk versi bakar dan di SINI untuk versi biasa. Semuanya sedap sedap. Resepi kali ini, saya pelajari dari video di SINI. Tapi saya dah ubahsuai sikit, bahagian last dengan memasukkan arang terus ke dalam aluminium foil yang dimasukkan sedikit minyak sebelum ditutup bagi memerangkap asap dan menjadikan nasi lebih harum seolah ditanak di atas dapur arang giteww. Semasa nasi hampir masak, memang semerbak di seluruh dalam rumah dengan bau nya yang sangat mengancam selera.




Nasi Mandi Yemen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4
1 kg atau 5 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
Air  untuk membuat stok air rebusan ayam secukupnya

Untuk Membuat Air Rebusan Ayam
Bahan bahan:
2 biji bawang besar - cincang halus
5 biji tomato - hancurkan
3 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
Garam
2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.

Panaskan  minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan  tomato yang dihancurkan dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi.





Untuk memasak Nasi
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi - basuh  & tos
5 cawan air rebusan ayam tadi
2 labu bawang besar - dihiris
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
5 biji cili hijau - patahkan
2 sk saffron dibancuh bersama 1/4 cawan jus lemon

Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam. Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkan seketika. Titiskan saffron bertompok-tompok  di atas nasi.



Buatkan lubang dan letak aluminium foil atau cawan tahan panas yang dimasukkan sedikit minyak zaitun. Kemudian masukkan arang ke dalam aluminium foil tadi. Cepat cepat tutupkan periuk supaya asap terperangkap.

Bila  masak  kacau  nasi.  Di sini kita akan lihat warna-warna saffron bercampur dengan warna nasi asal.  Siap dihidang. Patah patahkan cili hijau dan hidang bersama ayam dan sambal salsa.




Selamat menjamu selera...







30 ulasan:

  1. Assalam
    Sedappnya nasi, ank sy panggil nasi warna warni
    Tqqq k azie for resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak budak panggil ikut apa yg dilihat.

      Padam
  2. Assalam puan rmh.
    Salam pkenalan. Sya tringin msk nsk mandy yg tk pakai rempah2 mandy arab sbb sya tk tau nk beli remph arab kat mana. Resepi ni mudah mcm nsk beriani. Sya nk cuba. T ksh azie share resepi. Sya akn jelajah lg resepi nsk awk yg lain tu. Msk nsk ni dlm rice cooker ke? Tq

    BalasPadam
  3. nak try niii..kalau jadi akan update :)

    BalasPadam
  4. My hubby's fav nie. Dh lama mencarik. Tqvm azie...

    BalasPadam
  5. Lupa nk tanya ayamnya mcm mana?

    BalasPadam
  6. kak azie, nape bila saya masak guna beras basmathi slalu x menjadi.
    mesti nasi akan lembik skit, tak berderai dan nampak cantik mcm akak buat.
    biasanya masa tgh masak dan hampir kering ru nmpak mcm mentah so saya tambah air skit.
    sudahnya mesti lembik skit. akak reply yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameris,
      Itu nak kena faham beras itu sendiri. Memang berbeza keperluan airnya. Kena cuba masak dan kemudian improve. Itulah cara yg kami buat. Kalau kali ini keras, esok kami tambah air sedikit sehingga kita faham kesesuaian air.

      Padam
    2. Rendam DLM air panas lebih kurang 20min sblm rebus

      Padam
    3. Beras kna rendam setengah jam..Masak beras atas api sehingga beras masak 75% angkat dan kukus dgn api perlahan..insyaAllah beras akn masak xantik n berderai

      Padam
  7. Salam Kak Azie,

    Cemaner ek nk masukkan arang dalam aluminium foil tu..masuk dalam periuk nasik tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna penyepit. Masukkan arang ke dalam aluminium foil yg telah dimasukkan sedikit minyak. Cepat cepat tutup periuk supaya asap terperangkap. Ada gambar. Cuba search dalam entri nasi mandi atau nasi kabsah

      Padam
  8. wah!simple n nampak sedap!!!x sabar sy nak cuba. Tq kak.

    Done follow akk, kalau sudi, follow saya juga :) ---> celotehcikorkid.blogspot.com
    tq :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Azie hari ni Maliah nak buat nasi mandy yemen ikut resepi azie tapi x de arang nk letak dlm periuk tu. Ayam dah rebus buat stok. Air rebusan tu kena tapis ka? Jap lg baru nk masak nasi malia guna beras monghul bathmathi. Ntahlah jadi ke tidak. Terima kasih share resepi ni azie. Byk membantu malia. Semua ikut resepi azie je.

    BalasPadam
  10. Kak serbuk ketumbar tu dgn serbuk jintan tu masuk kan mentah2 mcm tu je ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sb lepas tu akan tutup periuk dan dimasak lagi sehingga nasi masak.

      Padam
  11. Kak, air rebusan untuk nasi tu masuk sekali ke bahan2 dlm sup tu, bawang, kulit kayu manis dn sebagainya dlm sup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kalau tak nak pun tak apa sb air rebusan dah berperisa

      Padam
  12. Salam..kak azie.saya kagum dengan akak..rajin ni masukan resepi dlm blog kongsi kepada semua..saya suka sangat dan rajin masak sb maklumla semua resepi yg akak kongsi setakat ni menjadi..thankiu kak azie

    BalasPadam
  13. As salam kak Azie, saya tak faham bab aluminium and arang tu...letak tgh mana? Tgh nasi ke? Minta penjelasan lanjut..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang lubang dalam nasi dan letak aluminium. Blh tgk contoh gambar dlm entry nasi Arab. Cuba search nasi mandy dalam blog saya ya

      Padam
  14. as salam kak azie...bleh ganti saffron dgn pewarna kuning ke...tq kak

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak azie. trime kasih sbb share resepi ye.

    BalasPadam
  16. nasi khas timur tengah ini sungguh menggugah sekali, bolehlah skali-kali juga tengok web saya www.nasikebuli.net

    BalasPadam
  17. Assalamualikum kak azie.. sya slalu msk blog kak azie tgok resepi..mcm2 ada.. saya nk tnya sukatan air tuk 1cwn beras basmati. Rapa yer.. sbb sblom nie sya tgok resepi kak aziq.. 1cwn nasi = 2cwn air.. tp yg ni1cwn je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Jumlah air bergantung kpd beras yg kita gunakan. Ada beras perlu air yg banyak. Cuba tgk air yg diperlukan bila memasak nasi seharian. Sama juga lah airnya.

      Padam
  18. Yuk order Nasi Biryani, nasi kabsah, nasi kebuli di piramidafood.com | Makanan Timur Tengah dan Arab

    BalasPadam
  19. Jasa kurir Jakarta terbaik handymantis.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.