Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 12 March 2012

Nasi Kabsah Ayam






Selain Nasi Mandy, saya juga gemar makan Nasi Kabsa terutama di Seksyen 7 Shah Alam yang berdekatan dengan UNISEL. Memang sedap terutama Lamb Kabsa. Saya tengok dalam blog Raidah resepi untuk membuat Nasi Kabsa dan nampak sangat mudah. Itu yang saya terus google mencari resepi dan terjumpa satu video you tube tentang cara cara memasak nasi kabsah. Saya terus menyalin resepi dengan mengulang tayang berkali kali.  Balik terus singgah di Village Grocer mencari Buharat, rempah ratus arab tapi saya tak menjumpainya.  Jadi saya dah ubahsuai sedikit sebanyak dan Alhamdulillah kerana rasanya memang menjadi seperti nasi Kabsah seksyen 7. Malahan semasa sedang dimasak, bau semerbak rumah saya dengan bau rempah ratus nasi kabsah. 

Jom layan resepi di bawah

Nasi Kabsah Ayam
1 kg beras basmathi - basuh & tos 
1 ekor ayam - potong 8
3 bawang besar - dadu 
3 biji tomato – dadu 
1 sb tomato puri 
75 gm halia – kisar
 ½ sk bunga cengkih 
2 biji black lemon (tak letak) 
6 keping kayu manis 
7 kuntum buah pelaga 
½ sk black pepper 
2 bay leave 
½ sk buharat (Arabic powder 5 spices – can use garam masala) 
75 gm unsalted butter (or ghee or 125ml vegetable oil)
2 liter air panas

Cara cara:
Pastikan semua bahan sudah tersedia sebelum mula memasak.
Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun bay, lada hitam dan ayam  ke dalam air mendidih. Masukkan garam dan maggi cube secukup rasa.



Apabila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
Menggunakan periuk yang sama, masukkan minyak atau butter. Tumis bawang besar, halia dan tomato hingga lembut.  Masukkan tomato paste  dan rempah buharat dan masak lagi sehingga naik bau. 




Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata sehingga rempah mesra dan meresap pada beras.




Tuangkan stok rebusan ayam yang panas panas.  Jangan sesekali menggunakan stok yang sejuk dan jangan mengacau beras selepas memasukkan air panas. Ini adalah supaya nasi tidak soagy dan melekat.


Pindahkan ke dalam rice cooker dan masakkan sekejap. Masukkan ayam dan susun di atas nasi dan tutup periuk. Terus masak sehingga nasi masak. 






Keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan lahan untuk mengelakkan nasi patah. 





Boleh lah dihidangkan panas panas bersama salsa.  


Nota:
Bagi menggantikan rempah buharat, saya menggunakan 1/2 sb mixed spices, 1/2 sb serbuk ketumbar, 1/2 sb serbuk jintan manis dan 1/2 sb serbuk jintan putih dan sedikit serbuk kunyit.



12 comments:

  1. Assalammualaikum Azie
    wahhh cdpnya nengok nasi kabsah ayam ni..trgolek golek ayamnya. Kak Kay mmg sdg mencari menu berbagai nasi utk hidangn bln puasa akn dtg ni bkn apa saja nak cari pengetahuan ttg penyediaan nasi2 istimewa yg lain plak. Tkasih krn sudi kongsi resepi nti K/Kay leh gunakan blog Azie sbagai rujukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm CheKiah, betul juga nak berbuka ni elok masak nasi camni. Senang dan ringkas tak perlu nak sediakan pelbagai lauk pauk. Oleh jer nak ambik mana mana resepi dalam blog ni. Memang utk dikongsikan pun. Dah sign as follower ke? Sign lah, nanti dapat update new entry.

      Delete
  2. ck sudah followwww...!!!

    ReplyDelete
  3. napok mace sedap jer...nak cuba la hari ni untuk juadah berbuka puasa. sebelum tu nk mintak izin dari tuan punya blog dulu boleh tak Pn Azie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Resepi mmg utk dikongsi. Nnt updatenlah ya, sedap ke

      Delete
  4. Salam Azie. Buharat tu kalau ganti dgn garam masala kena letak juga spices ganti yg Azie guna tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna garam masala, tak perlu lah lagi. Tapi kalau nak tambah bagi lebih rempah, boleh juga

      Delete
    2. Ok, tq. Ingat nak try weekend ni. Harap menjadi la.

      Delete
  5. Alhmdulillah dapat join dgn sahabat2 sini...InsyaAllah saya buka Restoran sdrhana kat Perlis..InsyaAllah kalau dah siap kdai dua tingkat yg baru bolehlah tambah menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan semoga saudara mendapat rezeki yg melimpah ruah. Insya Allah. Ameen

      Delete
  6. Terbaik..saya pun nak cuba. Baru je berbuka lamb kabsah di sek 7.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.