Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 28 March 2012

Chicken Mandy Rice





Hubby menghantar bbm meminta agar saya memasak malam ni samada nasi arab atau beriani kerana beliau akan kembali ke pejabat untuk mesyuarat. Saya teringatkan resepi nasi Mandy yang dibuat oleh Rozilah yang hanya perlu merebus ayamnya, tanpa perlu dibakar. Saya fikir elok juga jika saya cuba resepi ini untuk tujuan kelainan.  Resepi nasi Mandy yang saya buat dulu, saya membakar ayamnya di dalam oven. Klik di SINI untuk melihat resepi nasi Mandy saya sebelum ini.

Balik dari pejabat terus singgah di kedai runcit untuk membeli ayam dan timun. Bahan lain semuanya sudah ada dalam peti ais. Sampai jer di rumah, saya terus memasak. Sangat cepat memasaknya. Dapur saya harum semerbak dengan bau nasi Mandy. Hmmm best nyeerrr...




Chicken Mandy Rice

Bahan A
4 cawan beras basmathi 
1/2 cawan minyak zaitun  
2 labu bawang besar - potong dadu 
5 ulas bawang putih - mayang 
1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
5 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

Bahan B 
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 helai daun salam 
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 






Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau. 




 

Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.






Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi.  Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. 






Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.


 


Salsa 




Bahan bahan 
4 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.





23 comments:

  1. Kak Azie, I have tried your Chicken Mandy Rice..thumbs up mmg sedap la...dah lama cr resepi yg simple & senang.. Ari2 pun blh masak..thanks for the recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas feedback yang diberi. Semoga boleh dijadikan rujukan pembaca yang lain pula

      Delete
  2. kak...bara arang tu utk ape?mmg sedap nampaknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi mandy dibakar dengan api di dalam tanah. Tujuan diletak arang supaya asapnya dpt mewangikan nasi seolah ianya dimasak di atas dapur arang. Memang semerbak baunya. Asap itu akan terperangkap dalam periuk yg ditutup.

      Delete
  3. Kak tq share this resepi. Saya sudah 2 kali masak dlm seminggu ni. Today lunch pun baru masak, family semua suka. Thanx a lot kak. Cuma mcmn klu x nak bg beras patah yer, sy msk pakai beras extra long tp patah juga lah kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kr berjaya memasaknutk keluarga. Apa yg saya tahu, kurangkan mengacau beras supaya tidak patah

      Delete
  4. Salam..
    Sy xphm bhgn arang tu..letak minyak dlm foil then letak arang?xpdm ke arang tu nnti..then kene bungkus ke arang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. arang yg membara bila kena minyak akan mengeluarkan asap. Kita nak perangkap asap supaya nasi berbau seolah dibakar dengan arang.

      Delete
  5. Assalamualaikum

    In shaa Allah memang kena cuba resipi ni.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, wah nampak simple.boleh ke nak cuba 1st time ni.takut je tak jadi..:) hehe

    ReplyDelete
  7. Akak masak lagi 5-10 min maksud dia masak ats api or masak pakai rice cooker dgn arang2 tu sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas masuk arang, ia akan berasap. Tutup periuk dan biarkan lagi 5-10 minit baru asap tu menyerap ke dalam nasi.

      Delete
  8. Replies
    1. Tak pasti pulak sb saya hanya memasak untuk keluarga sendiri. Mereka makan berulang ulang. Mungkin utk 10 orang kot

      Delete
  9. salam kak alhamdulilah jadi lepas godek resepi akak ,+ mamasya +arab food betul betul best dan sama .suruh mak rasa dia kata dkt dah rasa dia dgn nasi taza kat mekah .terima kasih sangat sangat kak .nak try nasi kabsah pulak ,sebelum ni nasi mandhi nanti sy htr gambar .

    ReplyDelete
  10. Akak tq atas resepi :) sedap...

    ReplyDelete
  11. Arang tu nk prepare mcm utk bbq tu ke? Or bole bakar kt dapur gas je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma seketul kecil. Bakar atas dapur gas jer

      Delete
  12. salam Pn Azie... semalam baru buat ikut sebijik resepi Pn cuma tak letak daun salam sbb tak jumpa kat kedai....,, mmg sedap dan senang sangat nak buatnya... saya recomend blog Pn kat adik beradik saya,.. nak resepi tgk sendir kat blog ,, many thanks Pn..

    ReplyDelete
  13. salam ...
    kt salsa tuh tabur daun ape ye ?

    ReplyDelete
  14. Nak cuba buat lah Azie menarik tgk. Thanks

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.