Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

23 Apr 2012

Pulut Kuning Dengan Rendang Daging




Alang alang dah ada rendang, saya fikir elok juga dibuat sedikit pulut kuning. Maklumlah lah memasak rendang ni memakan masa berjam jam lamanya. Nak tengok resepi Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis yang saya ambik dari buku masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang yang sedap ni, bolehlah klik di SINI. Resepi ini adalah resepi asal bapa mertua, sahabat saya sendiri yang memang sedap.

Yang sebenarnya, inilah kali pertama saya memasak dan mengukus pulut kuning sendiri. Dulu pernah buat sekali tapi dibantu oleh kakak ipar saya, Kak Harison. Jadi memang confident habis. Klik di SINI. Kali ini memang kira redah jer lah untuk buat sendiri. Itu pasal dah terlebih masin sikit pulut saya. Hahahaha masih tak reti mengagak, maklumlah first time kan..

Jom kita tengok resepi..
 


Pulut Kuning
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan beras pulut
1/2 mangkuk santan
1 inci kunyit hidup
Sedikit pewarna kuning
Sedikit gula
Garam

Cara cara:
Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat dan dimasukkan sedikit air. Tapis ke dalam beras pulut yang telah dibasuh dan ditos.

Kacau air kunyit supaya bergaul rata dengan beras pulut. Masukkan sedikit pewarna kuning, jika suka. Setelah bergaul rata, baru dimasukkan air untuk merendam beras pulut dalam 30 minit bersama 1 keping asam keping.




Panaskan pengukus dan kukus beras pulut yang telah ditos selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 




Bancuhkan santan dengan garam sehingga rasa masin supaya kemasinan secukup rasa bila digaul dengan pulut. 

Tuangkan santan ke atas pulut dan dikacau rata sehingga sebati. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga pulut masak sepenuhnya.





Angkat dan tuang pulut dalam mangkuk semula. Sudukan beberapa sudu santan pekat ke atas pulut. Kepanasan pulut akan memasakkan santan.

 


Taburkan juga sedikit gula supaya pulut kelihatan cantik bersinar dan berkilat.





Sedia untuk dihidangkan. Bolehlah dihidangkan dengan telur dadar yang dihiris nipis atau dengan ikan rebus goreng atau dengan rendang atau pun hanya dengan gula jer.



Enjoy...

4 ulasan:

  1. salam Zie, kak nOor baru je berkira2 nak buat ketupat palas makan dgn rendang tengok pulut Zie aduiiii teringin sangat ni tak sabar nak buat lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap lah, Kak Noor. Kalu ikut hati habis 1 pinggan semalam. Tapi hubby dah tegur, terpaksa lah berhenti. Smp skrg dok teringat lagi ni. Balik office sat lagi, nak makan lah sikit lagi. Kak Noor cuba lah buat rendang ni. Kalau buat banyak banyak, memang berbaloi

      Padam
  2. Salam k.Azie.pulut kuning dg rendang daging mmg pasangan yg serasi...sedappp.kalau masak pulut kuning anak2 sy mmg cukup suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di rumah kami, hanya saya jer yang suka pulut kuning. Hubby dan anak anak tak berapa gemar. Maklumlah I ni tekak dan selera kampung sebab membesar di kampung. Itu yang kadang kadang tak seronok membuatnya...

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.