Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik


Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik



Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak sendiri Pulut Kuning, maklum dari kecil selalu sangat terdedah kepada pulut kuning terutama majlis bertunang, kahwin atau majlis di mana pembesar mengunjungi majlis keraian. 

Zaman dulu, kalau ada majlis seumpama itu, pulut kuning yang dibentuk menjadi pulut semangat, akan diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum dipacak dengan bunga telur pahar di tengah tengahnya. Itu dah jarang terdapat sekarang ini. 

Yang ada, hanya pulut semangat yang dipacak bunga telur sahaja. Itu pun sekarang, pulut kuning bunga pahar dah diubahsuai, kini pulut dimasukkan dalam plastik kecil kecil, diikat dan disusun pada batang pisang, kemudiannya telur dipacak di batang pisang sahaja.

Pulut ini saya masak dengan tunjuk ajar kakak ipar saya, Kak Harison yang kebetulan ada di rumah kami. Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning, jika di makan begitu sahaja di Kelantan. Masa itu, tak ada pun masakan rendang rendang seperti sekarang. 

Yang paling saya suka juga, pulut kuning dicicah jer dengan gula pasir. Haa tu dia lah, cara saya makan pulut kuning masa kecil kecil dulu. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus saya ....
Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik

Pulut Kuning Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 sudu besar kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air
1 cawan santan pekat - boleh tambah
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pewarna - ikut warna disukai
Sedikit minyak masak - jika guna santan kotak

Cara cara:
Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai.

Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
rendam dg air kunyit dan pewarna

Panaskan pengukus. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan.  Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.



Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
kukus hingga keluar wap

Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan dan kukus lagi. 



Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
tengok dah keluar wap, boleh angkat

Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
masukkan santan yang telah diletakkan garam dan kacau rata

Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
kukus sekali lagi hingga keluar wap

Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap.  Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik.


Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
angkat dan masukkan dalam mangkuk besar


Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
taburkan gula dan kacau rata


Bolehlah tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk). Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging atau telur dadar.

Enjoy...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

44 ulasan for "Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik"

  1. tima ksh kak azie..cek Ah dh link entri resepi pulut kuning kak azie ni dlm catatan blog Cek Ah..follow la klu Kak Azi x kberatan..hihi farahwahida961@blogspot.com
    cek Ah cri tips unt mengamcamkn lagi pulut cek Ah sbb sahabat baik cek Ah yg request suh Cek Ah buatkn unt dia..tqvvm ya kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih kak Azie resipinye minta di halalkan yešŸ˜Š

      Padam
    2. Tq kak azie ❤ minta halalkan ilmu resipinya ��

      Padam
  2. Tq kak... minta halal resipi ye. :)

    BalasPadam
  3. Sgt detail! Tq kak atas resepi yg sedap ni. šŸ˜™

    BalasPadam
  4. tq kak......mmg kak azie entry pertama sy cari kalo nk cuba mskkan yg sedap!

    BalasPadam
  5. Xperlu tutup ke Periuk tu time kukus tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tutup la periuk tu semasa mengukus...

      Padam
    2. Kalau tutup camne nk amek gmbar pulut lol

      Padam
  6. Sedapnya.blk nanti nk msk utk juadah moreh lorong taman.biasa tanak je pulut.Kali ni nk Cuba yg kukus

    BalasPadam
  7. Kenapa pulut tu perlu rendam ngan asam keping ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masuk pun tak apa. Ia hanya petua untuk mendapat pulut yg kuning berkilat

      Padam
  8. Nampak mcm sedap ni
    Kena try terima kasih share info

    BalasPadam
  9. semalam nampak beras pulut ade banyak bubuk, so sy rendam la dgn garam n serbuk kunyit..tk bubuh pulak asam keping..tkpe kan kak azie? kalau nk kukus nnt kalau tkde jaring2 tu kan, tk jatuh ke beras ke bawah kukusan tu? firstime nk kukus pulut kuning ni..nervous plak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asam keping hanya untuk mencantikkan warna pulut. Tak letak pun tak apa. Kalau tak ada jaring pun tak apa. Boleh carik carikkan daun pandan atau carik daun pisang. Bila dah masak, tak jatuh beras . Jangan lupa letakkan sedikit gula di akhir bagi berkilat.

      Padam
  10. Salam kak Azie...sy nak cuba wt kek coklat,bleh kak share resipi??thanks ye

    BalasPadam
  11. salam kak azie. nak tanya, 500 gram ni dapat banyak mana ya pulutnya? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf saya tak pula timbang masa tu.

      Padam
  12. Saya buat pulut kuning untuk sambutan hari jadi suami saya hari ni. First time buat, alhamdulillah menjadi dan anak2 saya sangat suka. Suami saya terharu sangat. Terima kasih atas resipi ya!


    BalasPadam
  13. Saya pun dah berkali2 masak ikut resepi ni...menjadi. TQ

    BalasPadam
  14. Kak azie, terima kasih atas perkongsian resepi. Saya selalu masak follow resepi kak azie. Mmg sgt mudah & hasil mmg 5 bintang. Teruskan berkongsi resepi ye kak. Semua resepi akak saya cuba mmg sedap2 šŸ˜Š

    BalasPadam
  15. Slm Kak Azie...td sy belajar buat pulut kuning...tq atas perkongsian resepi..

    BalasPadam
  16. Saya pun dah prh buat 2 bpn lps. Anak bwk g sek. Cikgu & kawan2 nya kata best. Esk anak minta buat lg utk majlis akhir thn sek anak2

    BalasPadam
  17. smlm sy cuba resipi ni,first time buat pulut kuning,selalu mak buatkan tapi bila mak dah pergi selamanya bru nak belajar..alhamdulillah sy ikut step by step dlm resepi n menjadi..suami,adik,mak saudara semua puji kata sedap...terima kasih kak azie atas sharing resipi ni ��

    BalasPadam
  18. terima kasih puan, saya banyak ikut resepi dari blog ni alhamdulilah menjadi, semoga ilmu ni bermanfaat

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Boleh. Gula hanya untuk memberi sedikit rasa manis dan pulut yang cantik berkilat

      Padam
  20. Terima kasih. Saya byk belajar n rujuk blog puan bila takde idea nk masak apa atau masak benda baru. Minta halalkan ya.

    BalasPadam
  21. Terima kasih kak azie. Saya baru belajar buat pulut kuning untuk potluck sekolah suami. Hee

    BalasPadam
  22. Terima kasih kak azie. Sy pun baru cuba belajar buat pulut kuning

    BalasPadam
  23. Terima kasih azie. Semoga Allah melimpahkan rezekiNya kepada azie

    BalasPadam
  24. Raya ni nk buat pulut kuning..tq kak azie atas resepi

    BalasPadam
  25. Kak Azie.. Kalau guna santan kotak waktu bila nak masukkan minyak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang masuk minyak masa merendam. Ada yang masuk minyak dalam santan. Mana mana pun boleh asal sebelum kukus yg akhir

      Padam
  26. Salam kak azie nk tnya pulut tu x boleh lembik ka cmna?
    Bukan pa takut trlajak santan

    BalasPadam
  27. Terima kasih pn. Azie.....nk cuba resipi ni utk raya haji di perantauan ni....Naz

    BalasPadam
  28. Ni dikatakan ilmu yang bermanafaat.Terima kasih puan!

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum...wbt.
    Thanks Kak Azie share resepi Pulut Kuning ni. Minta halal ilmu resepi ya..

    BalasPadam
  30. Tq k.azie...info resepi yg details..raya nanti nk cuba buat la...

    BalasPadam
  31. Klau kukus letak dlm loyang boleh ke...

    BalasPadam
  32. Salam kak..dia kukus berapa lama agak2...kali ni suami2 plk masuk dapuršŸ¤£šŸ¤£

    BalasPadam
  33. Salam kak..kukus tu agak2 berapa lama ya????..ini kali suami2 pulak masuk dapur

    BalasPadam
  34. Azie, Ive been following you for years and your recipes are amazing

    BalasPadam