Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

22 Apr 2012

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis






Resepi ini saya ambil dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah selepas mengetahui yang saya amat meminati Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sejak remaja lagi. DDK juga telah mendapatkan Tengku Azizah untuk menandatangani buku ini yang pastinya menjadi salah satu koleksi kesayangan selama lamanya.






Menurut DDK, resepi ini adalah resepi turun temurun bapa mertua beliau yang berasal dari Kuala Lipis yang memang handal dalam bab masak memasak. Saya pernah merasa rendang ini yang dimasak oleh Bibik DDK. Hmmm memang sedap. Jadi saya ingin sendiri cuba memasak rendang ini sebagai koleksi masakan di blog Azie Kitchen. Resepi yang sedap ini semestinya boleh menjadi Keeper Recipe untuk kita turun temurun pulak.

Akhir sekali, terima kasih kepada DDK atas pemberian yang pastinya tidak ternilai pada saya. Semoga Allah memberkati beliau di atas perkongsian ini dan saya pula ingin memanjangkan resepi ini untuk dikongsi dengan rakan rakan pembaca sekelian. Resepi asal adalah untuk 3 kg daging, jadi saya mengubahsuai resepi untuk memasak 1 kg daging sahaja dan selepas menimbang bahan bahan, saya menukar dari gram menggunakan kuantiti jer.

Sangat sedap rendang ini. Alang alang dah buat rendang yang memakan masa berjam jam ini, saya terus lah menyediakan pulut kuning untuk dimakan dengan rendang. Klik di SINI untuk tengok resepi pulut kuning. Jom tengok resepi dulu....

 


Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Sumber: Buku Masakan Air Tangan - Tengku Puan Pahang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging
2 batang serai - titik
30 gram asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas - saya guna 1 sudu besar pes asam jawa
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula

Hiris:
100 gram bawang merah/10 ulas
10 gram bawang putih/3 ulas

Kisar berasingan:
200 gram bawang merah/20 ulas
70 gram cili kering/80 tangkai/1 mangkuk cili kisar - boleh kurangkan, jika tak mahu pedas
150 gram halia - cuma guna segenggam
7 gram kunyit hidup /1 inci
10 gram lengkuas/2 ibu jari
15 gram buah keras/5 biji

Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.


 
Masukkan cili kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.



Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)




Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 




Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga naik baunya.




Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. Nota: Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa.




Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.





Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning. 



 
 

16 ulasan:

  1. salam Zie, kak Noor dah copy resepi ni insyaallah esuk lusa ke akak buat hehee tpi rasanya nak tukar kan dengan ayam lah sbb kalau daging ada yg rak suke pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer Kak Noor. Tapi kalau ayam, lain sikit lah kot caranya sebab tak mahu ayam hancur. Kak Noor memang handal dalam bab ni. Lepas kak Noor buat, nnt share kat blog. Boleh juga I ikut cara Kak Noor buat rendang ayam

      Padam
  2. Salam puan....minta maaf mencelah.rendang puan itu masih boleh improve lg.jika nak betul2 jd hitam at least kene masak dlm 6 jam...then br bole dpt seperti rendang hj mahmud.if 2 jam kami panggil tu kelia or kalio.daging tu kalau boleh potong besar sikit.selalunye kami akan gune daging fresh.kami tidak akan rebus daging tersebut.sebab itu kami masak 6 jam.kene hati2 kacau daging sebab takut hancur nanti x cantik. daripada resipi dan gambar nampak dah betul.cume daging tu kecil sedikit. harap ini bole membantu.minta maaf kalau ada menyinggung perasaan puan. Sincerely....from someone who is related to allahyarham haji mahmud.....peace

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yg diberi. Tiada sebab utk merasa tersinggung. Saya hanya memasak sedikit sahaja dan kadang kadang kena sesuaikan dg keadaan terutama di saat kini di mana masa amat berharga. Itu yg saya rebus dulu dan masak hanya uk 2 jam sahaja. Tetapi maklumat ini sgt berguna utk mereka yg ingin menikmati keenakan sebenar rendang haji Mahmud Kuala Lipis

      Padam
  3. Balasan
    1. Cubalah utk kelainan dan mempelbagaikan resepi rendang

      Padam
  4. Akak, nmpk sgt sedap!! Tertelan air liur tengok gambar ni

    BalasPadam
  5. kak utk 1kg daging utk berapa org makan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tk pasti pulak. Standard macam masakan lain juga. 1 kg utk berapa orang makan yg you selalu masak. Saya masak di rumah sahaja. Jadi yg makan pun kami jer.

      Padam
  6. Salam kak..selamat hari raya..rendang ni memang x perlu taruk serbuk kari ye?

    BalasPadam
  7. Salam kak. Saya dah buat resepi ini lunch tadi...tapi versi derhaka..saya tukar ke ayam sebab malas nak tunggu lelama. Apa pun memang rasanya sedap.

    BalasPadam
  8. kenapa tak betul2 hitam mcam yang makan kat Lipis tu ye? Pening arrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lama lama berhari jadi lah warna nya hitam

      Padam
  9. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    BalasPadam
  10. salam akak, terima kasih share resepi niii.. weekend ni nk cuba masak dkt rumah

    BalasPadam
  11. Hmmm, saya dulu pernah bersekolah di sekolah Clifford Kuala Lipis bermula daripada tahun 1957 sehingga 1967. Masa itu rendang terkenal ini di buat oleh arwah Tuan Haji Mahmud sendiri. Setahu saya beliau berasal daripada Batu Sangkar, Pagarruyung, Sumatera Barat. Ini nyatakan sendiri oleh penduduk Pagarruyung semasa saya berkunjung ke sana 4 tahun lepas. Selepas Tuan Haji Mahmud ni meninggal restoren beliau diambil alih oleh Tuan Haji Malek yang juga berasal daripada Padang. Selepas Tuan Haji Malek meninggal kedai ini diambil alih oleh Jamil sehingga kini. Jadi rendang itu mengambil sempena nama pembuat asalnya iaitu "Tuan Haji Mahmud". Walau bagaimana pun setelah berdekad rendang yang dijual sekarang tidak sama dengan rasa yang asal dibuat oleh Tuan Haji Mahmud. Ini dapat saya sahkan sendiri kerana saya telah hampir 60 tahun merasa dan memakan rendang ini bermula daripada Tuan Haji Mahmud sendiri sehingglah ke sekarang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.