Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

25 May 2012

USA Part 2: Mengulangi Detik Indah Di San Francisco

Hari Kedua
3 Mei di USA (4 Mei di Malaysia)

Ok sekarang kita sambung catatan perjalanan kami di San Franciso seterusnya. Rujuk catatan sebelumnya di SINI.

Selepas bersarapan yang disediakan khas di Grand Ballroom, kami menaiki coach untuk program city tour. Sarapan hari ini memang disediakan khas untuk kami sahaja dengan mengambilkira peserta muslim. Jadi menu hanya berasaskan sayuran, telur dan makanan laut. Sedap pulak, balik nanti boleh cuba memasaknya sendiri, tapi dah boleh agak, anak anak mesti tak suka sayur sayuran tu.






Saya mengambil scramble egg yang dimakan bersama sauted mushroom dan spaghetti dengan sayur sayuran.






Kami memulakan city tour dengan pusing pusing sekeliling bandar. San Francisco adalah bandar yang memang berbukit bukit, ada lebih kurang 43 bukit kesemuanya. Setelah dibawa pusing pusing, barulah kami sedar yang hotel kami terletak berdekatan sahaja dengan butik butik terkemuka yang antara lain Coach, Ralph Lauren, Levis, De Beers, Zara dan banyak lagi lah. Yang seronoknya melihatkan Macy's juga ada berdekatan dengan Union Square, tempat peringatan San Francisco menyertai union. Amerika Syarikat terdiri dari union beberapa negeri yang mempunyai peraturan dan undang undang tersendiri. Coach kami berhenti di City Hall untuk membolehkan kami mengambil gambar gambar kenangan. Di sini rupanya ramai sekali homeless people yang menjadikan taman dan jalanraya sebagai tempat tinggal 5 bintang mereka yang full of star, kata tour agen kami.




Selepas itu, kami dibawa menuju ke Twin Peak, tempat yang pernah kami kunjungi 19 tahun yang lalu. Rasanya tiada banyak perubahan pun. Twin peaks terdiri dari 2 bukit yang dahulunya digunakan oleh bumiputra Amerika untuk meninjau dan berburu. Sekarang dijadikan tempat untuk pelancung meninjau bandar San Francisco dari atas. Saya dan hubby bergambar kenangan dengan ala ala posing kami dahulu.




Dari sana kami di bawa ke Fishermen Wharf, tempat di mana saya makan ketam setelah kelaparan kerana mencari makanan halal dahulu. Pada masa tu, saya sangat strict tak manu makan kalau tempat yang tak betul betul pasti, jadi dengan keadaan yang mengandung, saya agak keletihan.




Sementara menunggu makan tengahari saya mengajak hubby untuk makan ketam sebagai mengulangi kembali saat ini di suatu masa dahulu. Aduhaaaii sedap nyer ketam ni, memang fresh giler lah. 1 ekor dalam USD20, yang ditimbang ikut beratlah. Tapi sebab dah terlebih menghirup segala air garam dan lelemak rebusan ketam, petang tu juga saya kena alegik dan bengkak  serta gatal gatal seluruh badan. Terpaksalah menahan kerana ubat tertinggal di hotel.






Masa makan tengahari di Bubba Gum di Pier 39, saya masih kekenyangan. Tapi sempat juga menghabiskan Fish and Chips.








Selepas makan tengahari, kami menaiki cruise selama 1 jam dan melalui bawah Golden Gate Bridge. Saya dan hubby tertidur di dalam cruise sementara orang lain keluar menikmati keindahan persekitaran dari bahagian open air.





Selepas itu, kami dibawa pula makan malam di Neptune Restaurant, masih juga di Pier 39. Walaupun kekenyangan tetapi sempat juga, makan Dungeness Crab dari deep sea. Besar giler, aduhai tak habis. Lagipun badan dah rasa tak sedap dek alegik... tapi posing tetap posing kerana gambar adalah segala galanya, kekal abadi untuk tatapan di masa hadapan.







Dalam kekenyangan tu, saya sempat juga menghabiskan dessert kek lapis butter, coklat dan cream yang diletak ganache brown and white chocolate. Sedap ... rasa rugi kalau tak mencuba lagipun pakej percutian ini sangat mahal dan bertaraf 5 bintang. Semua makanan yang disediakan memang juga 5 bintang. 




Sesampai di hotel seperti biasa lepak lepak di lobi hotel untuk update facebook terutama dengan anak anak dan check blog. Update dan jawab apa yang patut kerana mata memang dah tak boleh dibuka. Selepas solat, terus tertidur keletihan...

OK kita berhenti di sini dulu ... jumpa lagi di catatan seterusnya di SINI.


2 comments:

  1. Salam kak Azie,
    amboi...seronoknya ye bejalan nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyifa, asal nama jer berjalan, memang lah seronok. Balik dari tu, yang kurang seronok.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.