Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 30 May 2012

USA Part 3: Let's Conquer Golden Gate Bridge



Catatan sebelumnya boleh rujuk di SINI. Pagi pagi selepas sarapan, kami bertolak ke Golden Gate Bridge. Matlamat adalah untuk conquer Golden Gate Bridge dengan menyeberanginya secara berjalan kaki. Panjang Golden Bridge lebih kurang 2 km. Selepas mengambil gambar, kami mula berjalan secara perlahan lahan.







Cuaca yang sejuk memang sesuai untuk berjalan sambil mengambil gambar di sepanjang jalan.






Akhirnya kami sampai di penghujungnya dengan mengambil masa 1 jam lebih lah jugak.  Di sini lah tempat kami pernah menjejakkan kaki 19 tahun lepas. Di sinilah tempat kami berposing.





Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Sausalito, saya hanya turun bas untuk mengambil gambar sahaja. Tak ada apa yang menarik sangat pun di situ, selain ianya menjadi tempat penggambaran banyak filem filem kerana pemandangan yang cantik.






Dari situ, kami makan tengahari di Nan Restoran yang berdepan dengan hotel kami, jadi sementara menghantar barang ke bilik, saya sempat bersolat dulu.





Dari situ, kami menuju ke Vacaville Premium Outlet yang terletak di Sacremento yang merupakan ibu negeri California. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam juga dan melalui Oakland Bay Bridge yang panjangnya lebih kurang 8km.





Saya dari dulu, kurang gemar ke factory outlet memandangkan barang barang yang dijual dah fesyen lama dan harganya boleh tahan juga mahalnya. Barang yang saya rasa benar benar murah ialah tuala Polo Ralph Lauren, murah berbanding dengan harga tempat kita. Kasut sketchers yang saya cari juga mahal di samping design yang tak menarik langsung.

Tapi alang alang ke sana, saya beli juga beberapa handbag Coach dan Michael Korrs untuk anak anak saya. Itupun kalau ikut saya, memang semua tak berkenan, terpaksa minta talian hayat dari Nellisa untuk tanya ok tak design sebelum dibeli.  Selain itu, saya beli juga kemeja Polo Ralph Lauren,  seluar jeans Calvin Klein dan beberapa helai seluar dan baju jeans Levis.

Saya ambik bas pukul 7 lebih untuk balik ke San Francisco. Balik bilik badan dah penat, masak mee maggi, solat dan terus tidur. Esok aktiviti bebas, saya bercadang untuk menerokai kedai kedai sepanjang Union Square tempat hotel kami, Hilton San Francisco Union Square.




OK hingga jumpa lagi di catatan akan datang. Yeah nanti boleh klik di SINI.


8 comments:

  1. wow... very nice vacation kak...terkesima seketika... salam singgah from fnf Chiba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FnF, terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa utk menulis sepatah dua

      Delete
  2. Salam Pn Azie, really enjoy looking at all your photos...best sangat...you and yr hubby are so romantic... .suka sangat....hihihi....didoakan agar berkekalan selamanye..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, we really enjoyed our holidays. Terima kasih atas doa diberi. Amin.

      Delete
  3. seronoknya melihat kebesaran Allah di negara orang..
    Bershoping adalah antara acara yang tak boleh lari apabila berjalan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibundo, betul yg dikatakan jauh perjalanan luas pemandangan. Rasa macam sentiasa nak bercuti kerana sangat itu adalah saat yang mengembirakan, apalagi jika dapat bershopping pulak

      Delete
  4. salam Zie, yang best sekali part shopping tu kan agak2 nya borong apa ya heee mesti luggage lebih ni kan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, US kita dapat 23kg seorang, jadi tak ada masalah excess baggage. Memang dah plan supaya tak lebih. Bawa baju sikit jer

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.