Iklan Nuffnang

Iklan

24 Mei 2012

USA Part 1: San Francisco Menggamit Kenangan





Hmm ke San Francisco lagi, selepas 19 tahun. Kami ke sini pada tahun 1993 sewaktu sedang mengandungkan Boy, anak lelaki sulung. Pada masa itu, belum ada banyak kemudahan teknologi seperti sekarang yang membolehkan kita mendapat banyak maklumat sebelum berlepas. Hanya di airport, baru kami membuat tempahan hotel. Ingat lagi dari airport ke hotel, terpaksa ambil limousin kerana kami sudah memborong banyak barang di LA, Atlanta dan Florida. Pada masa itu, kami memborong bedding set dan cookware set TEFAL yang mahal harganya di Malaysia.

OK lah kita bercerita trip 2012 lah pulak ya. Bertolak dari rumah ke airport pada pukul 11.40 pagi selepas siap memasak, makan sarapan dan update blog untuk entri Mee Hoon Goreng San Francisco. Klik resepi di SINI. masakan yang memang tak dirancang, disiapkan dalam 40 minit kesemuanya. Semua terkocoh kocoh, berpeluh peluh masa bersiap. Hubby dah bising, siap sound yang kapalterbang tak tunggu kita. Huhuhu terima kasih pada Bad, Zaki dan Mus yang telah menghantar kami ke airport. 

Selepas solat, kami boarding EVA Air pukul 3.20 petang untuk transit ke Taipei dulu selama 3 jam sebelum ke San Francisco. Inilah kali pertama menaiki EVA Air. Not bad, agak selesa tempat duduknya. Sebelum boarding, sempat juga meninjau ninjau harga handbags Coach di Butik Coach KLIA. Ohh rupa rupanya harga lebih murah dari butik di shopping mall. Ada yang hampir RM600 lebih murah, banyak tu. Kalau tak ke US pun, boleh jer beli di KLIA dengan mengirim pada sesiapa yang balik dari luar negara kan? Sempat ber bbm dengan Nellisa dan Juita pasal harga handbag  Coach di sini. Boy dan Aween pula menghantar bbm pada hubby untuk barang barang yang mereka inginkan.

Lima minit sebelum mendarat, cuaca sangat buruk. Masa 5 minit terasa amat panjang dan saya hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan tidak putus putus berzikir. Akhirnya kami mendarat di Taiwan Taoyuan International Airport dalam pukul 8.50 malam dan transit di sini selama 2 jam. Saya bersolat di bilik nurseri yang disediakan di sini. Seronok juga menjamu mata di butik butik terkenal di airport ini yang di antara lain termasuklah Gucci, Salvatore Ferragamo dll. Tapi malas nak pusing pusing pun sebab balik nanti akan transit di sini juga. Jadi lepak lepak sambil membaca email dan facebook jer...







Kami menyambung perjalanan ke San Francisco dengan EVA Air BR0028 dan tiba di San Francisco International Airport  pukul 7.44 malam local time. Selepas immigration clearance, kami berkumpul menunggu semua rombongan selesai. Memang lama juga proses immigration clearance untuk sorang sorang. Walaupun kalau diikut waktu tengah malam semasa kami bertolak dari Taipei, sepatutnya sekarang jam 10.44 pagi. Tapi sebab tiba di sini, tarikh kembali ke 2 Mei malam, dengan sendiri kami jadi mengantuk.  





Kami menginap di Hotel Hilton  San Francisco, Union Square yang bertaraf 5 bintang di sepanjang tempoh percutian di San Francisco. Dekat sahaja dengan airport, dalam 30 minit sahaja. Selepas mengambil kunci, kami masuk bilik dan mendapati barang barang telah sampai di bilik masing masing. Wah sangat efisyen. Kami terus berehat kerana perlu bangun awal bagi memulakan lawatan keesokannya.

Bilik cantik walaupun agak kecil sedikit berbanding dengan hotel setaraf di negara lain. Tapi bantal dan tilam .. wow wow the pillows were fantastically comfortable. Pendek kata, the pillows were to die for lah. I had a good night sleep every night during my stay. The king size bed pun sangat comfortable sehingga saya pergi ke Macy's untuk mencari mattress pad atau mattress topper. Tapi kerana ianya agak besar, menyebabkan saya tak jadi membelinya kali ini. Saya memberitahu hubby yang saya tidur umpama permaisuri kerana bantal dan tilam yang sangat selesa dan mewah...






OK nanti kita sambung lagi catatan seterusnya di SINI. Tadaaa ....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.