Iklan

Iklan Nuffnang

2 Sep 2015

Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris






Sebelum masuk bab resepi lauk Ayam Masak Merah yang sangat sedap ini, seperti biasa saya ingin selitkan sedikit nota catatan dari Kuliah Ustaz Zaid dalam Bab Erti Jalan Yang Lurus. Kita lupa bahawa nikmat adalah dari pemberi nikmat jadi tak usah resah bila hilang atau kurang kerana Allah berhak memberi dan mengambil. Kena yakin kalau bukan rezeki kita, dalam mulut pun jatuh. Itu rezeki lalat. Kalau rezeki kita, ikan di laut asam di darat dalam kuali kita punya juga. Apa nak bimbang dengan bab rezeki. Jangan rasa majikan yang bagi rezeki kita. Cth Allah hendak kita jadi orang bertaqwa sampai pada KPI yang Allah hendak, Allah akan bagi rezeki yang tak disangka sangka. Ayat 1000 dinar. Yakin tak? Analogi bab yakin ialah bila mana kita melihat seorang penembak tepat yang membuat show di mana anaknya sendiri yang berdiri dengan diletak epal di atas kepala. Bila ditembak, berkecai pecah buah epal di kepala. Ini adalah kerana dia yakin yang dia adalah penembak tepat. 3 kali berjaya menembak secara tepat, jadi kita yang melihat pulak, bagaimana? Adakah kita yakin yang beliau adalah seorang penembak tepat? Jika yakin, kalau kita disuruh berdiri dengan epal di atas kepala, berani tak kita melakukannya selepas melihat dia berjaya menembak secara tepat sebanyak 3 kali? Kalau kita tak berani, maknanya kita tak yakin. Keyakinan adalah iman merupakan satu perkara di luar logik tapi illogical. Akal boleh terima tapi hati tak boleh terima. Itu sebab kita tak berani berdiri dengan epal di kepala. Ini lah tandanya kita tak ada keyakinan. Sekarang kita masuk bab resepi dan masakan pula.





Walaupun saya telah menpunyai beberapa resepi Ayam Masak Merah yang sedap, antaranya resepi cara masakan kenduri di Selangor di SINI dan Ayam Masak Merah cara kenduri Kelantan yang sebati dengan selera saya di SINI, namun saya masih mahu mencuba resepi ringkas dari Wan Chu yang berpangkat mak saudara pada Encik Hubby. Wan Chu memang handal dalam bab memasak. Semua main campak campak dan sangat cekap di dapur. Beliau boleh memasak beberapa jenis lauk dalam masa yang singkat sahaja. Oleh kerana Wan Chu tidak menpunyai sukatan, maka saya terpaksa menelefon meminta beliau mengagak bahan yang digunakan. Maklum masa tu tak teringatlah pula untuk menyalin sukatan, kemudian hubungan pula lebih 20 tahun lamanya terputus. 

Bahan yang digunakan Wan Chu sangat ringkas iaitu cili kering dikisar bersama halia dan bawang merah serta sos cili sebagai bahan utama. Bawang putih tidak digunakan walaupun boleh juga dimasukkan jika suka. Hahaha bahan lain pastinya lah gula, garam dan serbuk perasa. Manakala bahan lain seperti susu cair, kacang peas, bawang besar mayang adalah berdasarkan pemerhatian saya semasa melihat beliau memasak. Kira macam opsyenal lah kalau untuk dihidangkan pada tetamu atau majlis kawin dsb. Tapi kata Wan Chu kalau untuk makan sendiri atau untuk berjualan, resepi yang diberi cukup sedap sehingga setiap hari jualan nasi lemak Ella, menantu Wan Chu sangat laris dan laku ayam masak merahnya. Sos cili yang menjadikan kuahnya sangat sedap dan berminyak cantik. Oleh kerana ada stok susu cair, saya masukkan juga dalam 1-2 sudu besar, bila dah dimasukkan susu warna sambal juga berubah warna cerah sedikit. Yang lain lain saya tak letak kerana saja lah ingin merasa keenakan Ayam Masak Merah seperti yang dihasilkan Ella yang sangat laris tersebut. Memang inilah a keeper recipe untuk ayam masak merah yang saya nikmati keenakannya dan dikenang berpuluh tahun lamanya. Selain itu masakan yang menjadi kegemaran saya yang biasa disediakan Wan Chu ialah Pajeri Terung dan Ikan Sweet Sour. Saya akan kongsikan resepi Pajeri Terung versi Wan Chu yang sangat sangat sedap dan menepati selera saya yang cerewet ini di entri akan akan datang...

Sangat sangat sedap. Itu sahaja yang mampu saya katakan berkenaan resepi ini. Bahannya ringkas, cara penyediaannya yang mudah dan cepat. Balik dari pejabat, saya terus ke dapur dan mula memasak 2 jenis lauk sekali gus iaitu Ayam Masak Merah dan pajeri Terung. Saya dengan tidak rasa bersalahnya makan menambah nambah walaupun dah lama tak menjamah nasi. Kira buat selamba jer, tak ada rasa guilty pun. Akhir sekali, terima kasih pada Wan Chu kerana sudi mengajar Zie menyediakan resepi hebat ini. Jom layan resepi dulu....




Ayam Masak Merah Wan Chu
Oleh; Azie Kitchen


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1/2 mangkuk kecil cili kisar - 25 tangkai cili kering
1/2 mangkuk kecil cili sos Jenama kimball - guna 1/2 botol kecil
2 - 2 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ibu jari halia

Bahan lain - opsyenal:
1 labu bawang besar hiris bulat 
1 tin kecil kacang peas 
1/2 tin susu cair 
1 biji buah tomato - belah 4 
Daun sup/daun bawang - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.





Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan masak seketika.





Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak serta berwarna cantik. Siap dan bolehlah ditutup api.





Nota;
Jika menggunakan bahan bahan lain, masukkan susu cair, kacang peas dan juga bawang besar hiris selepas dimasukkan ayam goreng. Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka sebelum dihidangkan.





18 comments:

  1. dah penah try masak a yam nak merah guna resipi k.azie sebelum ni... memang SDAP!

    ReplyDelete
  2. Hi Azie, Amboi, sedapnya dengan nasi....Mesti cuba.

    ReplyDelete
  3. fuyoo! sedap ni.. lama tak buat ayam masak merah :))

    Tips rancang kehamilan

    ReplyDelete
  4. Nak masak ni lah hari ni...terima kasih kak

    ReplyDelete
  5. Thank you very much kak azie, this is my family favourite dish๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. Thank you very much kak azie, this is my family favourite dish๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah bleh cuba hari nie

    ReplyDelete
  8. Sama mcm resepi mak sy.. Tp masa tumis letak serai.. Susu tu ganti dgn santan :)

    ReplyDelete
  9. Klau ayam dgoreng separuh masak x mentah ker isi dalamnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lah saya kira betul betul setengah masak. May be 3/4 masak. Bila dimasak lagi dg kuah sambal, akan masaklah. Ayam kan cepat masak. Yg penting jangan goreng masak, nnt ayam jadi keras.

      Delete
    2. Cara Puan masak saling tak tumpah macam Mama saya masak. Tahniah Puan. Harapnya teruslah menulis dan berkongsi menu kasih sayang Puan ya. Sedap dan lazat.

      Delete
  10. Salam kak, maaf bertanya...1/2 mangkuk cili kisar dan 25 tangkai cili kering tu, option ke? atau dua2 mmg kena masukkan?

    ReplyDelete
  11. Sy dah try msak dan tros mkn..sedappp!!mkn dgn nsik pns,perghh!!

    ReplyDelete
  12. Salam ,kak maaf saya baru nak belajar masak. Tomato tu nak belenda atau pun masuk je dalam sambal nye .. ��

    ReplyDelete
  13. Hari ni masak ni...tpi ayam gnti dgn telur... mmg umph! Heheh.. resipi akk mmg ringkas2 dan sedap. Mmg bookmark buat rujukan. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.