Iklan Nuffnang

3 Aug 2014

Ayam Masak Merah Yang Paling Best





Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.






Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa kami.

Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah meratah ayam masak merah yang dihidangkan walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh jer menyediakan nasi minyak atau nasi tomato kerana semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun masak. Tapi memikirkan hidangan petang, pasti nasi tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala, nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.  

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat melekat giteww...



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 







Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.




Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.






Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.





Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.






36 comments:

Lovely Detox said...

Emm..sedapnya kak.mintak izin ambil resepi yea kak..

pB said...

Minta izin utk copy

Ita Rossi said...

salam Azie. Selamat hariraya. Kalau ditempat saya ayam masak merah yang dicampur santan macam ni dipanggil Ayam Rose. Memang sedap. Sama selera kita.

Azie said...

Rasanya kalau tak letak santan pun sedap juga.

Bearcat said...

Kalau di tempat saya masakan ni dipanggil Ayam Masak Ros. Kalau tanpa santan baru dipanggil Ayam Masak Merah :)

Biasanya untuk Ayam Masak Ros, saya gantikan santan dengan susu sejat. Lebih sedap.

~lin~ said...

waa..sedapnye..terliur pulak saya.klo balik segamat rmh mentua, inilah dia yg mak mertua saya sediakan utk mkn dgn ketupat.mmg best.tp ade la tambh lg bahan2 nye.gula melaka, serai, sos tomato.

zubaidah abu bakar said...

Sedapnya...terima kasih share

azril said...

Saya da try td kak.. Terbaeqq

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Thanks for sharing sis.Nice recipe

ida ahmad said...

Yeah, bakal ditorai nanti

lia ummiirfan said...

oooo... rahsianya letak sedikit santan ekk.. oraitt.. thanks for the tips! :)

Aina said...

salam kak azie, saya dah cuba resepi ayam masak merah ni, tersangat sedap. Terima kasih kak atas perkongsian resepinya.

Nur Diana said...

Hmmm sedapnya.. Terima kasih share resepi.. InsyaAllah balik nanti saya cuba :) Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com

Mommy zara said...

bestnyer ayam masak merah..suka sgt.
www.chekuseeha.com

Zulaikha Abd Razak said...

Saya dah try.thanks atas resepi.sedapp :)

yustiani yunus said...

Assalamualaikum Pn.Azie..sy memang suka sngt cube resepi dr blog ni..memang mnjadi..n sedap..tq for sharing..jemput singgah ke blog sy..naniarshad.blogspot.com...sy masih baru lg dalam dunia blog ni..salam perkenalan..:)

Rozana Rosedi said...

As salam...sy pernah cb resepi ni n hr ni pun sy msk ayam msk ros lg...mmng sdp..tq kak azie...

Rosemela Nuzreen said...

Hi azie, seriusssss bahan2nya simple..ni kena save jugak resepi ni for future use. Nway, TQ for sharing. Jemput follow blog saya juga ye Azie:
www.ereensuperduperstory.com

Sarah Iqbal said...

Memang terbaik top,semua resepi azie memang Sedap,thanks

redlite on said...

Emm..memang terliur la nengok resepi ni

fitriah said...

Baru pas try buat..mmg puas hati..sedap sgt

Hasnieda Mohamad said...

Sungguh menyelerakan

super mummy said...

Tried this today, and it was very, very good! Thanks!

D'Umairah.Blogspot.Com said...

minta izin utk share. Tqvm

Jannah F said...

Sodapnyaaaaa. Mlm ni juga saya try! Jom lawati blog saya: http://hargasetkesuburan.net utk tips2 kesihatan keluarga

Nurul Fatin Izzaty said...

Dah try. Mmg menjadi n sedap. Tq for the recipe :)

tan yongsheng said...

Kini giliran sye pulak try resepi nie.. Smua wanita komen.. Segan sye..kikiki.. #azhar#fb jap are#peace yowww...

Azieq Azwan said...

Salam kak azie , semalam dah try masak , perghhh memang sedap , nasib baik menjadi , biasalah saya ni lelaki , umur pun baru 20tahun , duduk rumah bujang dengan 2 orang kawan , bila turn saya masak tu nasib baik jumpa resipi akak ni , terliur rasanya , hahah , mak pun suruh masak sebab nak merasa air tangan anak lelaki dia ni �� , akak nak tau , habis licin kuali kawan saya ratah sampai masukkan nasi dalam kuali hahaha , terima kasih atas resipinya kak , harini nak buat lagi hantar kat my mom ��

Yours Truly said...

Sis, kalau ikut resipi cili kerin kisar 15-20 biji. Nanti pedas tak? Sebab anak2 tak suka makan pedas

Rafidah Mat Akhir said...

sy tgh masak ikut resepi akk ni....hihihihi

OLYJKAS said...

nk sdp lg titik sbtg serai msa mnumis bwg tu tumis serai jugk..hmm aromanya ...menyelerakn ..

OLYJKAS said...

nk sdp lg titik sbtg serai, tumis skali dgn bhn2 tumis td..mmm aromanya mmbngkit selera

Norsila said...

Sgt sedap..dh cuba tadi. Terima kasih

nurazah mohamad nor said...

Assalamualaikum sis Azie..mohon share yer resepi ni��

Norzi beautilicious house said...

Tqvm share ya kak..nan norzi pun nk try. Tq again

Hanina Sulaiman said...

Macam nak try jugak... ;)