Iklan

Iklan Nuffnang

6 Aug 2015

Ayam Masak Serai Yang Sedap






Sebelum saya meneruskan coretan saya berkenaan resepi Ayam Masak Serai, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog Azie Kitchen yang telah sudi untuk klik iklan Nuffnang yang sentiasa setia menari nari di blog saya. Saya boleh melihat perubahan statistik Nuffnang yang semakin meningkat dalam masa beberapa bulan yang lepas. Dah lama menunggu iklan Adsense muncul di blog saya, tapi belum juga muncul muncul. Alhamdulillah ada iklan Nuffnang. Terima kasih tidak terhingga. OK berbalik kepada resepi, saya menyediakan lauk Ayam Masak Serai pada hari raya kedua. Kot lah anak anak jemu makan rendang dengan lemang jer. Jadi dimasaklah nasi putih. Tapi akhirnya beberapa orang sahaja yang makan. Yang lain masih kekenyangan dengan juadah raya yang pelbagai. Hari itu juga Nana menyediakan lagi sekali Kuah Lodeh di SINI dan saya pula memasak Kuah Kacang dengan Daging di SINI. Kalau diikutkan resepi, serai mestilah benar benar garing dan kering tapi saya dah tak sanggup nak menunggu ianya menjadi kering kerana waktu berbuka telah hampir tiba. Tahun ini saya mula berpuasa enam lebih awal. Ini adalah kerana saya tidak mahu perut terkejut selepas sebulan berpuasa, tiba tiba boleh makan pelbagai makanan dengan banyak.





Lauk ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tapi juga boleh dimakan dengan nasi impit. Saya menggunakan semua bahagian paha ayam yang dibeli sehari sebelum raya kerana tahu anak anak menyukai bahagian paha. Jom tengok resepi yang mudah ini. Selamat mencuba....




Ayam Masak Serai

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 2inci x 2 inci
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya
2 keping asam keping
Garam 
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
20 tangkai lada kering - dibuang biji dan direbus

Cara cara:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.

Tumiskan bahan bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. 

Angkatkan dan boleh dimakan dengan nasi putih panas panas atau dengan nasi impit.



12 comments:

  1. aduh sedapnya. tengah puasa nih rasa nak makan sekarang je.hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, nanti saya nak cubalah buat.
    bahan-bahan pun mudah je..

    ReplyDelete
  3. kalau diletak daun kari sekali dgn serai pun sedap.

    ReplyDelete
  4. Nanti che mat nak cuba resipi ini...terima kasih kak, sudi berkongsi resipi...

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak... nak try resepi ni pulak..

    ReplyDelete
  6. dah try semalam...mmg sedap.. cuma saya tambah daun bawang.. tks for sharing k azie :)

    Shila

    ReplyDelete
  7. Hmmm sedap..boleh cuba nie.

    ReplyDelete
  8. Tq kak azie, resepi2 akk semua sgt membantu. Kalau cari resepi mesti pegi blog akk dulu. Semoga Allah memberkati akk selalu

    ReplyDelete
  9. Sedap.da try td sampai anak n asben puji..terims kasih utk resepi ini

    ReplyDelete
  10. sedapnya resepi ni... boleh cuba buat ni.. :-)

    ReplyDelete
  11. Saya dah cuba. Mmg sedap resipi ni👍

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.