Iklan

Iklan Nuffnang

21 Jul 2015

Soto Ayam Azie Kitchen Buat Tetamu Aidil Fitri




Hari Raya ke3, Nana menyediakan Soto Ayam menggunakan resepi yang saya gunakan selama ini di SINI. Soto Ayam disediakan sebagai hidangan untuk jiran kami Dr Roslan dan keluarga serta sahabat Nana, Dr Farirruddin dan Dr Akmal yang singgah beraya. Nana seorang anak yang sangat periang. Kadang kadang saya ketawa sendirian dengan gelagat dia. Apa tak nyer, bila di dapur bising dengan gelak tawa sambil mengusik adik adiknya. Bukan apa, risau kot terjadi apa apa bila mereka suka bersenda gurau di dapur. Semasa dia sedang memasak sambal kicap, habis orang dipaksa merasa nya kerana katanya terlebih masin. Dipaksa Aween untuk merasa juga. Tapi dia berjaya adjust sehingga menghasilkan sambal kicap yang sangat sedap. 






Memang sedap soto yang disediakan sehingga kami makan menambah nambah, terutama bila dimakan dengan Sambal Kicap Kak Yatie yang sangat kaw kaw dengan pedas dan masin manis. Semuanya secukup rasa. Pendek kata saya sangat berpuashati dengan resepi ini. Lebih lebih lagi dimakan dengan Begedil yang menjadi rebutan. 3 dulang besar habis licin. Nantikan resepi begedil dalam entri akan datang.

Ada yang menulis mengatakan sangat pelik bila saya memasukkan santan ke dalam kuah soto. Tapi pada saya tak perlu merasa pelik kerana ianya tidak menjejaskan rasa soto asli, malahan lebih sedap lagi. Lagi pulak, resepi ini saya pelajari dari Kak Yatie yang memang berasal dari Johor dan tinggal juga di Johor. Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah menggunakan resepi ini dan rasakan sendiri keenakannya. Tidak rugi mencubanya.

Jom layan resepi dulu. Soto ini sangat sesuai dimasak di musim perayaan ini untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang...




Soto Ayam Azie Kitchen

Bahan bahan: 
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
2 sudu besar serbuk lada putih 
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga 
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
3 batang serai - ketuk 

Cara cara: 
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. 

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 

Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam. 

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Tengok 3 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini. 




Sambal Kicap Kak Yatie:
Segenggam cili padi 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair 
Gula

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula. 


Sambal Kicap Feeza:
Blend cili padi dengan bawang goreng dan kicap lemak masin. Masak cili dan masukkan cuka. Tutup api. Tumbuk bawang putih, kemudian goreng dengan sedikit minyak sampai warna keperangan. Tuang dalam cili tadi. Gaul rata. 


Sambal Kicap CMG: 
Tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan. 


Bahan bahan Lain: 
Taugeh – goreng tanpa minyak seketika 
Daun sup – hiris 
Daun bawang – hiris 
Bawang goreng 
Mee hoon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur 
Nasi Impit – potong kecil





16 comments:

  1. Salam Aidilfitri Kak Azie..

    Bagi sy tak pelik memasukkan santan ke dalam soto sebab saya juga letak santan (ikut resepi emak. Setahu saya itulah resepi soto asli yang seakan-akan Soto Madura cuma Soto Madura ni ada bau jamu sikit (lebih keindonesiaan). Saya cukup kurang gemar kalau soto cuma menggunakan rempah sup semata2.

    ReplyDelete
  2. Blh gantikan serbuk lada putih dgn serbuk lada hitam tak.
    lg satu apa beza serbuk lada putih ngan hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa keduanya memang berbeza. Tapi kalau dah tak ada lada sulah, bolehlah masukkan lada hitam. Kena buat ekperimen sendiri.

      Delete
  3. Terima kasih Azie krana bgitu ikhlas memberi resepi.selamat hari raya utk Azie skluarga

    ReplyDelete
  4. As salam..kak azie nak tnya la...menu ni sesuai utk berapa org makan ye..? sebab saya pun nak buat soto ayam akak ni utk menjamu kawan2 dtg beraya...

    ReplyDelete
  5. Tak sabar rasanya nak cuba resepi kak azie.
    untuk berapa org makan ye resepi tu?
    hujung minggu ni akan buat open house.
    Saya ada juga beli perencah soto maharani Muar.
    boleh ke kalau campur sekali dgn resepi kak azie ni?

    ReplyDelete
  6. Salam kak Azie :)

    Hajat nak buat soto untuk open house weekend ni tapi tak expert nak masak XD Air yang dimasukkan tu cukup untuk tenggelam kan ayam ke mcm mana? Selalunya kak Azie letak banyak mana? Lepas tu, resepi ni utk berapa orang? Hehe. Terima kasih kak Azie :)

    Aishah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ini yg susah nak jawab. Sebab saya akan letak air yg agaknsesuai dg rencahnya. Soal brp org makan pun susah juga, sb saya tak buat utk tempahan dsb. Memang ramai jer blh makan. 20 org pun boleh. Sebab kami makan menambah dan berulang ulang.

      Delete
  7. Puan.. Sy prasan puan punya resepi byak pakao sukatan cawan.. Puan pkai cawan bsar mana ya? Ke puan pakai measuring cup? Sbb bru bjinak2 nak masak ni hihi

    ReplyDelete
  8. Assalam cik Azie. Saya dah banyak kali follow resipi ni, memang sedap. Saya nak ucap kan terimakasih pada Azie for sharing the recipe. Semoga Allah membalas kebaikanmu. Tq.

    ReplyDelete
  9. Salam aidilfitri utk kak azie sekeluarga..1st of all..sy peminat blog masakan k.azie, if ade je terlintas nk masak sy akn buka blog akak..n the result of the cook was fantastic..tq atas perkongsian ilmu memasak..moga akak dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah ya

      Delete
  10. Saya kerap mengambil resipi2 dr puan..ternyata semua resipi yg puan share menjadi dan selalu dipuji oleh arwah suami, anak2, ayah, ibu dan tetamu...ptg ni saya nak masak soto untuk tetamu yang bertandang malam ini..terima kasih..semoga puan mendapat barakah nye..

    ReplyDelete
  11. Assalam kak azie..
    Selamat Hari Raya..
    Sukatan yang kak azie bagi tu..untuk berapa liter air ye dan santan tu kalau saya guna santan kotak je ok tak?..huhu..Jumaat ni nak buat makan makan sikit..nak buat soto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Air agak agak jer. Jangan terlebih nnt tak cukup dg rempah. Biasa saya letak dalam 2- 2 1/2 blender air. Boleh letak santan apa pun.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.