Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 23 June 2012

Soto Ayam







Resepi ini ialah resepi yang saya gunakan untuk menyediakan Soto Ayam terutama untuk majlis rumah terbuka kami sejak berbelas tahun lamanya. Resepi ini saya perolehi dari Kak Yati, bekas rakan sekerja yang memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Johor. Selain untuk majlis rumah terbuka, saya pernah juga menggunakan resepi ini untuk menyediakan soto untuk jamuan keluarga pada hari saya berangkat menunaikan Fardu Haji pada bulan November 2006. Bila saya menyebut saya sudah mengerjakan Haji, ada yang menulis kata saya takbur. Sebenarnya dengan sentiasa mengingatkan bahawa kita adalah Hajah adalah lebih mengingatkan kita dalam bertingkah laku. Mempunyai duit berjuta, belum tentu dijemput Allah sebagai tetamuNya. Apalagi nak ber sms memburukkan orang lain, seolah kita lah yang terbaik. Tinggalkan lah orang macam tu, Azie. Sabar jer lah, dalam hidup memang berlawanan baik jahat, syurga neraka, cantik hodoh kan. Mereka agaknya lupa, yang rezeki tu di tangan Allah. Itu sebab ada orang kawin tak dapat anak kalau rezeki belum sampai. Tak mahu saya mengikut rentak mereka yang jahiliah itu. Ok berbalik pada resepi ini, setakat ini, saya memang berpuashati atau mungkin juga kerana saya tak pernah mencuba lain lain resepi soto kot. Jadi macam mana nak dibuat perbandingan kan? Hari ni saya jadi kembang semangkuk bila hubby memuji kuah soto saya yang sedap. Biasanya dia tak akan memberi feedback sehingga ditanya. Selain Soto Ayam, saya juga belajar membuat Masak Lodeh dengan Kak Yati di SINI.  






Soto tidak lengkap tanpa begedil. Kerana begedil juga lah, hajat nak memasak soto selalu tertangguh. Kalau dulu, pembantu rumah saya yang akan ditugaskan memasak begedil. Walaupun membuat begedil tidak susah, tapi saya agak kemalasan untuk menyediakannya seorang diri. Kalau dulu, begedil yang ditayangkan sebelum ini dibuat oleh Nana. Tapi semalam, tiba tiba jer ada bekas rakan sekerja yang datang ke office menjual makanan frozen. Saya pun terus membeli 2 pek begedil frozen. Dalam hati, terus terfikir untuk membuat Soto Ayam. Yeaay seronoknya... sorakan orang malas. Kalau sesiapa nak buat begedil sendiri, boleh tengok resepi di bawah atau resepi begedil saya dulu di SINI.

Jom layan resepi dulu...




Soto Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 




Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.


Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap.  Masuk kicap cair dan gula.


Bahan  bahan Lain
Taugeh – celur
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil






Begedil
7-9 biji kentang – rebus/goreng
1/2 kilo daging kisar
2 pokok daun sup - mayang halus

Bawang goreng
2 biji telur
Garam

Satukan daging dengan kentang yang telah dilecek. Masukkan telur yang dipukul sedikit. Kepalkan dan salut dengan telur yang dipukul dengan sedikit garam. Goreng sehingga kekuningan.

Selamat Menjamu Selera. Ini makan malam saya hari ini...










34 comments:

  1. as-salam sis..
    malam2 nih terliur i tgk soto u sis, x tahan rasanya..terus perut munyi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh sis, I tengah kembang semangkuk ni sebab dapat pujian dari hubby. Dia kata kuah soto ni sedap, sedap dimakan dengan nasi putih juga. Biasanya dia jarang bagi komen sehingga diminta.

      Delete
    2. alhmdlhh sis..besar pahala dpt membahagiakan hati suami kan..

      Delete
    3. Alhamdulillah, kita mahukan kehidupan abadi. Gunakan dunia sebagai vehicle to reach the destination. Semoga usaha kita mendapat ganjaran pahala dari Allah. Ameen

      Delete
  2. Lorr awat lak nk kate Azie takbur lak bukan ler guna pangkat hajjah pun isk manusia nie kalau nk dengki ngan org memacam benda leh jd punca tah ape2 tah..Btw sedapppppp nyerrrr soto tuuu isk isk isk mengancam jiwa sungguh lah..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5,sahabat kesayangan ku. Terima kasih kerana menyokong dan mendampingi. Kebetulan pulak sebenarnya entri soto ni dimasak semasa kami bertolak ke Tanah Suci. Tak apa lah, semoga Allah tunjukkan dia jalan yang benar.

      Sis, I baru lepas makan soto ni. Aduhai sedap lah sangat. 2 pinggan habis tadi, tak boleh nak stop.

      Delete
  3. SALAM AZIE.....NAMPAK SUNGGUH MENYELERAKAN SOTO TU....TANGKAP LELEH NENGOKNYA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Noor, terima kasih kerana sudi singgah. Jemputlah masuk. Nak bersila pun boleh

      Delete
  4. rajinnya Azie buat soto ni rumit tau,kena banyak kaki tangan ni baru cepat,akak kalau buat tunggu raya hahaha baru ramai yg menolong tapi mmg sedap lah nampaknya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, memang lah best kalau ada pembantu. tapi kita sorang sorang jer bersilat kat dapur. tak ada siapa sudi bantu. sambil goreng nasi, sambil buat apam tepung beras, sambil juga buat soto. bergerak serentak gitu.

      Delete
  5. salam, best lah blog akak ni byk resepi yg sy nak cuba ada kat sini. utk resepi soto ayam ni untuk brp org mkn .sukatan air pulak camne?.klu kita x ltk santan x sdap ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anazira, kalau seekor ayam utk makan 10 orang pun boleh. Kalau nak makan utk ramai orang, tambah jer bahan bahan rempah tu 2x atau 1/2x lebih dari sukatan biasa. Keunikan resepi ini adalah kerana ada santan. Ada resepi yang tak guna santan di dalamnya. Tapi saya suka sangat resepi ini. Hampir 20 tahun saya menyimpan dan menggunakan resepi mudah yg diajar oleh kawan saya dari Johor yg sangat pandai memasak.

      Delete
  6. nak try la..lain dr yg lain sbb ada santan.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini resepi yg saya belajar dr kawan saya

      Delete
  7. Saya dah lama cari resepi SOTO yang JUJUR.....dari bahan2 nyer saya dpt rasakan kesedapan sup soto nie...insyaalah akan saya masak utk keluarga hujung minggu ini..

    TQVM for the recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, berbelas tahun saya menggunakan resepi ini. Pada saya, ianya sangat sedap

      Delete
  8. Terima Kasih kerana tidak guna rempah soto paket. memang resepi jujur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi mudah boleh guna rempah soto. Kita cuma kongsi resepi yang kita gunakan.

      Delete
  9. Salam..1st time tgk resepi soto ltk santan.klu nk msk utk 4-5 org je nk guna santan byk mne ye? Pas 2 x jd kuah lemak k klu bubuh santan? Hehe..sy mmg xpndai msk..name j org johor.xlme lg nk pndah phg, hsbnd request soto utk open hs.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Hani,
      Ini resepi yg saya belajar dari kwn yg berasal dari Johor yg memang handal memasak. Cubalah dulu, baru tahu sedap ke tidak.ini lah resepi yg saya guna bertahun tahun lamanya

      Delete
  10. salam.. ni resipi untuk berapa orang makan ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak. Saya hanya memasak dan makan berulang ulang. Memang banyak lah. Rasanya 10 orang boleh makan. Tengok mangkuk punya saiz lah

      Delete
  11. salam..mencari2 resepi soto..akhirnya bertamu di sini.. :)

    emak sy handal memasak tp sy tak pernah nak kisah dan disebabkan handal maka semua takde sukatan..anaknya ini lagilah pening dan terkial2 mencari resepi...

    t.kasih atas perkongsian dgn pix yg menarik.

    ReplyDelete
  12. eh.... guna santan jugak eh buat soto??? xtau pun hahahaha. neway ur soto looks delicious

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi soto saya, ada menggunakan santan

      Delete
  13. Assalamulaikum.. takut2 nak guna resepi dalam internet nie... takut tak jadi seperti yg dipaparkan.. saya tercari-cari resepi soto ayam.. nampak menarik n terlihat keikhlasan memberi resepi nie.. terima kasih kongsi resepi kat sini.. saya nak guna untuk open house hujung minggu nie bole...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya plak takut guna resepi dari majalah. Resepi dari blog, ada catatan tuanpunya blog, jadi lebih boleh dipercayai

      Delete
  14. salam kak..nak tya, berapa sukatan air tu ye?? nak try resepi ni utk open house this weekend,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah sukat tapi saya agak agak jer. Jangan banyak sangat hingga kuah jadi cair dan tak terasa rempahnya.

      Delete
  15. Tengah mencari resepi soto sebagai menu pada hari raya haji nanti. Selalunye mak yg masak,tp sekarang disebabkan mak ke mekah,sayalah take over dan terkapai-kapai cari resepi.heheh..

    Insyaallah akan gunakan resepi ni untuk menu raya haji. :-)

    ReplyDelete
  16. askm Azie msti nak cuba tgk pun dah kecur sedapnya tq Azie for sharing ilmu...

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum sis!
    Saya pun tak boleh angkat dgn pujian yg diberi oleh suami selepas mencuba resepi sis ni... Alhamdulillah dia suka... Mertua pun suka... Kata nya nanti nak bagi duit kat saya suruh masak lagi... Hehehe... Thanx sis for providing a complete recipe... Suami saya kata, wah ada sambal dan bagedil skali lah... Hehe!

    ReplyDelete
  18. Assalam kak..I hv tried one of your recipes - sup with fish bones. Sedap. My hubby said it was sedap too.
    I believe that this recipe would work wonders too.
    May Allah reward you for good dees, Aaaminn.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum puan azie. Terima kasih resepinya. Sangat menyelerakan nampak. Saya baru beli bahan. Inshaallah nak masak esok. Semoga Allah merahmati puan azie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.