Iklan

Iklan Nuffnang

28 Jun 2015

Sambal Tumis Udang Sedap





Kata ustaz semasa tazkirah malam tadi, senyuman adalah cara paling mudah untuk kita perolehi pahala. Senyuman ke arah saudara kamu adalah satu sedekah. Bersalaman dengan saudara kamu adalah seolah pokok gugurkan daunnya dengan dosa diampunkan Allah. Jadi belajarlah untuk senyum. Ramadhan adalah satu bulan untuk melakukan perlumbaan. Namun ada yang berlari beberapa meter telah patah dan terkeluar dari perlumbaan kerana mereka tidak nampak apa yang ada selepas garisan penamat. Kefahaman kita perlu diperbetulkan. Ada yang siang hari berpuasa tetapi tidak ada nilai pada puasa mereka di sisi Allah melainkan mendapat lapar dan dahaga. Tidak ada nilai di sisi Allah melainkan sia sia sahaja. Mungkin kerana tiada keikhlasan. Sebagai contoh, kita cuba membuat muhasabah diri apa tujuan kita datang ke masjid. Ianya mesti kerana Allah Taala. 





Mengenai pemakanan kita di bulan Ramadhan. Kita akan penuhkan perut kita bila kita makan. Dengan makan sikit sahaja, ianya boleh menguatkan badan kita. Pastikan kantung perut kita 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara pernafasan. Jadi jangan makan banyak sampai tak boleh bernafas. Cara pemakanan terbaik ialah makan atau minum tidak melebihi 3 unsur seperti air, limau dan madu. 

Selain itu disebutkan bahawa apabila kita menunaikan solat bersama imam sehingga imam selesai ditulis mereka mendirikan malam. Digambarkan oleh Rasulullah seolah olah mendirikan malam itu dengan qiamullail penuh. Itulah kelebihannya selesaikan solat dengan imam. Persoalannya adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Sihat tidak menjanjikan yang kita akan bertemu Ramadhan. Pintu syurga akan terbuka dan pintu neraka tertutup sepanjang bulan Ramadhan. Di akhir bulan Ramadhan pula, ada pembebasan dari api neraka. 

Sebelum melihat resepi, kita bercerita sedikit bab Sambal Tumis Udang yang merupakan antara lauk feveret di rumah kami kerana hubby dan anak anak memang menggemarinya sejak dulu. Walaupun telah biasa memasaknya tetapi kali ini saya cuba membuat sambal mengikut petua petua yang dikongsikan oleh Azlita dari blog Masam Manis setelah tertarik membaca penerangan yang panjang lebar oleh Ita. Ita memang sangat ikhlas dalam setiap perkongsian yang dibuat di dalam blog beliau. Kita boleh merasakannya. Semoga Allah sahaja yang boleh membalas keikhlasan Ita mengajar ramai orang resepi dengan pelbagai petua. Terima kasih Ita. Saya sangat kagum dengan bakat yang ada pada Ita. 

Jom layan resepi yang dikongsikan di bawah ini. Layaaann...




Sambal Tumis Udang

Bahan bahan:
1 kg udang ~  gunting separuh dari kepala 
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil pes asam jawa 
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7

Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna 
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.





Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang putih.

Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.

Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.

Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.





Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.






23 comments:

  1. sedapnya nanti boleh try..
    sy memang selalu baca resepi2 akak..
    memang mantap..terima kasih kak kerana berkongsi.
    - adindasurie.blogspot.com -

    ReplyDelete
  2. best lah...dah try jadi emmmsdap

    ReplyDelete
  3. Assalam nk tnya akak guna bawang merah kecik ke bsar? Tq

    ReplyDelete
  4. Lol..name pon bwg merah..mestilaa kecik..yg besar org panggil bwg besar je..tade panggil bwg merah besar pon..hehee

    ReplyDelete
  5. TQS A LOT FOR YOUR OSOM INFOS...SIS

    ReplyDelete
  6. Yuk Kakak Kunjungi Pusat Oleh-Oleh Makanan Lampung | www.makananlampung.com
    Menyediakan: Kerupuk Lampung, Kerupuk Cumi, Kerupuk Ikan, Keripik Pisang Aneka, Lempok, Lele Asap, Kopi Lampung, Kopi Luwak, Kopi Durian, Sambal Ikan Peda, Sambal Lampung, Sambal Ijo, Sambal Lingkung dll.

    Kirim Keseluruh Indonesia - Alamat: Jl. B. Manti 03, Kedaton Bandar Lampung - 35143

    ReplyDelete
  7. Kak sambal udang ni kalau simpan dalam peti ais tahan berapa lama yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau simpan dlm freezer, boleh tahan lebih seminggu

      Delete
  8. kak azie maaf tanya apa beza asam jawa dan pes asam jawa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam jawa biasanya merujuk pada asam jawa yang masih berbiji biji. Kena masukkan sedikit air dan ramas ramas. Kalau pes, asam jawa yang sedia tanpa biji. Cuma perlu ambik sahaja menggunakan sudu

      Delete
  9. Maaf kak... duit 50sen baru ke yg lame nk ikut saiz tu..

    ReplyDelete
  10. Azie I'm Sumi here...Ur recipes was awesome Babe tq so much...mgbu

    ReplyDelete
  11. Mmg sedappp menjadi...thanks share resepi

    ReplyDelete
  12. Sis kalau udang tu goreng dulu, lagi sedap la ye sambal? Biasa sy tak goreng terus masuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cara keluarga mertua. Tak hanyir. Baru ni saya masukkan terus udang, terasa hanyir sambalnya. Tak tahu mana silapnya.

      Delete
  13. Sila beri tunjuk ajar.baru nak berjinak belajar masak.

    ReplyDelete
  14. Saya dah try resepi akak...sedap sgt2... tp sy derhaka sikit..sebab guna cili giling..xguna cili kering.. hehe tq kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear you guna cili giling apa? Cili hidup? Kalau cili hidup, lagi sedap

      Delete
  15. Alhamdulillah..kebanyakan resepi Kak azie telah saya buat dan mjadi.ia sgt mudah,simple dan sdap.tq Kak for sharing!saya peminat setia blog akak.halalkan dan izinkan saya terus guna resepi akak.mohon maaf jika lmbt meminta izin utk mengunakan resepi akak.harap Allah permudahkan urusan akak dan akak berjaya ddunia Dan akhirat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.