Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Ayam Hidangan Sahur


Rendang Pedas Ayam


Kuliah Subuh oleh Ustaz Dato Shakir di Surau Dhuha yang sangat bagus dan saya hanya mencatat beberapa intipati yang sangat bermanafaat. Jom sama sama menambah ilmu. Dimulai dengan sahabat bertanya kepada Rasulullah berkenaan awan hitam di langit. Baginda memberitahu turunnya 70 ribu malaikat masa kematian seorang yang mengamalkan membaca surah Al Ikhlas. Sesiapa yang mengamal membaca surah Al Ikhlas dari sakitnya sehingga ke saat matinya akan memperolehi 3 perkara:

1. Jasadnya yang masuk liang lahad tak akan reput selamanya. Tanda Allah memuliakan jasad tersebut dengan Allah memelihara jasadnya. 
2. Kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang. 
3.  Dia akan melintas titian siratul mustakqim dengan dibawa malaikat dengan sepantas kilat. 


Rendang Pedas Ayam


Ada orang mati meminta dengan Allah untuk kembali hidup ke dunia walaupun sesaat untuk berada dalam bulan Ramadhan. Jadi kita yang masih hidup, selagi ada nafas, kita kena pandai merebut tawaran di bulan Ramadhan ini. Kalau tak tahu atau tak ada ilmu, kita tak akan diberi semangat untuk bekerja keras. Kita kena rancang aktiviti hidup dalam bulan ini supaya sewaktu solat, kita tidak kepenatan dek terlebih makan. Ramai orang mati kerana banyak makan, bukan kerana puasa. Sebaliknya dengan berpuasa, akan lagi menguatkan tubuh badan. Ianya menjadi kuat, kerana rohani dipelihara. Itu sebab bila surah Al Ikhlas dibaca, jasad jadi kuat dan tidak reput. Bulan ini adalah bulan di mana semua orang kembali pada Allah untuk pembersihan. Allah beri segala bentuk peringatan kepada manusia supaya semua manusia dapat pergi ke syurga Allah. Jadi kita kena tahu, apa yang hendak kita rebut. Contoh kalau dalam bab dunia, orang Cina tahu saham apa yang hendak direbut kat kaunter saham. Orang Melayu pula seperti tak tahu dan hanya berebut saham yang tak ada potensi keuntungan. Kena rebut benda yang betul.

Kedua, kena berusaha supaya timbul rasa malu pada Allah di bulan Ramadhan ini. Bila ada rasa malu di sisi Allah, kita mandi tak pakai baju dalam bilik air pun, rasa malu. Kerana kena sedar di sisi kita ada 2 malaikat yang sentiasa melihat dan mencatat perbuatan baik dan buruknya. Rasa malu yang
 mendekatkan diri pada Allah. Apa jadi bila hilang rasa malu? Maka jadinya seorang berpuasa tapi tak mengerjakan solat, puasa tapi ambil rasuah dsb. 

Bila kita tahu yang kita akan dapat pulangan tinggi selepas mati, kita akan bagi sedekah yang terbaik. Sedekah adalah untuk kita bukan untuk orang yang menerima sedekah. Allah yang mencukupkan. Ianya supaya kita nak beri lebih, kita sebagai wakil sahaja. Jangan habis banyak masa di dapur untuk memasak tapi banyakkan masa berdoa di bulan Ramadhan ini. Kaum keluarga kita yang telah meninggal ternantikan apakah sumbangan kita dalam bulan Ramadhan ini buat mereka. Syurga Firdaus adalah paling tinggi. Kena fikir process dalam bulan ini supaya kita berubah menjadi seperti bayi baru lahir. Bukan masa raya. Ini bulan yang kita patut dapat sepenuhnya dari Allah. Tanam padi boleh tumbuh lalang. Kalau tanam lalang, tak akan tumbuh padi. 


Ini bulan yang mana Al Quran diturunkan padanya. Mesti buka baca faham dan amalkan Al Quran. Minta pertolongan dengan membaca Al Quran dan bersedekah. Baca setiap huruf Al Quran, malaikat akan mendoakan. Kesimpulannya, amalkan benda asas, iaitu ikhlas, baca Al Quran, banyakkan bersedekah dan makan ala kadar. Selebihnya akan ditinggalkan bila kita meninggal. Bersedihlah keluarga kita dalam seminggu. Kita tak dapat kembali lagi ke dunia. Kita akan hidup di dalam kubur menantikan orang di dunia yang mendoakan kita. Kita akan samada diazab atau mendapat kesenangan dalam kubur. Ustaz juga menyarankan supaya group of friend yang kita bergaul jer dalam bab akhirat seperti di surau dan masjid. Yang lain adalah aktiviti untuk memenuhi dunia demi akhirat. Buat kerja dunia tapi untuk akhirat. sebagai contoh, berniaga untuk wang agar dapat disedekahkan dan dapat melakukan amal jariah. Ajarlah hati
 supaya jadi ikhlas. Bagi lah lebih untuk sedekah. Aku nak pakai sikit sahaja untuk diri sendiri. Aku nak bayar hutang hutang dan beli kereta untuk bawa ke masjid hadir dan dengar kuliah. Keperluan untuk kita sendiri sedikit sahaja. Sedekah tidak pernah memiskinkan. Sedekah dibawa oleh malaikat yang mendoakan kita. 

Saya menyediakan rendang ini sebagai hidangan bersahur. Selepas masak dan sejuk, saya masukkan dalam bekas kecil dan disimpan dalam freezer. Saya ubahsuai resepi ini dari resepi yang saya gunakan sebelum ini di SINI dan di SINI. Untuk menghasilkan rendang yang sedap, bahan bahan seperti bawang dan santan mesti banyak, barulah rencahnya menjadi lebih mewah. Kalau boleh, guna santan segar asli. Saya sebenarnya tak larat untuk menghiris semua bawang, jadi separuh darinya saya masukkan sahaja ke dalam blender. Nama pun untuk hidangan bersahur, jadi ketika
 gambar diambil, ianya belum betul betul pecah minyak. Selepas berbuka, saya sambung mengeringkan sedikit lagi selepas merasakan masin masam dan manisnya. Jom layan resepi ... 


Rendang Pedas Ayam

Rendang Pedas Ayam

Bahan bahan:
3 kg ayam - lebih kurang 2 ekor
5 helai daun kunyit - hiris halus & ketepi 1/3 untuk ditabur
4 senduk makan cili kisar -  pedas baru sedap
1 1/2 - 2 kg santan pekat
Garam kasar - dalam 2 sudu besar
Kerisik - guna 1 pek plastik
Gula pasir
1 keping asam keping

Bahan Kisar:
9 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
1/2 kg bawang merah - sebahagian dihiris
3 labu bawang putih

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan hiris dan  bahan kisar bersama ayam ke dalam kuali besar dan masak sehingga air ayam hampir kering. Inilah cara untuk menjadikan rendang lebih sedap dan tahan lama.

Setelah hampir kering, baru dimasukkan  santan. Bila santan mendidih dan hampir kering,  masukkan garam kasar, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus.

Masak sehingga pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi putih, pulut kuning atau dengan lemang.


Rendang Pedas Ayam



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Rendang Pedas Ayam Hidangan Sahur"

  1. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    BalasPadam
  2. terima kasih azie diatas perkongsian ilmu yang sangat bermanafaat.

    BalasPadam
  3. Wah..nampak sangat menyelerakan. Kalau guna ayam kampung lagi sedap ! Terima kasih ya.

    BalasPadam
  4. surah al ikhlas memang banyak manfaat bagi kita, surah nya pendek tetapi diri ini lalai juga untuk selalu mengamalkan dalam keseharian. terima kasih admin atas ingatan.

    BalasPadam
  5. setakat hari semalam, lauk sahur adalah lauk perangat. hahaha, kalaulah daku lebih rajin

    BalasPadam
  6. Bukan nak riak, tapi berkongsi, saya amalkan membaca al-ikhlas 100 kali hampir setiap hari. Saya gunakan masa terluang sewaktu memandu terutama ketempta kerja. Motivasinya, daripada pikir hutang yang tak setel-setel, baik mmabaca surah. Alhamdulillah, kesannya sangat hebat.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Puan Azie. Saya sangat terhutang budi dengan Puan. Blog Azie Kitchen ni memang jadi rujukan memasak. Apatah lagi saya orang selatan nak menyediakan hidangan untuk suami orang pantai timur. Sangat bermanfaat. Terima kasih dan semoga Allah Swt mengganjari usaha ini dengan selayaknya.

    P/s: rendang pedas ini kebetulan memang juadah tradisi keluarga kami. Kalau dibuat udang galah juga sedap.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...Baru smlm msk guna resepi ni. Menjadi! Sedap Sgt kak.. Thanks atas perkongsian yg Sgt berguna ni..

    BalasPadam