Iklan

Iklan Nuffnang

31 Jul 2015

Rendang Ayam Sebagai Lauk Nasi Lemak




Hari ini saya menyediakan Rendang Ayam untuk dimakan sebagai lauk nasi lemak. Dah lama teringin hendak makan nasi lemak di Kopitiam Village tetapi sebab mereka tutup pukul 7 malam, jadi memang tak sempat nak ke sana. Rendang ayam disediakan di sana sangat sedap, begitu juga dengan ayam goreng. Tidak lupa, sambal tumis nya yang juga sangat sedap. Sekarang ni banyak restoran masih ditutup. Jadi agak sukar untuk mencari tempat makan malam yang sesuai dengan selera. Lagi pulak, hari ini hanya saya dan 2 orang anak teruna jer yang ada di rumah. Jadi nasi lemak lebih simple untuk disediakan. Selain rendang ayam, saya juga menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis di SINI. Pendek kata, tak lengkap nasi lemak, tanpa sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Yang menentukan keenakan nasi lemak adalah sambal tumis ikan bilis yang mesti secukup manisnya, masinnya dan masamnya. Hahaha mana mana masakan pun, memang lah kena secukup rasanya. Maksud saya kalau sambal tumis, kena lebih sedikit manisnya dari rasa yang lain.





Sekarang kita masih berada di bulan Syawal. Bulan ini yang pastinya banyak diadakan majlis rumah terbuka dan mungkin juga kenduri kendara. Seperti dipesan dalam kuliah kuliah di bulan Ramadhan, kita hendaklah berisitiqomah kerana di bulan Syawal ini kita kembali kepada fitrah yang asal. Sama sama ziarah menziarahi antara satu sama lain, elakkan pembaziran serta saling memberi ucapan "Taqabbal Minna Wa Minkum". Semoga Allah menerima amalanku dan amalam kamu. Yang penting juga, lakukan lah puasa 6 hari di bulan Syawal kerana ganjaran pahalanya seolah olah kita berpuasa selama setahun.

Jom layan resepi rendang yang biasa biasa tetapi sedap ini. Gambar pula diambil waktu malam, jadi agak blur sedikit. Rupa rendang yang sebenar adalah seperti gambar yang saya snap menggunakan handphone di dalam bekas plastik di atas. Seperti biasa, kalau ada lebihan, saya akan simpan dalam bekas plastik untuk dimakan oleh anak anak keesokannya…



Rendang Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4-5 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
1 kilo santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula
2 helai daun kunyit – hiris halus
Minyak masak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, bahan bahan kisar dan cili kisar sehingga wangi. Masukkan pula ayam dan digaul rata dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering dan terbit minyak.

Masukkan pula santan dan setelah santan mendidih, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. Masak sehingga agak kering dan terbit minyak. 

Akhir sekali, taburkan daun kunyit dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih atau nasi impit atau lemang.


3 comments:

  1. sedap ni..... cicah ketupat.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  2. nanti ada masa nak buat rendang la :D

    ReplyDelete
  3. Uihh best ni makan dengan nasi impit. Semlam baru cari resepi rendang ala perantau. Sekali Azie Kitchen pun post juga. Thank you kongsi resepi! :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.