Iklan

Iklan Nuffnang

24 Jul 2015

Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja





Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Begedil ini adalah yang terbaeek saya sediakan setakat ini. Saya sediakan Begedil untuk dihidang bersama Soto Ayam yang Nana sediakan di SINI. Banyak sebabnya saya katakan begitu. Pertamanya, kerana rasanya yang sangat sedap sehinggakan kami makan lepas satu satu seolah makan cekodok sahaja. Keduanya, ia disediakan dalam keadaan anak anak turut sama berada di dapur. Jadi sangat meriah dan ceria. Ketiga, kerana makan dalam keadaan berebut rebut sebaik ianya diangkat dari kuali. Apa pun kalau dimakan berebut, memang lah nikmat nyeer. Nana bising menegur kami yang makan kerana dia kuatir kalau tidak cukup untuk dihidangkan. Sebenarnya hari ini, saya menyediakan Begedil tanpa mengikut sukatan pun. Semuanya saya main campak campakkan dan dirasa sedikit. Bila sesuai rasanya, barulah dipecahkan telur kuning. Rasanya lebih dari 1 kg ubi kentang yang Nana kupas. Tapi sebagai panduan, saya sediakan sukatan resepi dari entri sebelum ini di SINI jika ada yang mahu mencuba.





Saya sebenarnya penggemar Begedil. Kalau makan soto di mana mana, hubby mesti berikan begedil pada saya kerana tahu apa yang saya gemari. Tapi kalau nak sedap, Begedil eloklah disediakan sendiri di rumah. Begedil yang dijual sekadar bahan bahan asas sahaja kerana mereka inginkan keuntungan. Cara penyediaan begedil kali ini agak berbeza dengan apa yang saya biasa buat. Ini adalah kerana daging kisar digoreng tanpa minyak dan kedua dimasukkan telur kuning ke dalam adunan. Jadi ianya lebih mudah melekat dan senang untuk dikepal dan dibentuk. Hmm penyediaan Begedil dan keenakannya pasti terpahat dalam ingatan sampai bila bila. Hahaha best ever Begedil giteww.

Jom layan resepi begedil yang mudah tapi sedap ini....






Begedil Daging 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang 
200 gm daging/ayam kisar 
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat 
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup - dihiris halus 
1/2 labu bawang besar - di potong dadu 
2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih 
Garam secukup rasa 

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. 




Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. 




Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.




Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.





6 comments:

  1. sedapnye..

    done follow your blog

    ReplyDelete
  2. Akan cuba resepi begedil kak azie untuk rumah terbuka hujung minggu ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    Saya suka masakan dan menu kak azie ni...sedap!!!
    Dulu kalau nk makan siakap 3 rasa,,kena p mkn kat luar..
    Tp bile dh buat ikut resepi kak Azie,,en suami dan anak puji...
    Jimat duit,,jimat tenaga,,ilmu bertambah,,suami pon syayang lebey!!!
    Terima kasih kak Azie!!! Sayang akak ketat ketat!!

    ReplyDelete
  4. nk tnye la Kak Azie. before lenyekkn kentang tu, selain dri mnggoreng, ok ke klu sy rebuskn kentang tu?

    ReplyDelete
  5. Hari ni je dua resepi kak azie saya guna. Bihun goreng dgn bergedil. Dedua best. Nyummm thankyou kak.

    ReplyDelete
  6. saya suka bab asingkan putih dan kuning telor tu, kreatif Kak Azie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.